11/06/2021
Assalamualaikum semua.
Terlebih dahulu, diucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua kerana sudi mengikuti page kami ini.
Dengan rasa amat sedih, diumumkan bahawa Bangi Social League terpaksa ditunda ke tarikh yang akan diberitahu kelak. Disebabkan pandemik yang semakin meruncing dan kerajaan terpaksa mengumumkan PKP, liga ini yang sepatutnya dilangsungkan pada bulan Julai ini akan ditunda ke suatu tarikh yg akan ditentukan semula selepas berakhirnya PKP ini dan mendapat kebenaran untuk dijalankan liga bola sepak ini.
Sekian, terima kasih.
Admin Bangi Social League