Mutiara JR. Academy

Mutiara JR. Academy Akademi pembangunan bola sepak belia οΏ½
Fokus disiplin, kemahiran & karakter pemai

πŸŒ™ SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1447H πŸŒ™Di hari yang penuh keberkatan ini, seluruh warga Mutiara JR Academy ingin mengucapk...
26/05/2026

πŸŒ™ SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1447H πŸŒ™
Di hari yang penuh keberkatan ini, seluruh warga Mutiara JR Academy ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam.

Aidiladha mengajar kita tentang nilai pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan. Dalam dunia bola sepak, setiap kejayaan juga lahir daripada pengorbanan β€” pengorbanan masa, tenaga, disiplin dan komitmen yang berterusan.

Semoga ibadah korban yang dilaksanakan diterima oleh Allah SWT dan membawa keberkatan kepada kita semua.

✨ Pengorbanan Membentuk Disiplin, Disiplin Melahirkan Juara.

Daripada seluruh Pengurusan, Jurulatih, Pelatih, Waris & Penyokong Mutiara JR Academy.

⚽ ZERO TO HERO
πŸ“˜ Facebook : Mutiara JR Academy
🎡 TikTok : Mutiara JR Academy
πŸ“± WhatsApp : 011-6244 5082
πŸ’™πŸ’›βš½

⚽️ MENGAPA MJR BERBEZA? ⚽️Ramai melihat bola sepak hanya sebagai satu permainan.Tetapi di Mutiara JR Academy, kami melih...
25/05/2026

⚽️ MENGAPA MJR BERBEZA? ⚽️
Ramai melihat bola sepak hanya sebagai satu permainan.

Tetapi di Mutiara JR Academy, kami melihat bola sepak sebagai satu platform untuk membentuk masa depan anak-anak.

Di sini, mereka bukan sekadar belajar cara menghantar bola, menjaringkan gol atau memenangi perlawanan.

Mereka belajar tentang:

βœ… Disiplin
βœ… Tanggungjawab
βœ… Kerja Berpasukan
βœ… Keyakinan Diri
βœ… Kepimpinan
βœ… Semangat Tidak Mudah Mengalah

Setiap arahan jurulatih, setiap sesi latihan dan setiap perlawanan adalah sebahagian daripada proses membentuk pemain yang lebih baik serta insan yang lebih matang.

Kerana kami percaya...

"Bakat membawa anda ke padang. Disiplin membawa anda lebih jauh."

Terima kasih kepada semua jurulatih, pengurusan, waris dan pelatih yang sentiasa percaya dengan perjalanan pembangunan akar umbi yang sedang kita bina bersama.

πŸ’™πŸ’› Mutiara JR Academy
πŸ”₯ ZERO TO HERO πŸ”₯









βš½πŸ“Έ MATCHDAY THROUGH THE LENS | U14 PRIME MJR πŸ“Έβš½ (Part 2)Setiap aksi, setiap larian, setiap cabaran dan setiap detik di a...
25/05/2026

βš½πŸ“Έ MATCHDAY THROUGH THE LENS | U14 PRIME MJR πŸ“Έβš½ (Part 2)
Setiap aksi, setiap larian, setiap cabaran dan setiap detik di atas padang berjaya dirakam dengan cukup kemas oleh rakan media rasmi kami, Pro Sukan Utara. πŸ“·πŸ”₯

Terima kasih kepada Pro Sukan Utara atas hasil gambar yang berkualiti dan profesional, membolehkan setiap momen perjuangan anak-anak U14 PRIME MJR diabadikan sebagai kenangan yang tidak ternilai.

Penghargaan juga buat Pen Mutiara, penaja rasmi jersi U14 PRIME MJR yang sentiasa menyokong pembangunan bola sepak akar umbi dan perjalanan pasukan kami sepanjang musim ini. πŸ’™πŸ’›

Jom nikmati koleksi gambar sekitar aksi Liga Akademi Bolasepak Pulau Pinang U14 LABPP U14 2026 – Match Week 1 menentang Remaja Melayu Balik Pulau di Padang Brown A.

