28/11/2024
5 ETIKA DI GYM ANDA KENA JAGA 💪
Peraturan diadakan untuk menjaga keamanan. Etika di dalam gym juga begitu. Bukan sahaja ia diadakan untuk menjaga peralatan gym, malah ia untuk Keselamatan Anda.
1. PAKAI KASUT
Jika anda masuk ke dalam gym, pastikan anda memakai kasut. Kalau anda nak bersenam tak pakai kasut, pastikan anda berada pada satu tempat sahaja. Jangan jalan merata tempat.
2. JANGAN SEPAHKAN DUMBELL
Kalau dah pandai ambil dan guna dumbbell, maka pandaikanlah diri itu juga untuk meletakkkan peralatan anda guna di tempatnya semula. Orang lain nak guna, lagi teruk kalau bersepah sampai orang tersepak
3. LAP PELUH ANDA
Anda baring atas bangku tadi ? Nampak kesan berpeluh anda pada bangku tersebut? Dah bercorak-corak jadinya. Kalau dah tahu begitu Laplah guna kain. Kalau boleh sembur sedikit pencuci.
4. JANGAN PULAUKAN BARANG
Kumpul berpuluh-puluh dumbbell,plate dan duduk pada satu mesin sampai dekat sejam. Ini bukan amalan yang bagus. Ingat, bukan anda seorang nak gunakan peralatan gym tersebut. Lagi teruk, duduk dah lah lama dekat alat tersebut , main telefon dan tik tok lagi.
5. JANGAN GANGGU ORANG LAIN
Nampak orang tersebut tengah fokus workout? Jangan pergi kacau tanya macam-macam sekarang. Tanya lepas dah habis workout. Ilmu untuk dikongsi cuma tanya pada masa yang betul. Ataupun, anda nampak senamam pelik sikit? Jangan terus terjah untuk menegur. Jika ia tidak mendatangkan risiko tinggi, tegur dan nasihat cara yang betul selepas habis senaman.
Welcome to visit us AMR GYM & FITNESS
WALK IN RM 6 ONLY 😱