HangOut Studio

HangOut Studio Menyediakan ruang untuk disewakan kepada pengamal senibeladiri selain silat seperti Taekwondo, Muay Thai, Karate dan lain-lain untuk belajar dan berlatih.

HangOut Studio[202203020341 (PG0524098-V)] adalah pusat kecerdasan yang menggabungkan pelbagai aktiviti fizikal seperti Senibeladiri, Parkour, Calisthenics, Memanah dan lain-lain.

10/12/2025

Bila melatih pesilat pra tunas berpasangan, arahan perlu dipecahkan berperingkat kepada kedua-duanya supaya dapat di buat dengan baik. Tapi kadang ada yang lebih ‘advance’😌member tu tak ready kena dummy haaa…

SELAMAT MENDUDUKI PENTAKSIRAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS (PKSK) TAHUN 2026Tarikh Pentaksiran📌 Tingkatan 1: 06/10/2025 - 17...
05/10/2025

SELAMAT MENDUDUKI PENTAKSIRAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS (PKSK) TAHUN 2026

Tarikh Pentaksiran
📌 Tingkatan 1: 06/10/2025 - 17/10/2025

Checklist✅
- Memakai uniform sekolah
- Slip Menduduki PKSK
- Mykid / kad pengenalan / surat beranak
- Alat tulis utk Bahagian C : Artikulasi (bacaan huruf mungkin “Artikulasi”)
- Sarapan / makan sebelum ke tempat ujian
- Kalkulator biasa (jika perlu)
- Pastikan anda sampai awal di pusat PKSK, tenang & jawab dengan sebaiknya

Semoga anak-anak tahun 6 Gelanggang Awam Little Daie (PSSGMK), HOS dipermudahkan urusan dan mendapat keputusan yang CEMERLANG.

Semoga beroleh kejayaan & dapat mengikut jejak langkah abang kakak pesilat remaja sesi akademik yang lepas.🤲


Selamat menduduki PSRA 2025Gelanggang Awam Little Daie (PSSGMK), HangOut Studio ingin mengucapkan selamat menduduki Pepe...
29/09/2025

Selamat menduduki PSRA 2025

Gelanggang Awam Little Daie (PSSGMK), HangOut Studio ingin mengucapkan selamat menduduki Peperiksaan Sekolah Rendah Agama (PSRA) 2025 kepada semua calon khususnya calon-calon daripada pesilat HOS.

Semoga para calon di beri ketenangan, kemudahan dalam menjawab soalan, serta dapat mengaplikasikan segala ilmu yang telah dipelajari selama ini dengan sebaiknya.

Ingatlah, peperiksaan ini bukan sekadar ujian akademik, tetapi juga medan untuk mengukur sejauh mana penghayatan ilmu agama yang menjadi bekal kehidupan di dunia dan akhirat.

Kami mendoakan agar anak-anak semua dipermudahkan urusan, dilapangkan hati, dan diberi kejayaan yang cemerlang dalam PSRA 2025.

-Cikgi Wafi-




Pengumuman Khas Tentang Jadual Latihan minggu ini.Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh & salam hormat kepada semua...
05/06/2025

Pengumuman Khas Tentang Jadual Latihan minggu ini.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh & salam hormat kepada semua anak-anak Gayong Gelanggang Awam Little Daie (PSSGMK), HangOut Studio serta ibu bapa yang dihormati.

Dimaklumkan bahawa pada 7 dan 8hb Jun 2025(Sabtu & Ahad) samada kelas silat kanak-kanak atau remaja, tiada sesi latihan silat pada minggu ini bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha.

Kami menghormati hari kebesaran umat Islam ini dan memberi ruang kepada semua untuk bersama keluarga, menghayati erti pengorbanan serta mengukuhkan silaturrahim.

Selamat Hari Raya Aidiladha. Maaf zahir dan batin daripada saya Wafi Razali selaku gurulatih dan seluruh warga pengurusan.

Semoga kita semua diberkati dan dilimpahi rahmat oleh Allah SWT.

Sekian, harap maklum dan terima kasih atas kerjasama semua.

Takkan Melayu Hilang Di Dunia, Takkan Gayong Hilang Di Jiwa.





01/03/2025

Kami dari HOS Fighter Gelanggang Awam Little Daie, mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia.

Selamat berpuasa. Semoga puasa kali ini lebih baik daripada sebelumnya.

Walaupun berpuasa, latihan di HangOut Studio berjalan seperti biasa, InsyaAllah.




