Persatuan Dodgeball Negeri Melaka-MDF-MDA

Persatuan Dodgeball Negeri Melaka-MDF-MDA Persatuan Dodgeball Negeri Melaka-MDF

Salam Maulidur Rasul12 Rabiulawal 1448HPersatuan Dodgeball Negeri Melaka (MDA-MDF)Dodgeball Malaysia MDFJabatan Belia & ...
24/08/2026

Salam Maulidur Rasul
12 Rabiulawal 1448H

Persatuan Dodgeball Negeri Melaka (MDA-MDF)

Dodgeball Malaysia MDF
Jabatan Belia & Sukan Negeri Melaka



15/08/2026

Melaka Dodgeball Players In Action!




๐Ÿ† KEJOHANAN DODGEBALL FABRIK PERINGKAT NEGERI MELAKA 2026 MELABUHKAN TIRAI๐Ÿ†Alhamdulillah, Kejohanan Dodgeball Fabrik Per...
13/08/2026

๐Ÿ† KEJOHANAN DODGEBALL FABRIK PERINGKAT NEGERI MELAKA 2026 MELABUHKAN TIRAI๐Ÿ†

Alhamdulillah, Kejohanan Dodgeball Fabrik Peringkat Negeri Melaka 2026 telah melabuhkan tirainya dengan jayanya dalam suasana yang penuh meriah dan semangat kesukanan.

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Puan Nozieka Faisal, Presiden Persekutuan Dodgeball Malaysia (MDF).

Dalam ucapan beliau, Puan Nozieka Faisal menzahirkan rasa bangga serta penghargaan kepada Persatuan Dodgeball Negeri Melaka (MDA-MDF) atas komitmen dan usaha yang telah dicurahkan dalam memastikan kejohanan ini dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar.

Beliau turut menitipkan kata-kata semangat serta pesanan kepada semua pasukan yang bertanding agar terus berusaha, konsisten menjalani latihan, mengutamakan aspek keselamatan, meningkatkan kemahiran serta sentiasa menjunjung tinggi nilai-nilai kesukanan. Semua usaha ini penting dalam melahirkan lebih ramai atlet dodgeball yang berkualiti dan berdaya saing pada masa hadapan.

Dalam majlis yang sama, beliau turut mengumumkan bahawa Melaka bakal menjadi tuan rumah Kejohanan Dodgeball Peringkat Kebangsaan pada tahun ini, yang dijangka berlangsung tidak lama lagi. Pastinya pengumuman ini menjadi satu suntikan semangat dan kebanggaan buat seluruh komuniti dodgeball Negeri Melaka.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang, diiringi oleh Encik Mohd Hanafi bin Mohd Yasin, Presiden Dodgeball Melaka (MDA-MDF), sebagai tanda penghargaan atas kejayaan, usaha dan komitmen yang telah ditunjukkan oleh setiap pasukan sepanjang kejohanan berlangsung.

๐ŸŽ‰ Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pasukan yang telah mengambil bahagian!

Menang atau kalah bukanlah noktah. Setiap perlawanan merupakan pengalaman, setiap cabaran menjadi pengajaran dan setiap usaha adalah langkah untuk menjadi lebih baik.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Puan Nozieka FAISAL atas kesudian hadir memeriahkan serta memberikan sokongan kepada kejohanan ini.

Ucapan terima kasih juga ditujukan KEPADA semua sekolah dan pasukan yang mengambil bahagian, para jurulatih, guru pengiring, ibu bapa, penyokong serta semua pihak yang telah memberikan sokongan kepada perkembangan sukan dodgeball di Negeri Melaka.

Ucapan terima kasih kepada Kementerian Belia Dan Sukan khususnya Jabatan Belia & Sukan Negeri Melaka dan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka atas sokongan yg diberikan.

Penghargaan buat barisan Ahli Jawatankuasa Persatuan Dodgeball Negeri Melaka (MDA) yang sentiasa bersatu hati, bekerjasama dan komited dalam menjayakan setiap program yang dirancang. Segala kekurangan dan kelemahan yang ada akan dijadikan ruang untuk kita terus melakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa.

Perjalanan kita masih panjang. Sokongan anda semua amat bermakna dalam memastikan sukan dodgeball terus berkembang dan mendapat tempat yang lebih baik di Negeri Melaka.

