17/12/2020
𝐈𝐁𝐔 𝐃𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐊 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔 𝐉𝐀𝐃𝐈 𝐒𝐈𝐍𝐆𝐀 𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐀𝐂𝐀 🥰 📚
Kalau tengok anak-anak omputeh, mereka relaks je baca buku banyak-banyak, tebal-tebal pulak tu.
Kita ni berbuih mulut suruh anak-anak baca buku, tapi mereka boleh buat derk je. Penat.
Cuba semak tips di bawah, mungkin teknik kita boleh ditambahbaik 🤩
📒𝟓 𝐓𝐢𝐩𝐬 𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐉𝐚𝐝𝐢 𝐔𝐥𝐚𝐭 𝐁𝐮𝐤𝐮📒
1️⃣ Berikan pilihan.
Biarkan anak-anak buat pilihan sendiri. 91% kanak-kanak yang memilih buku sendiri lebih seronok menghabiskan bahan bacaan pilihan mereka. Teknik ini juga membantu ibu ayah dalam menyediakan bahan bacaan.
2️⃣ Bina hubungan.
Sesuatu yang dibaca itu akan lebih memberi kesan jika anak-anak dapat kaitkan dengan kehidupan mereka. Minta anak-anak untuk mengaitkan pembacaan mereka dengan situasi sebenar, mesti mereka akan dapat lihat gambaran yang lebih besar!
3️⃣ Baca bersama-sama.
Tetapkan masa berkualiti bersama anak-anak. Pastikan tiada telefon, televisyen dan gangguan yang lain ketika ibu ayah membaca bersama anak-anak. Fokus kepada buku & penyampaian bahan itu sahaja. Tambahkan elemen penceritaan yang penuh aksi, mimik muka, emosi dan nada yang sesuai.
4️⃣ Bercerita tentang buku.
Wujudkan suasana ulat buku di rumah. Kongsikan maklumat daripada pembacaan ibu ayah dengan anak-anak dan minta mereka juga berkongsi tentang pembacaan mereka. Jika ibu ayah seronok berkongsi, anak-anak juga akan terinspirasi.
5️⃣ Sediakan stok yang berterusan.
Minta anak-anak untuk fikir & bayangkan bahan bacaan seterusnya. Dapatkan idea daripada imaginasi mereka untuk persediaan buku-buku akan datang. Pastikan stok buku baru tak putus!
Jadi, kalau kita ibu ayah yang tak tahu cara ajar teknik membaca guna phonics atau suku kata & sebagainya, tak apa!
Boleh cuba 5 tips ini untuk kenalkan anak-anak dengan hobi membaca 📖
Insha Allah, anak bukan sahaja boleh membaca malah MINAT & SERONOK membaca ❤️