πŸ“Έ Media Rasmi : PRO SUKAN UTARA
πŸ‘• Penaja Jersi Rasmi U14 PRIME : Restoran & Hotel Pen Mutiara

Zero to Hero
Bina Bakat, Lahir Juara










πŸ”₯ MJR MELOMPAT LEBIH TINGGI! πŸ”₯⚽️ ANDA ADA ANAK BERUMUR 15 ATAU 16 TAHUN YANG MINAT BOLA SEPAK?Jangan biarkan bakat merek...
25/05/2026

πŸ”₯ MJR MELOMPAT LEBIH TINGGI! πŸ”₯
⚽️ ANDA ADA ANAK BERUMUR 15 ATAU 16 TAHUN YANG MINAT BOLA SEPAK?

Jangan biarkan bakat mereka terkubur hanya kerana tiada platform yang betul.

Di Mutiara JR Academy, kami bukan sekadar melatih pemain untuk menang perlawanan... kami membentuk pemain yang mempunyai disiplin, karakter, mentaliti juara dan semangat juang yang tinggi.

πŸ’₯ Dari latihan pembangunan akar umbi...
πŸ’₯ Ke perlawanan persahabatan...
πŸ’₯ Ke kejohanan kompetitif...
πŸ’₯ Hingga ke pentas Malaysian Youth League (MYL)...

Setiap langkah adalah peluang untuk menjadi versi terbaik diri mereka.

πŸ† PENGAMBILAN PELATIH BAHARU KINI DIBUKA
🎯 Kategori Umur: 15 & 16 Tahun
🎯 Terbuka kepada pemain yang serius untuk berkembang
🎯 Jurulatih berpengalaman & program latihan tersusun
🎯 Peluang menyertai tournament dan liga kompetitif
Ramai pemain bercakap tentang impian...
Tetapi hanya yang berani melangkah ke padang akan mengejar impian itu.

πŸ”₯ Jika anak anda mahu menjadi lebih kuat... πŸ”₯ Jika anak anda mahu menjadi lebih berdisiplin...
πŸ”₯ Jika anak anda mahu mencabar kemampuan sendiri...
Mutiara JR Academy adalah tempat permulaannya.

πŸ“ Padang Bola Sepak Permatang Damar Laut, Pulau Pinang
πŸ—“οΈ Latihan: Sabtu & Ahad
⏰ 8.30 Pagi – 11.00 Pagi
πŸ“± WhatsApp: 011-6244 5082
πŸ“˜ Facebook: Mutiara JR Academy
🎡 TikTok: Mutiara JR Academy
⚽πŸ”₯πŸ†

βš½πŸ“Έ MATCHDAY THROUGH THE LENS | U14 PRIME MJR πŸ“Έβš½ (Part 1)Setiap aksi, setiap larian, setiap cabaran dan setiap detik di a...
24/05/2026

βš½πŸ“Έ MATCHDAY THROUGH THE LENS | U14 PRIME MJR πŸ“Έβš½ (Part 1)
Setiap aksi, setiap larian, setiap cabaran dan setiap detik di atas padang berjaya dirakam dengan cukup kemas oleh rakan media rasmi kami, Pro Sukan Utara. πŸ“·πŸ”₯

Terima kasih kepada Pro Sukan Utara atas hasil gambar yang berkualiti dan profesional, membolehkan setiap momen perjuangan anak-anak U14 PRIME MJR diabadikan sebagai kenangan yang tidak ternilai.

Penghargaan juga buat Pen Mutiara, penaja rasmi jersi U14 PRIME MJR yang sentiasa menyokong pembangunan bola sepak akar umbi dan perjalanan pasukan kami sepanjang musim ini. πŸ’™πŸ’›

Jom nikmati koleksi gambar sekitar aksi Liga Akademi Bolasepak Pulau Pinang U14 LABPP U14 2026 – Match Week 1 menentang Remaja Melayu Balik Pulau di Padang Brown A.

πŸ“Έ Media Rasmi : PRO SUKAN UTARA
πŸ‘• Penaja Jersi Rasmi U14 PRIME : Restoran & Hotel Pen Mutiara

Zero to Hero
Bina Bakat, Lahir Juara










πŸ”₯ XCRIIM CUP 2026 – U16 Mutiara JR Academy πŸ”₯Langkah pertama ke medan yang lebih besar bermula di sini. πŸ’™πŸ’›Mutiara JR Acad...
24/05/2026

πŸ”₯ XCRIIM CUP 2026 – U16 Mutiara JR Academy πŸ”₯
Langkah pertama ke medan yang lebih besar bermula di sini. πŸ’™πŸ’›

Mutiara JR Academy bakal menghantar skuad U16 untuk menyertai XCRIIM CUP 2026 yang akan berlangsung di Padang Taman DR, Ipoh, Perak pada 28 Jun 2026 (Ahad).

