10/01/2022
Video pendek, namun cukup untuk kita buat analisa mengenai kelalaian rider tersebut bagi mengelak kesalahan berlaku pada masa akan datang.
1. Dapat dilihat rider ‘tarik nyawa’ sebentar di bawah pokok kerana penat climbing sebelum tu
2. Di permulaan video, beliau menyambung kayuhan, namun tanpa melihat kanan dan kiri, lantas mengabaikan kehadiran kereta perakam video ni yang mengambil jalan yang dihalang oleh rider.
3. Ini boleh mendatangkan bahaya kepada rider sekiranya kereta perakam lalai dan alpa.
4. Moving forward, rider sebelum menyambung kayuhan, lihat kiri dan kanan supaya alert kehadiran kenderaan lain dan sumber bahaya. Setelah selamat, baru sambung kayuhan.
Kayuh selamat untuk semua!
Nota kaki: Perakam juga seorang rider dan sudah alert mengenai kesilapan selalu dibuat oleh newbie ataupun pandemic rider sebegini.