Akademi Bola Sepak Kota Marudu

Akademi Bola Sepak Kota Marudu Kota Marudu Football Academy
(KMFA)

New Chapter. KMFA President Cup 2026.
16/08/2026

New Chapter.
KMFA President Cup 2026.

25/07/2026
FINAL LIGA KMFA 2025/2026DEWATA FT vs RUGADING FC
08/06/2026

FINAL LIGA KMFA 2025/2026
DEWATA FT vs RUGADING FC

DEWATA JUARA LIGA KMFA 2025/2026Dewata FT dinobatkan sebagai juara Liga KMFA untuk musim 2025/2026 selepas menewaskan Ru...
08/06/2026

DEWATA JUARA LIGA KMFA 2025/2026

Dewata FT dinobatkan sebagai juara Liga KMFA untuk musim 2025/2026 selepas menewaskan Rugading FC 5-2.

Perlawanan yang bermula jam 3.45 petang disaksikan kira-kira 500 penyokong dari kedua-dua pasukan. Gol pendahuluan Dewata FT dijaringkan oleh Mohd. Khuzairi Abdullah sebelum Aziezan Rahman menjadikan 2-0. Rugading FC yang mendapatkan Maxsius Musa dan Shafie Talip dalam perlawanan ini beberapa kali membuat serangan namun dikawal ketat oleh pertahanan Dewata FT. Akhirnya Rugading FC berjaya menjaringkan gol melalui Shafie Talip hasil pergelutan di petak penalti. Tetapi beberapa minit kemudian, Dewata FT berjaya menambah jaringan melalui Aziezan Rahman melalui serangan balas yang menarik. Kedudukan separuh masa pertama Dewata FT mendahului dengan 3-1.

Memasuki separuh masa kedua, Rugading FC menguasai perlawanan untuk 15 minit dan percubaan Shafie Talip terkena palang selain beberapa peluang yang terbuka yang tidak berjaya menghasilkan gol.

Dewata FT yang dibarisi pemain yang mempunyai kelajuan menggunakan peluang mereka untuk membuat serangan balas dan akhirnya mereka mendapat sepakan penalti apabila pemain pertahanan Rugading FC cuba menyelamatkan sepakan Mohd. Khuzairi dengan menampan bola. Sepakan penalti berjaya disempurnakan oleh Aziezan Rahman menjadikan koleksi jaringan beliau kepada 16 gol.

Rugading FC yang bermain 10 orang sekali lagi cuba melakukan serangan dan akhirnya berjaya mendapat sepakan penalti apabila Maxsius Musa dijatuhkan di petak penalti. Bekas pemain Sabah FC ini mengambil sepakan penalti yang mudah menewaskan penjaga gol Dewata FT.

Kedua-dua pasukan cuba mengubah rentak permainan dengan menukar beberapa orang pemain. Hasilnya, Dewata FT berjaya menambah jaringan melalui pemain tengah mereka Fadhli Dzil Ikram yang berjaya melakukan larian solo seterusnya menghasilkan jaringan menjadikan keputusan 5-2 sehingga habis masa perlawanan.

Majlis penutupan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pemangku Presiden Safa Kota Marudu, Tuan Jemson Majimal. Dalam ucapannya beliau mengucapkan tahniah kepada KMFA kerana berjaya menganjurkan kejohanan seperti ini. Beliau juga berharap para belia khususnya menjadikan kejohanan ini sebagai platform memajukan potensi masing-masing sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.

Terdahulu, Setiausaha KMFA, Encik Aldrin Arbert mewakili Presiden KMFA, Tuan Nickho Unui yang tidak dapat hadir kerana komitmen kerja telah menyampaikan ucapan. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan tahniah kepada para pemenang dan juga ucapan terima kasih kepada 17 pasukan yang menyertai kejohanan ini yang telah bermula pada November 2025.

Seterusnya, beliau memaklumkan yang kejohanan ini akan diteruskan dan Piala Sumbangsih akan diadakan pada bulan Julai melibatkan kedua-dua pasukan yang bermain dalam perlawanan akhir ini yang akan berentap sekali lagi.
Seterusnya Liga KMFA Musim 2026 akan dijadualkan bermula Ogos ini yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM15,000.

