17/01/2023
Kejohanan Outreach Olahraga MSSD Batu Pahat 2022 yang berlangsung pada 14 Januari 2023 bertempat di Institut Pendidikan Guru kampus Tun Hussien Onn, Batu Pahat telah pun melabuhkan tirainya.
Sebanyak 34 buah sekolah menengah dan 8 buah cawangan mewakili sekolah rendah-sekolah rendah di Batu Pahat telah menyertai kejohanan ini.
Majlis penutupan rasmi kejohanan telah disempurnakan oleh Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Batu Pahat, Encik Azman bin Khambali.
Dengan pungutan pingat emas tertinggi, iaitu sebanyak 4 pingat emas pingat emas, 2 pingat perak dan 1 pingat gangsa membolehkan Zon Penggaram menjadi Johan bagi kategori sekolah rendah, manakala Zon Bandar mendapat naib johan dengan kutipan 3 pingat emas, 3 pingat perak dan 1 pingat gangsa.
Dalam kejohanan ini juga menampakkan bangkitnya SMK Datoβ Syed Esa menggungguli carta kutipan pingat dengan mendapat 7 pingat emas, 3 pingat perak dan 2 pingat gangsa. Manakala SMK (P) Temenggung Ibrahim dengan kutipan 4 pingat emas, 3 pingat perak dan 2 pingat gangsa telah mendapat naib johan.
Semoga dengan adanya kejohanan ini dapat menyediakan atlet-atlet yang terpilih bagi membentuk pasukan olahraga daerah Batu Pahat yang lebih berdaya saing hendaknya.