Tournament ini bukan sekadar mencari kemenangan, tetapi menjadi medan terbaik untuk para pelatih membuktikan kemampuan, disiplin dan kesungguhan yang telah dibina sepanjang sesi latihan.

⚽ Setiap latihan yang dihadiri.
⚽ Setiap arahan jurulatih yang dipatuhi.
⚽ Setiap titisan peluh yang dicurahkan.

Semuanya adalah persediaan menuju peluang yang lebih besar di masa hadapan.

πŸ’ͺ Kepada semua pelatih U16 MJR, teruskan bekerja keras!

Tunjukkan komitmen, semangat juang dan sikap positif di dalam serta di luar padang.

Pemilihan skuad akan dibuat berdasarkan prestasi, disiplin dan kesungguhan sepanjang latihan.

Tiada siapa dijamin tempat. Semua orang berpeluang merebutnya.

πŸ”₯ Bersaing secara sihat.
πŸ”₯ Berlatih dengan penuh disiplin.
πŸ”₯ Buktikan kemampuan anda.

Zero to Hero
Mutiara JR Academy
πŸ“ Padang Bola Sepak Permatang Damar Laut, Pulau Pinang
πŸ“± WhatsApp: 011-62445082
πŸ“˜ Facebook: Mutiara JR Academy
🎡 TikTok: Mutiara JR Academy
πŸ’™πŸ’›βš½

⚽πŸ”₯ 3 Mata Pertama Buat U14 PRIME MJR! πŸ”₯⚽Alhamdulillah, skuad U14 PRIME MJR berjaya memulakan kempen Liga Akademi Bolasep...
24/05/2026

⚽πŸ”₯ 3 Mata Pertama Buat U14 PRIME MJR! πŸ”₯⚽
Alhamdulillah, skuad U14 PRIME MJR berjaya memulakan kempen Liga Akademi Bolasepak Pulau Pinang U14 (LABPP) U14 2026 dengan langkah yang positif apabila berjaya mengumpul 3 mata pertama selepas aksi menentang Remaja Melayu Balik Pulau di Padang Brown pagi tadi. πŸ’™πŸ’›

Tahniah kepada semua pemain yang telah menunjukkan komitmen, disiplin dan semangat berpasukan yang tinggi sepanjang perlawanan berlangsung. Apa yang lebih penting, anak-anak MJR berjaya mempamerkan corak permainan yang baik serta melaksanakan tugasan yang diberikan oleh barisan jurulatih.

Terima kasih kepada semua waris, penyokong, ultras, pengurusan dan barisan kejurulatihan yang sentiasa memberikan sokongan kepada pasukan.

Perjalanan masih panjang, banyak lagi perlawanan menanti. Terus fokus, terus bekerja keras dan jangan cepat berpuas hati.

πŸ’ͺ 3 mata berjaya diperoleh, fokus kini beralih ke perlawanan seterusnya.






πŸ’™πŸ’›βš½πŸ”₯

πŸ“’ MAKLUMAN CUTI PANJANG MUTAIRA JR ACADEMY πŸ“’βš½οΈ Rehat seketika bukan bermakna berhenti berjuang.Selepas beberapa bulan pe...
23/05/2026

πŸ“’ MAKLUMAN CUTI PANJANG MUTAIRA JR ACADEMY πŸ“’
⚽️ Rehat seketika bukan bermakna berhenti berjuang.

Selepas beberapa bulan penuh dengan latihan, perlawanan dan komitmen yang luar biasa daripada para pelatih, jurulatih serta waris, kini tiba masanya untuk kita meluangkan masa bersama keluarga tercinta.

πŸŒ™ Sempena Hari Raya Aidiladha dan Cuti Penggal Persekolahan, pihak Mutiara JR Academy akan bercuti sementara bermula minggu ini.

🀝 Gunakan peluang ini untuk berehat, mengeratkan silaturrahim, membantu keluarga serta menjaga kecergasan diri. Jangan lupa teruskan aktiviti ringan seperti jogging, skipping atau latihan asas di rumah supaya momentum tidak hilang.

