Bani Ahmad Archery

Bani Ahmad Archery BANI AHMAD ARCHERY
Class, Equipment Supply & Competition etc

Ust. Mohd Amirul - 013-3578029
Abd Kar

30/05/2019
Busur Tradisional NASR
29/06/2018

Busur Tradisional NASR

16/11/2016
30/09/2016
Bow case Sesuai utk traditional dan compound Harga yg berpatutanHubungi 0132555008 (whatsapp)
25/02/2016

Bow case
Sesuai utk traditional dan compound
Harga yg berpatutan
Hubungi 0132555008 (whatsapp)

Bani Ahmad Archery get ready...
07/01/2016

Bani Ahmad Archery get ready...

Bismillahi Ar-Rahman Ar-Rahim

Karnival Memanah Taman Ekuestrian Putrajaya

💘Pertandingan Memanah Tradisional Terbuka Putrajaya (Peringkat Negeri)

Tarikh: 24hb Januari 2016
Masa: 8.00pg - 2.00ptg

Yuran penyertaan: RM30 untuk satu kelas busur & RM50 untuk dua kelas busur.(Yuran termasuk sarapan,makan tengahari, & sijil penyertaan)
*Diskaun sebanyak 10% untuk ahli Kelab Gabungan Pertama)

PENDAFTARAN di link berikut:

http://www.tep.com.my/news-events/latest-news/announcement/kejohanan-memanah-tradisional-terbuka-putrajaya

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Cik Salha di talian 0388886080 atau whatsapp 0162501478.

Acara yang dipertandingkan:
a) Jarak dekat: 30 meter, 10 batang anak panah, PERTAMA Target
b) Jarak jauh: 60 meter, 10 batang anak panah, P**a Target
c) Panah Pantas: 30 saat 20meter, 10 batang anak panah, PERTAMA Target

P/s: Jarak untuk kategori Junior (13thn -17thn) dan Kadet (12 thn kebawah) akan dikurangkan sebanyak 10meter. Masa ditambah kepada 1 minit.

Syarat Am Pertandingan:
1. Pertandingan ini adalah sebagai pusingan kelayakan untuk para pemanah melayakkan diri ke pertandingan kebangsaan.
2. Untuk melayakkan diri ke pertandingan kebangsaan, para pemanah harus mendapat 50% daripada jumlah keseluruhan markah dengan menggunakan anak panah kayu atau buluh.
3. Pemanah dibenarkan menggunakan anak panah yang diperbuat daripada material moden. Markah bonus sebanyak 10 markah akan diberikan kepada pemanah yang menggunakan anak panah kayu atau buluh.
4. Para pemanah harus menulis nama pada anak panah masing-masing.
5. Terdapat dua kelas busur yang dipertandingkan iaitu busur asas(mempunyai 'window' dan 'arrowrest' sahaja tanpa aksesori lain) dan juga busur tradisional(tidak mempunyai 'window & arrow rest'. Pemanah dibenarkan untuk menyertai kedua-dua kategori.
6. Para pemanah yang menyertai pertandingan ini secara automatik akan disenaraikan dalam Liga Memanah Tradisional Malaysia 2016 anjuran PERTAMA.

💘Pertandingan Panah Pahlawan ala Paintball
Masa: 2.00ptg - 5.00ptg
Yuran penyertaan: RM50 satu pasukan (5 orang)

Syarat2 Pertandingan:
1. Satu pasukan mesti terdiri sekurang-kurangnya 3 orang.
2. Format pertandingan adalah liga dan pusingan kalah mati.
3. Masa permainan adalah 5 minit.
4. Pemain yang telah terkena panahan secara terus daripada pihak lawan atau pihak sendiri akan terkeluar dari permainan.
5. Kemenangan akan diberikan kepada pasukan yang berjaya menjatuhkan kesemua 'bola tenaga' pihak lawan atau berjaya mengeluarkan kesemua pihak lawan dari permainan.
6. Sekiranya masa tamat, pasukan yang mempunyai bilangan 'bola tenaga' paling banyak akan menang.
7. Sekiranya kedua-dua pasukan mempunyai bilangan bola tenaga yang sama, pasukan yang berjaya mengeluarkan lebih ramai pemain pihak lawan akan memenangi pertandingan.
8. Sekiranya masih sama, perlawanan tempur satu lawan satu akan diadakan.

💘Kemunculan istimewa Juara Memanah Berkuda Dunia Mihai Cozmei
💘Santai Memanah untuk orang ramai mencuba panahan tradisional
💘Jualan alatan memanah tradisional dan busana melayu
💘Santai berkuda
💘Dan bermacam2 aktiviti lagi...

Ayuh beramai2 ke Taman Ekuestrian Putrajaya, Presint 5 pada Ahad, 24 Januari 2016 ini. Sesuai untuk seisi keluarga pasti menghiburkan.

Bersama Juara muslimat Al Razzaq dan bersama Juara Muslimin Sunnah memanah Bangi.Karnival Morib 5/12/2015
05/12/2015

Bersama Juara muslimat Al Razzaq dan bersama Juara Muslimin Sunnah memanah Bangi.
Karnival Morib 5/12/2015

Hntr wakil jer.
05/12/2015

Hntr wakil jer.

Sanah helwah Boss
02/12/2015

Sanah helwah Boss

Address

Banting

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bani Ahmad Archery posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category