Kelab Ekuestrian Maahad Imtiyaz

Kelab Ekuestrian Maahad Imtiyaz Kelab ekuestrian (menunggang kuda) Maahad Imtiyaz Ipoh, Perak ditubuhkan untuk mengembangkan sunnah

14/06/2021

🔥CONTEST SOBAT2🔥

Kiriman: Mohd Ridzuan Ahmad Mazaki

Kasi LIKE Sobat2 sampai menang 😁

==============================
Cara Penyertaan Contest Gambar Busana & Tanjak:

Untuk menyertai contest ini PM Admin (di FB Messenger Sahaja) SEKEPING gambar berbusana @ bertanjak tuan. Photo Editing yg keterlaluan TIDAK dibenarkan.

Sertakan sekali detail:
Nama:
No. Hp:

Hadiah yang dipertandingkan adalah:

TEMPAT PERTAMA
Sebilah Keris Tajong Bangsa Agong
Bilah 15”
Pandai Saras lok 3
Pamor Beras Tumpah
Hulu Tajong Ukiran Halus
Pakaian Kayu Kemuning
Bernilai RM1,500

TEMPAT KE-2
Sebilah Keris Ladrang Selit
Bilah 10”
Pamor Kulit Semangka
Pakaian Ladrang Kayu Kemuning Pasir
Bernilai RM450

TEMPAT KE-3
Sebilah Pedang Buaya Berenang
Bilah 21”
Besi Spring
Pakaian Kayu Lampong
Bernilai RM298

TEMPAT KE-4
Sebilah Golok Changkat
Bilah 12”
Besi Spring
Pakaian Kayu Lampong
Bernilai RM198

TEMPAT KE-5
Sebilah Pisau Changkat
Bilah 7”
Hulu 5”
Besi spring
Pakaian Kayu Lampong
Berbilah RM98

TEMPAT KE-6 hingga KE-15
Sehelai T-shirt Exclusive Keris Empire
Bernilai RM60

Peraduan bermula pd 6hb Jun 2021 dan berakhir 19 Jun 2021.

PEMENANG akan dipilih berdasarkan jumlah paling banyak LIKE pada gambar mereka.

PEMENANG akn diumumkan pd 20hb June 2021 🔥🙏🏻🙏🏻

“PUSAKA KITA MARUAH KITA”

Penyambung Warisan Pandaibesi Melayu

Antara kebaikan dan manfaat berkuda.
09/03/2018

Antara kebaikan dan manfaat berkuda.

No pain,no gain.
22/02/2018

No pain,no gain.

Mounted Archery Workshop 2-3 Sept. 2017 Cape Cavallho, Rembau, Negeri Sembilan, Malaysia Korean Track MA There are a lot to improve. Please pray for our jour...

02/02/2018

Ziarah tidak rasmi Kelab Ekuestrian Maahad Imtiyaz ke Kelab Berkuda Al Heyzum di Seri Kembangan. Insya-Allah, suatu hari nanti akan diadakan rombongan ziarah secara rasmi.

Tanggungjawab bersama melakar semula Peta Siasi. Kerja-kerja mentarbiah umat yang telah melalui fasa-fasa penjinakan yan...
18/01/2018

Tanggungjawab bersama melakar semula Peta Siasi.

Kerja-kerja mentarbiah umat yang telah melalui fasa-fasa penjinakan yang panjang dan selesa dengan budaya menyerah, tidak mahu berfikir susah-susah, buat mudah-mudah, asalkan bahagia dan sebagainya tidak mungkin akan bangkit menyokong. Atau menjadi benteng kepada perancangan Islam jika mereka terus dengan gaya hidup yang sedia ada.

Oleh itu perancangan mentarbiah dan membentuk umat yang kuat dan berwawasan, setia dan sanggup berkorban perlu disokong oleh satu gagasan membentuk public opinion yang dimuatkan dengan tsaqafah al-muqawamah. Atau budaya menentang dan daya fikir kritis yang akan memberi kekuatan kepada mereka untuk menolak sebarang bentuk penjajahan, penghinaan dan perancangan penjinakan. Tsaqafah al- muqawamah ini juga akan menjadi antibodi yang akan melawan propaganda media Barat yang cuba mencabut ghirah dari jiwa muslim terhadap maharim Allah dan menanam jiwa hina dalam diri muslim.

