15/12/2024
𝐁𝐔𝐋𝐈
Antara topik yang kerap timbul dalam kelas remaja dan kanak-kanak adalah isu buli. Kejadian buli yang sering berlaku diperingkat remaja dan kanak-kanak termasuk diejek, dikacau malah lebih teruk sehingga dipukul.
Kebiasaannya PEMBULI ni rata-rata dari background dan surrounding yang tidak sihat. Mereka mungkin sering kena marah dirumah atau disekolah. Malah ada PEMBULI yang sebenarnya mengalami trauma mereka sendiri dibuli, menyebabkan mereka melepaskan amarah kepada orang lain yang lebih lemah. Dan kitaran tidak sihat ni pun berterusan.
Social status tidak menentukan seorang PEMBULI. B40, M40, T20...sama je. Malah melalui pengalaman aku, anak-anak T20 yang jadi PEMBULI sering rasa diri mereka KEBAL disebabkan pengaruh social status mereka dan merasakan mereka " above the law".
--------------
Antara ciri-ciri PEMBULI:
❌Mencari mangsa yang lebih lemah.
❌Irihati atau jealous dengan mangsa.
❌Bergerak dalam kumpulan. Jarang ada PEMBULI yang solo.
❌Mendapat kepuasan dari reaksi mangsa seperti menangis atau tidak melawan balik.
❌Ada jugak yang dapat kepuasan bila mangsa cuba melawan tapi tak mampu. Yang ni lebih bahaya sebab PEMBULI dan geng dia akan jadi lebih agresif.
---------------
Aku nak kongsi tips yang aku share dengan student MyAikido termasuk anak-anak aku sendiri yang kerap dibuli masa disekolah rendah satu ketika dulu:
✅Kenalpasti "trigger point" PEMBULI. Apa yang buat dia tak puas hati dengan mangsa. Penampilan ke? Pergaulan ke? Ada yang membuli semata-mata kerana jealous sebab mangsa peramah dan s**a berkawan (true story jadi kat anak-anak aku).
✅Belajar untuk tidak "feed" the expected outcome yang diinginkan oleh PEMBULI. Jika dia nak kita menangis, jangan menangis. Jika dia nak kita marah, jangan marah. This will "throw off" momentum PEMBULI. Otak dia jem kejap.
✅Kalau buli secara lisan, setuju je dengan statement pembuli.
Contoh:
Pembuli: "Awak ni bodoh, dah la bodoh...hodoh pulak tu"
Mangsa: "Ha'ah betul la. Macam mana awak tau?"
Almost always PEMBULI akan mati akal sebab that is not the expected reaction yang dia mahu.
✅Doakan yang baik-baik untuk PEMBULI. Tips ni aku berani cakap berhasil sebab aku ajar anak-anak aku ketika mereka dibuli. Setelah sekian lama dibuli...balik sekolah selalu mengadu kasut disorok bila ke surau, sering diejek, sering ditolak sampai jatuh.
Aku pesan setiap kali dibuli, tadahkan kedua tangan depan PEMBULI dan doa kuat-kuat semoga Allah merahmati mereka, permudahkan urusan mereka dan tenangkan jiwa mereka...AAMIIN!
After a few attempts, my kids came back from school happy and said IT WORKED! Dah tak kena buli. Alhamdulillah.
Adakah aku marah bila anak dibuli? MESTI la aku marah. Aku arahkan cikgu buat pertemuan bertentang mata dengan parents PEMBULI. Tapi hajat tak kesampaian sebab cikgu lebih arif. Tak tau la apa jadi kalau dapat bertentang mata time tu.
-------------
Berbalik kepada student kami di MyAikido, ada parents yang hantar anak supaya anak mereka jadi lebih tough, lebih berani supaya tidak menjadi mangsa buli. Sebaliknya kami akan berterus-terang dengan parents yang objektik kami lain. Latihan kami bersifat pembentukan peribadi dan jati diri. Students belajar untuk percaya dengan keupayaan diri sendiri. Dari sini akan timbul Self Confidence, Self Control. Penampilan dan aura student akan berubah jadi lebih positif. Insya Allah, PEMBULI yang bergelumang dengan energy yang negative akan move on dan memilih mangsa seterusnya.
Dan of course...since kami mengajar seni beladiri. Pelbagai teknik mudah akan diajar kepada students sekiranya terlibat dalam buli berbentuk fizikal. Supaya mereka boleh EVADE and ESCAPE dari situasi buli tersebut.
--------------
Kalau ada yang sedang experience masalah buli, seek help. Jangan biarkan anak kita jadi mangsa. Jangan sampai anak kita menghadapi masalah emosi. As parents, always be supportive. Be open supaya anak berani bercerita kepada kita kisah hidup mereka, yang baik mahupun yang buruk. Supaya kita boleh support dan bantu mereka sebelum terlambat.
--------------
Oh sebelum aku lupa, penulisan diatas juga applicable kepada golongan PEMBULI yang dah level bapak budak dan mak budak...termasuklah CYBERBULLYING!
Semoga bermanfaat. Domoarigato gozaimash.
Sensei Azli
Self Defense and Aikido Instructor
My Aikido Dojo