📢 Sertai Aktiviti Gotong-Royong & Potluck di Gelanggang Awam Little Daie , HangOut Studio!🎉Tarikh: 26hb Disember 2024Har...
20/12/2024

📢 Sertai Aktiviti Gotong-Royong & Potluck di Gelanggang Awam Little Daie , HangOut Studio!🎉

Tarikh: 26hb Disember 2024
Hari : Khamis
Masa: 8:00 Pagi – 4:00 Petang
Tempat: HangOut Studio, Batang Kali

Jom bersama-sama mengeratkan silaturahim sambil membersihkan studio dan menikmati juadah lazat Potluck!

Di jemput ibu bapa dan anak-anak silat HOS hadir & sertai aktiviti cuti sekolah sambil berseronok dan menyumbang kepada komuniti & family HangOut Studio.

Aturcara Aktiviti
--------------------------

🌟 *8:00 Pagi – 12.30 Tengah hari: Gotong-Royong*

- Membersihkan dan menyusun peralatan studio.
- Tugas ringan untuk anak-anak: Lap, susun, bersihkan tandas dan hias studio.
- Ibu ayah buat mural, mengecat bar station & dinding.

*Hiasan istimewa*: Tinggalkan _cap tangan_ anda sebagai kenangan bersama!

🍱 *12.30 Tengah hari – 2:00 Petang: Potluck*

- Bawa hidangan kegemaran anda untuk di kongsi bersama
- Nikmati juadah sambil beramah mesra.

🎨 *2.00 Petang - 3.15 Petang*

- Ibu ayah dan anak-anak sambung mengecat

🎮 *3.15 Petang – 3.45 Petang: Permainan & Cabaran Menarik*

- Lompatan Gayong: Cabaran lompatan berhalangan ibu ayah & anak
- Cabaran ibu ayah & anak: Pertarungan mesra dalam Calisthenics mudah.(Push up & Squat paling banyak dalam 45 saat)

📸 *3:45 Petang – 4:00 Petang: Sesi Foto*

- Ambil kenangan manis dengan sesi foto bersama.

Cara Menyertai?

- Maklumkan hidangan yang anda akan bawa.
- Bawa tenaga, senyuman, dan semangat kekeluargaan anda!
- *Sumbangan* seperti alat mengecat, cat putih & lain-lain warna cat serta alat kebersihan studio dialu-alukan.

Jumpa semua nanti ya!😊🙏




Seramai 6 orang pesilat HOS Fighter akan berentap di Gayong Fighting Championship Official pada 10hb November 2024 di KL...
05/11/2024

Seramai 6 orang pesilat HOS Fighter akan berentap di Gayong Fighting Championship Official pada 10hb November 2024 di KL Gateway Mall.

1.
Nama : Fayyadh Raid bin Mohd Radzi
Umur : 9 Tahun
Bout : 3 RED

2.
Nama : Julia Damia bt Mohd Rizal
Umur :11 thun
Bout: 9 BLUE

3.
Nama : Muhammad Afiq Haydhar B Mohd Azizi
Umur : 13 Tahun
Bout: 26 RED

4.
Nama : Eijaz Firdaus Anuar bin Abdul Fattah
Umur : 8 Tahun
Bout: 4 RED

5.
Nama : Muhammad Irsyad bin Muhammad Danial
Umur : 14 tahun
Bout: 31 BLUE

6.
Nama : Muhammad Syaheed bin Muhammad Danial
Umur : 12 tahun
Bout: 17 BLUE

Ada 5 hari lagi persiapan menuju ke hari bertanding.

All the best semua HOS Fighter!





01/11/2024

Percubaan pertama kali menggunakan AI untuk hasilkan lagu HOS Fighter.

Apa kata anda?

10/08/2024

"Jangan kacau aku!"

BULI. Sila tonton & dengar video ni sampai habis.

Kini isu buli di kalangan masyarakat semakin berluasa samada di sekolah, universiti, tempat kerja, taman perumahan atau di mana-mana sahaja terutama kepada anak-anak.

Jadi untuk persediaan anak-anak silat Gelanggang Awam Little Daie menghadapi isu buli ni, saya kongsikan sedikit kaedah menghadapi si pembuli terutama yang melibatkan buli fizikal.

Jika ada khilaf perkongsian saya ni, mohon perbetulkan & komen untuk penambahbaikkan.

Semoga bermanfaat🙏






Address

NO 13A, Jalan MAHAGONI 9/4, OASIS STREETMALL BANDAR UTAMA BATANG KALI
Batang Kali
44300

Opening Hours

Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 10:00 - 22:00
Saturday 10:00 - 22:00
Sunday 10:00 - 22:00

Telephone

+601139710432

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when HangOut Studio posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to HangOut Studio:

Share