Manusia yang jinak dengan budaya ikut-ikut juga tidak mungkin akan menyahut seruan berfikir di luar kotak dan tidak akan bersedia untuk mengikut langkah dan memikul beban tanggungjawab “melakar semula peta siasi”.

Ust Abdullah Zaik Abd Rahman
Presiden ISMA
(Ucapan Dasar AGM ISMA 2007)

17/01/2018

Format pertandingan memanah berkuda di serata dunia. Menurut pandangan anda, format yang mana paling mencabar?

12/01/2018
Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T kerana telah menjayakan program Kursus Pengenalan Memanah Berkuda : Teori dan Pr...
17/12/2017

Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T kerana telah menjayakan program Kursus Pengenalan Memanah Berkuda : Teori dan Praktikal di padang SK Sungai Rapat oleh Kelab Ekuestrian Maahad Imtiyaz

Kelab ini baru sahaja ditubuh pada tahun 2017 dan dibimbing oleh Ustaz Ridzuan mazaki selaku guru penasihat Kelab Ekuestrian dan Memanah Maahad Imtiyaz.

Kursus teori telah disampaikan oleh guru penasihat kami sendiri Ustaz Ridzuan Mazaki membongkar rahsia dan kelebihan memanah berkuda dari sudut nas Quran dan Hadis.

Manakala, kursus praktikal telah dijalankan pada 1 Disember bersamaan 12 Rabiul Awal ini dengan bimbingan jurulatih jemputan Tuan Mohammad Safuan Rahid.

Beliau pernah menjadi atlit negara dalam acara Memanah Berkuda Dunia 2017 di Sokco,Korea Selatan dan atlit Sukan Silat Kebangsaan pada tahun 2008 - 2015.

Beliau juga memegang jawatan sebagai pengerusi Kelab Memanah Batu Kurau (KEMBARA)

Antara perkara asas yang diajar ialah rythm (rentak) memanah, blind knocking (memasang anak panah pada busur tanpa melihat) , cara duduk 2 point (kedudukan di atas kuda ketika memanah) dan sebagainya.

Alhamdulillah. Sedang orang menyambut hari Maulidur Rasul dengan qasidah, selawat, tazkirah dan sebagainya, kami di beri taufiq dari Allah S.W.T untuk menyambutnya dengan menghidupkan sunnah sukan yang paling disukai oleh Baginda Nabi S.A.W iaitu memanah dan berkuda.

Terima kasih kepada penyumbang - penyumbang yang telah membantu kami dalam menjayakan program ini dan ribuan terima kasih juga kepada Tuan Safuan Rahid di atas bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami semua.

Kami mengharap pada Allah S.W.T agar sukan ini tidak dilupakan oleh umat islam sendiri dan sukan ini berterusan hinggalah di penghujung dunia nanti dan kami juga mengharap anak anak remaja yang aktif bersukan zaman kini tidak terlepas pandang dari kelebihan sukan yang mulia ini.

Sekian, Salam Kemaz

24/11/2017

"Kita mesti belajar untuk mengawal diri kita terlebih dahulu, sebelum kita mampu mengawal seekor kuda"

18/11/2017
Pagi ini Sabtu 18 November ujian tahap satu asas menunggang kuda telah pun berjalan di HY Stable untuk ahli kelab ekuest...
18/11/2017

Pagi ini Sabtu 18 November ujian tahap satu asas menunggang kuda telah pun berjalan di HY Stable untuk ahli kelab ekuestrian Imtiyaz. Tujuan diadakan adalah untuk menguji tahap keupayaan mengawal kuda dan posisi menunggang kuda yang betul.

18/11/2017

Address

Lot 922, Jalan Belakang Pusat Pertanian, Sungai Bertam
Batang Kali
44300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Ekuestrian Maahad Imtiyaz posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share