28/02/2022
Kayuhan basikal sempena minggu Al-Quds.
Alhamdulillah, Sdra Fadzli, bekas Pengarah DACS Malaysia dan DACS Gombak melakukan kayuh solo basikal sempena Minggu Al-Quds yang sedang berlangsung sekarang.
"Niat di hati nak join Kayuhan Al-Quds di Kedah bersama penganjur, tapi tak mampu nak pergi ke sana. Jadi kayuh di sekitar Gombak-KL je lah sambil pakai baju MyAqsa bagi sama-sama menyatakan solidariti kepada pejuang Al-Quds", kata beliau.
Nak join konvoi motor ARC, motor p**a uzur tak mampu nak ride jauh-jauh. Jadi kesimp**annya, tak dapat buat semua, jangan tinggal semua.
Minggu al-Quds Sedunia akan berjalan serentak di seluruh dunia pada 25 Februari hingga 5 Mac 2022.
Bertujuan untuk mengangkat solidariti ummah, memberi pendedahan berkenaan sejarah, kepentingan serta ancaman yang dihadapi oleh Masjid Al-Aqsa dan orang-orang Palestin.
Jom sertai program-program yang bakal berlangsung.
Bersama kita memperteguh solidariti Al-Quds dengan saudara-saudara kita di Palestin, sekaligus terlibat dalam menjayakan Minggu Al-Quds Sedunia ini insya-Allah.