Sepenuh Kasih Sayang

Sepenuh Kasih Sayang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Sepenuh Kasih Sayang, Sport & recreation, Bangi.
(1)

29/05/2026

Nama saya Ahmad, berumur 32 tahun. Saya seorang pekerja pejabat biasa yang dulunya sangat bersemangat. Saya sentiasa sampai awal, siapkan 'report' sebelum 'deadline', dan sentiasa fokus. Tapi, itu semua dulu... sebelum mimpi ngeri itu bermula.
Semuanya bermula dengan kesukaran untuk lelap. Pada mulanya, saya hanya terjaga sejam dua pada waktu malam. Tapi lama-kelamaan, ia menjadi neraka.
Jam 2 pagi... 3 pagi... 4 pagi... mata saya masih terbeliak memandang siling. Fikiran saya melayang memikirkan hal kerja, hutang, dan pelbagai masalah yang tak ada kesudahannya. Bunyi detikan jam dinding terasa seperti pukulan tukul di kepala saya. Setiap kali saya pandang jam, dada saya berdebar kerana saya tahu masa untuk bangun pagi semakin hampir, tapi otak saya enggan berehat walau sesaat.
Kesannya? Esok harinya, saya melangkah ke pejabat persis mayat hidup (zombie).
Secawan kopi bertukar menjadi empat cawan sehari, tapi otak saya masih 'jammed'. Di depan skrin komputer, pandangan saya menjadi kabur. Saya terpaksa membaca e-mel yang sama sampai tiga empat kali kerana otak saya tak dapat memproses maklumat.
Paling memalukan, saya mula buat silap-silap bodoh. Saya tersalah hantar quotation kepada klien VIP. Waktu 'meeting' penting, saya tersengguk-sengguk menahan mata yang teramat berat, sehinggalah boss menepuk meja dan menengking saya di depan semua rakan sekerja.
"Ahmad! Kalau awak nak tidur, balik rumah! Awak tahu tak awak dah hancurkan projek ni?!"
Rasa malu dan hina masa tu, hanya Allah yang tahu. Rakan sekerja yang dulu rapat mula menjauhkan diri kerana mood saya sentiasa baran, mudah marah dan sangat sensitif. Prestasi saya merudum teruk. Saya mula menerima surat amaran (warning letter) dari pihak HR.
Saya sedar, kalau benda ni berterusan, saya bukan setakat hilang kesihatan, tapi saya akan hilang sumber pendapatan yang saya perlukan untuk menyara keluarga.
Tiap-tiap malam saya menangis dalam diam. Badan saya terlampau penat, sendi-sendi sengal, mata pedih, tapi kenapa... kenapa saya tak boleh tidur?! Saya dah cuba pelbagai cara. Minum susu panas, dengar muzik terapi, buat senaman, malah hampir mengambil pil tidur walau saya tahu kesan sampingannya sangat merosakkan organ dalaman. Semuanya sia-sia.
Saya benar-benar putus asa. Saya rasa hidup saya dah hancur.
Sehinggalah pada suatu petang, seorang rakan sekerja senior nampak saya termenung lesu di pantri. Dia faham penderitaan saya. Dia mendekati saya dan berkongsi satu rahsia yang mengubah hidupnya yang juga pernah mengalami insomnia teruk tahun lepas.
Pada mulanya saya sangat skeptikal. Tapi malam itu, dengan sisa harapan yang ada, saya mencubanya.
Dan percayalah... magik berlaku. Buat pertama kalinya dalam masa 8 bulan yang penuh seksaan, mata saya perlahan-lahan layu. Otak saya yang tadinya serabut menjadi sangat tenang. Saya tertidur lena tanpa mimpi, tanpa terjaga di tengah malam!
Esoknya, saya bangun sebelum jam berbunyi. Badan saya terasa sangat ringan, otak cerdas, dan saya dapat rasakan tenaga yang luar biasa mengalir dalam badan saya. Saya kembali ke pejabat dengan senyuman, menyiapkan kerja dengan pantas dan boss kembali memuji prestasi saya.
Saya kembali mendapat hidup saya. Segala mimpi ngeri, kemurungan dan status 'zombie' saya berakhir...

Address

Bangi
00700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sepenuh Kasih Sayang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share