Mana lagi.. ???
๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅMELAKA LERRRRR....!!!!๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ

Dodgeball Malaysia MDF




PERJALANAN HARI KEDUA | KEJOHANAN DODGEBALL FABRIK PERINGKAT NEGERI MELAKA 2026 ๐Ÿ†Hari kedua berlangsung dengan penuh deb...
12/08/2026

PERJALANAN HARI KEDUA | KEJOHANAN DODGEBALL FABRIK PERINGKAT NEGERI MELAKA 2026 ๐Ÿ†

Hari kedua berlangsung dengan penuh debaran dan semangat juang bagi kategori Lelaki & Perempuan Bawah 15 Tahun (B15). Setiap pasukan memberikan aksi terbaik, berjuang sehingga ke wisel terakhir demi merebut tempat ke pusingan seterusnya. ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ’ช

Tahniah diucapkan kepada semua pasukan yang berjaya melayakkan diri ke pusingan SETERUSNYA! ๐ŸŽ‰ Teruskan momentum, kekalkan fokus dan berikan yang terbaik pada perlawanan akan datang.

Buat pasukan yang belum berjaya, syabas atas usaha dan semangat juang yang ditunjukkan. ๐Ÿ‘

Jumpa lagi esok, 13 Ogos 2026 (Khamis) untuk meneruskan SAINGAN dan KATEGORI LELAKI & PEREMPUAN B18 p**a bakal BERAKSI !

Follow kami di FB, IG dan Tiktok.

Dodgeball Malaysia MDF
Jabatan Belia & Sukan Negeri Melaka





PERJALANAN HARI PERTAMA PERLAWANAN DODGEBALL (fabrik) PERINGKAT NEGERI MELAKA 2026Kategori Lelaki & Perempuan Bawah 12 T...
11/08/2026

PERJALANAN HARI PERTAMA PERLAWANAN DODGEBALL (fabrik) PERINGKAT NEGERI MELAKA 2026

Kategori Lelaki & Perempuan Bawah 12 Tahun

Hari pertama Kejohanan Dodgeball Peringkat Negeri Melaka berlangsung dengan penuh semangat, debaran dan aksi yang cukup menarik! ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ’ช

Seawal pagi, gelanggang sudah dipenuhi dengan sorakan, semangat juang dan sokongan daripada guru, jurulatih serta ibu bapa. Setiap balingan, tangkapan dan elakan menjadi penentu kepada perjalanan setiap pasukan.

Ada yang tersenyum meraikan kemenangan, ada yang kecewa selepas tewas, namun paling penting, semangat untuk bangkit dan terus berjuang tidak pernah luntur. ๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช

Bagi semua pemain B12, inilah pengalaman yang akan menjadi kenangan berharga. Mereka bukan sahaja belajar tentang strategi dan kemahiran dodgeball, tetapi turut belajar tentang kerjasama, disiplin, keberanian, kawalan emosi dan semangat kesukanan.

๐Ÿ‘ Tahniah kepada semua pasukan Lelaki & Perempuan B12 yang telah memberikan aksi terbaik pada hari pertama!

Perjalanan masih panjang. Jangan mudah mengalah.
Menang atau kalah adalah sebahagian daripada permainan, tetapi keberanian untuk terus berjuang itulah kemenangan sebenar.

InshaAllah aksi-aksi yang dipamerkan sepanjang perlawanan akan kami kongsikan nanti.

Dodgeball Malaysia MDF
Jabatan Belia & Sukan Negeri Melaka




๐Ÿ”ฅHEBAHAN PERLAWANAN | KEJOHANAN DODGEBALL FABRIK 2026Ayuh kita saksikan Kejuaraan Dodgeball FABRIK 2026 Peringkat Negeri...
10/08/2026

๐Ÿ”ฅHEBAHAN PERLAWANAN | KEJOHANAN DODGEBALL FABRIK 2026

Ayuh kita saksikan Kejuaraan Dodgeball FABRIK 2026 Peringkat Negeri Melaka yang bakal berlangsung pada 11โ€“13 Ogos 2026 bertempat di Kompleks Sukan Batu Berendam, Melaka! ๐Ÿ’ช๐Ÿ”ฅ

Sebanyak 128 pasukan akan berentap dalam 6 kategori:

๐ŸŸข Lelaki B12 โ€“ 28 pasukan
๐Ÿ”ต Lelaki B15 โ€“ 26 pasukan
๐Ÿ”ด Lelaki B18 โ€“ 21 pasukan
๐ŸŸข Perempuan B12 โ€“ 25 pasukan
๐ŸŸฃ Perempuan B15 โ€“ 16 pasukan
๐Ÿฉท Perempuan B18 โ€“ 12 pasukan

Tiga hari penuh dengan aksi, strategi, semangat juang dan persaingan sengit! ๐Ÿ”ฅ

