15/02/2026
Usai Kejohanan BESC E-sports Challenge 2026.
Kejohanan e-sukan pembuka tirai bagi tahun 2026 ini telah berjaya menghimpunkan seramai hampir 200 penyertaan peserta yang telah datang dari pelbagai daerah dan negeri untuk menyertai 3 acara yang dipertandingkan iaitu ;
Mobile Legends,FC 26 & E-footbal Mobile.
Pihak kelab merakamkan jutaan terima kasih di atas sokongan dan kerjasama terutamanya kepada KBSMalaysia & Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak yang telah meluluskan program ini di bawah bantuan Dana Sukan Komuniti 2026.
Majlis perasmian & penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh En. Mohd Fairuz Mohd Saari ,Pengerusi Komuniti Madani Kubu Gajah,Pn. Suriati Binti Mat Daud,Pegawai Belia & Sukan Daerah Selama & En. Nazrim Syah Bin Nazeri,Presiden Kelab Sukan Elektronik Batu Kurau.Penghargaan juga kepada En. Sempo Anuar bin Ibrahim,selaku Pengacara Majlis pada kejohanan kali ini.Tahniah diucapkan kepada barisan peserta dan pemenang utnuk edisi kali ini.
Barisan Pemenang BESC E-sports Challenge 2026 :
Mobile Legends :
1) Madfox Esports
2) Parasite Team
3) Cakrawala
4) Party Gelap
efootball Mobile :
1) Swy M4njawa
2) Bross. Super Dnimm
3) Ohmywltr
4) HGXZalsiuu
FC26 :
1) 609
2) Ayanokuoji79
3) Boobear
4) Gamerchill79