12/06/2026
Seluruh warga Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Prof. Dato' Dr. Fariza Md Sham, FASc atas pelantikan sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang berkuat kuasa pada 15 Jun 2026.
Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuh kecemerlangan akademik dan jaringan antarabangsa UKM, di samping terus memacu agenda pembangunan ilmu, kepimpinan dan kecemerlangan institusi selaras dengan aspirasi universiti.
Kami mendoakan agar YBhg. Prof. Dato' Dr. Fariza sentiasa dikurniakan kesihatan, kekuatan dan kebijaksanaan dalam menggalas amanah serta tanggungjawab demi kemajuan UKM, masyarakat dan negara.