29/08/2020
"GENG USTAZ" merupakan salah sebuah nama kelab s**an badminton yang berada di sekitar Kuala Langat dan didengar seperti kelab yang pelik. Mana taknya, bila sebut geng ustaz, dalam fikiran kita mesti kaki masjid, tazkirah, baik, sabar penyantun, hensem dan kacak (saja aku tambah.hehehe).
Tetapi kewujudannya sebenarnya mendekatkan para ustaz dengan masyarakat yang s**a bers**an. Didalam group ini pun bukan semuanya para ustaz, kebanyakannya semua baru nak start.
Kalau semuanya ustaz, mesti dah jadi m***i dan ulamak tersohor.
GENG USTAZ menggunakan sehabis baik platform yang ada untuk menyantuni golongan muda dan berusia. Kami akan menonjolkan akhlak dan peribadi sebagai seorang Muslim yang menjaga agama. (Semoga benar hasrat ini)
Melalui perlawanan persahabatan yang kami lakukan sedikit sebanyak mendekatkan jurang antara ustaz dan golongan awam.
Walaupun kebiasaannya kalah itu sudah didalam genggaman dan menang itu adalah satu bonus! Kami tetap ceria, kerana kami bers**an untuk berukhwah dan sihat.
Detik bersejarah apabila pada hari ini 29 ogos 2020, bersamaan 10 Muharam 1422H.
GENG USTAZ menyerahkan sedikit sumbangan kepada DACS Kuala Langat, yang sedang giat memperindah dan memperelok tugu badminton yang dahulunya mekar dan dijulang diseantero dunia. Siapa tidak kenal "anak-anak sidek" yang pernah popular dalam kaca televisyen melalui kartun animasi.
Semoga dengan sumbangan yang diberikan memberikan ruang dan peluang kepada masyarakat umum untuk mengenang dan memperingati jasa yang pernah disumbang kepada negara Malaysia dalam bidang s**an badminton satu ketika dahulu.
Nantikan maklumat-maklumat terkini mengenai tugu badminton ini.