πŸ’™πŸ’› Pihak pengurusan MJR mengucapkan:
Selamat Hari Raya Aidiladha Maaf Zahir & Batin Semoga segala pengorbanan dan usaha kita diberkati serta dipermudahkan urusan.

πŸ“… Latihan akan kembali bersambung pada: 6 Jun 2026 (Sabtu)
πŸ“ Padang Bola Sepak Permatang Damar Laut
⏰ 8.30 Pagi – 11.00 Pagi

Jumpa kembali dengan semangat yang lebih tinggi, lebih fokus dan lebih bersedia untuk cabaran seterusnya!

πŸ”₯ MUTIARA JR ACADEMY "Zero to Hero" πŸ’™πŸ’›

Hari Ke - 45 LATIHAN MINGGUAN MUTIARA JR ACADEMY πŸ’™πŸ’›Hari ini bukan sekadar latihan biasa…ini adalah proses membentuk ment...
23/05/2026

Hari Ke - 45
LATIHAN MINGGUAN MUTIARA JR ACADEMY πŸ’™πŸ’›
Hari ini bukan sekadar latihan biasa…
ini adalah proses membentuk mentaliti pemain sebenar.

Setiap sentuhan bola, setiap larian, setiap arahan coach β€” semuanya ada tujuan.

Sikit demi sikit, kita bina asas yang kukuh untuk masa depan depa.

πŸ”₯ Fokus.
πŸ”₯ Disiplin.
πŸ”₯ Kerja keras tanpa henti.

Dari yang paling kecil… sampai yang dah mula nampak aura pemain β€”
semua turun padang dengan satu matlamat:
nak jadi lebih baik dari semalam.

Ini baru permulaan…
Perjalanan masih panjang, tapi langkah hari ini adalah bukti
Mutiara JR tak pernah berhenti bergerak.
ZERO TO HERO.

πŸ½οΈπŸ’™πŸ’› TERIMA KASIH WARGA MJR... PERUT KENYANG, HATI PUN SENANG! πŸ’›πŸ’™πŸ½οΈAlhamdulillah, selesai sudah MJR Family Day 2026 yang...
23/05/2026

πŸ½οΈπŸ’™πŸ’› TERIMA KASIH WARGA MJR... PERUT KENYANG, HATI PUN SENANG! πŸ’›πŸ’™πŸ½οΈ
Alhamdulillah, selesai sudah MJR Family Day 2026 yang berlangsung dengan penuh kemeriahan dan semangat kekeluargaan.

Pihak Management dan Coach Mutiara JR Academy ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua waris yang telah menyumbang pelbagai juadah untuk Jamuan Potluck Perdana MJR ❀️

Daripada aneka kuih-muih, mee goreng, bihun, ayam goreng, pencuci mulut, minuman dan bermacam-macam lagi... semuanya memang terbaik! πŸ˜‹

Tapi kalau nak cerita menu yang paling awal kena serbu dan paling laju habis...

🌟 NASI HUJAN PANAS! 🌟

Memang padu! Bau semerbak satu padang, rasa pun memang mantap sampai ada yang tambah pinggan kedua dan ketiga πŸ˜†πŸ›πŸ”₯

Terima kasih kepada semua waris yang berkongsi rezeki, tenaga dan masa untuk menjayakan program ini. Bukan nilai makanan yang kami lihat, tetapi keikhlasan dan semangat kebersamaan yang ditunjukkan oleh keluarga besar MJR.

Inilah keindahan sebuah akademi yang bukan sahaja membentuk pemain di atas padang, malah membina hubungan kekeluargaan yang erat antara pelatih, waris, coach dan management.

Semoga ukhwah ini terus berkekalan dan kita dapat berkumpul lagi dalam program-program akan datang.

Makan sama-sama, gelak sama-sama, penat sama-sama... itulah Keluarga Besar MJR. πŸ’™πŸ’›






πŸ’™πŸ’›βš½πŸ›

Address

Padang Bola Sepak Permatang Damar Laut
Batu Maung

Opening Hours

Monday 17:00 - 19:00
Saturday 08:00 - 11:00
Sunday 08:00 - 11:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mutiara JR. Academy posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share