๐Ÿ’ฅ Buat semua pasukan yang bertanding :
Bermain dengan penuh semangat, berjuang hingga wisel penamat, hormati lawan dan tunjukkan semangat kesukanan yang tinggi. Menang atau kalah, setiap perlawanan adalah peluang untuk belajar, berkembang dan menjadi lebih baik! ๐Ÿ†

๐Ÿ”ฅ UNSTOPPABLE FIGHTING SPIRIT! ๐Ÿ”ฅ

๐Ÿ“ธ Nantikan kemas kini, keputusan dan sorotan perlawanan daripada Unit Media Persatuan Dodgeball Melaka (MDA-MDF).

Dodgeball Malaysia MDF
Jabatan Belia & Sukan Negeri Melaka




โ€œDalam permainan berpasukan, kemenangan bukan sekadar bergantung pada kekuatan atau fizikal semata-mata, tetapi pada str...
10/08/2026

โ€œDalam permainan berpasukan, kemenangan bukan sekadar bergantung pada kekuatan atau fizikal semata-mata, tetapi pada strategi, komunikasi dan kerjasama pasukan. Fikir, rancang, laksana โ€” kemenangan milik kamu ! ๐Ÿ†๐Ÿ”ฅโ€

- mda

Dodgeball Malaysia MDF




Dalam apa jua sukan yang kita ceburi, bertandinglah dengan akal yang waras, fizikal yang terkawal dan emosi yang matang....
09/08/2026

Dalam apa jua sukan yang kita ceburi, bertandinglah dengan akal yang waras, fizikal yang terkawal dan emosi yang matang. Jangan kerana terlalu mengejar kemenangan, kita sanggup bertindak mengikut nafsu sehingga mencemarkan permainan, merosakkan perlawanan atau menafikan semangat kesukanan.

"๐Œ๐„๐๐€๐๐† ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐ฆ๐š๐ซ๐ฎ๐š๐ก, ๐ฅ๐ž๐›๐ข๐ก ๐›๐ž๐ซ๐ฆ๐š๐ค๐ง๐š ๐๐š๐ซ๐ข๐ฉ๐š๐๐š ๐ฆ๐ž๐ง๐š๐ง๐  ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐œ๐š๐ซ๐š ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ฆ๐ž๐ฆ๐š๐ฅ๐ฎ๐ค๐š๐ง." Begitu juga, " ๐Š๐€๐‹๐€๐‡ ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ง๐ฎ๐ก ๐๐ข๐ฌ๐ข๐ฉ๐ฅ๐ข๐ง, ๐ฃ๐š๐ฎ๐ก ๐ฅ๐ž๐›๐ข๐ก ๐ญ๐ž๐ซ๐ก๐จ๐ซ๐ฆ๐š๐ญ ๐๐š๐ซ๐ข๐ฉ๐š๐๐š ๐ฆ๐ž๐ง๐š๐ง๐  ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐ฆ๐ž๐ง๐ข๐ง๐ ๐ ๐š๐ฅ๐ค๐š๐ง ๐ฅ๐ฎ๐ค๐š ๐๐š๐ง ๐ค๐จ๐ง๐ญ๐ซ๐จ๐ฏ๐ž๐ซ๐ฌ๐ข."

Sukan sepatutnya menjadi medan untuk menguji kemampuan, bukan tempat untuk melepaskan emosi dan merosakkan sesuatu yang sepatutnya kita hormati bersama.

Menang atau kalah adalah lumrah dalam pertandingan, tetapi menjaga disiplin, maruah dan semangat kesukanan adalah tanggungjawab setiap atlet pasukan.

Dodgeball Malaysia MDF




๐Ÿ”ฅ REFRESH THE REFS. TEST THE COURT. READY FOR THE REAL BATTLE! ๐Ÿ”ฅAlhamdulillah, satu lagi inisiatif daripada Team Ref Dod...
08/08/2026

๐Ÿ”ฅ REFRESH THE REFS. TEST THE COURT. READY FOR THE REAL BATTLE! ๐Ÿ”ฅ

Alhamdulillah, satu lagi inisiatif daripada Team Ref Dodgeball Melaka dengan kerjasama Melaka Dodgeball Association (MDA) dalam usaha memastikan persiapan menuju kejohanan minggu hadapan berada pada tahap terbaik!

Dodgeball Malaysia MDF
MDF Referee Program

Address

6074-2, Jalan Datuk Seri Haji Mohd Zin
Batu Berendam
75350

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Dodgeball Negeri Melaka-MDF-MDA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category