Penyampain hadiah telah disampaikan oleh Pemangku Presiden SAFA dan juga beberapa jemputan lain daripada SAFA Kota Marudu.

Berikut keputusan rasmi kedudukan dan anugerah yang telah disampaikan.

JOHAN - DEWATA FT
NAIB JOHAN - RUGADING FC
KETIGA - SERINSIM FRIENDS
KEEMPAT - KSP FC

Pasukan Fair Play - Bandau Rhinos
Penjaring Terbanyak - Aziezan Bin Rahman (Dewata FT)
Pemain Terbaik - Mohd Khuzairi Abdullah (Dewata FT)
Penjaga Gol Terbaik - Jasbon Memihot (KSP FC)
Pertahanan Terbaik - Md. Zulhaidie Jain (Dewata FT)
Midfield Terbaik - Fadhli Dzil Ikram (Dewata FT)
Pemain Harapan U17 - Mohd. Izzat Shamen (Serinsim Friends)
Jurulatih Terbaik - Kemie Jenit (Bandau Rhinos)
Pengurus Terbaik - Jebli Asang (Rugading FC)

FINAL PIALA LIGA KMFADEWATA FT vs RUGADING FC07.06.2026 (AHAD)Perlawanan akan bermula jam 3.00 petang seterusnya perasmi...
07/06/2026

FINAL PIALA LIGA KMFA
DEWATA FT vs RUGADING FC
07.06.2026 (AHAD)
Perlawanan akan bermula jam 3.00 petang seterusnya perasmian pada jam 5.00 petang bertempat di Padang Pekan Kota Marudu.

Piala Liga KMFA 2026Penentuan tempat Ketiga/KeempatTahniah kepada pasukan Serinsim Friends yang meraih tempat ketiga sel...
17/05/2026

Piala Liga KMFA 2026

Penentuan tempat Ketiga/Keempat

Tahniah kepada pasukan Serinsim Friends yang meraih tempat ketiga selepas menewaskan KSP FC dengan jaringan 3-2.

Serinsim Friends berjaya mendahului dengan jaringan Leonard pada minit ke-15. Serinsim Friends mendominasi perlawanan tetapi KSP FC berjaya menghasilkan beberapa serangan berbahaya di kawasan penalti dan akhirnya menyamakan kedudukan melalui Eleriongill hasil pergelutan di kawasan penalti.

Niclos berjaya menjaringkan gol kedua Serinsim Friends hasil percubaan tendangan deras di luar petak penalti menewaskan penjaga gol KSP FC. Keputusan ini kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Memasuki masa kedua, kedua-dua pasukan bermain dengan berhati-hati apabila hujan turun menyebabkan tempo permainan beruabah. Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan, namun KSP FC berjaya menjaringkan gol melalui Carlos yang gagal ditampan kemas oleh penjaga gol Serinsim Friends.

Namun, Mohd Sharil Izwan berjaya menjaringkan gol ketiga Serinsim Friends apabila menanduk kemas hasil hantaran Niclos yang menuju ke arah sudut gawang ketika perlawanan berbaki lima minit lagi.

Keputusan ini kekal sehingga tamat perlawanan menjadikan keputusan rasmi 3-2. Tahniah kepada pasukan Serinsim Friends yang akan membawa hadiah wang tunai RM2000, piala serta medal manakala KSP FC akan membawa hadiah wang tunai RM1000, piala serta medal.

Hadiah akan disampaikan pada majlis penutupan dan penyampaian hadiah selepas perlawanan akhir di antara pasukan Dewata FT menentang Rugading FC pada 07 Jun 2026.

Shout out to my newest followers! Excited to have you onboard! Hesli Leths, ازرى زو, Ner Djohn, Triple H Vincent, Xii Ec...
17/05/2026

Shout out to my newest followers! Excited to have you onboard! Hesli Leths, ازرى زو, Ner Djohn, Triple H Vincent, Xii Echoo, Danish Bryan

Penentuan tempat Ketiga antara pasukan Serinsim Friends menentang KSP FC akan berlangsung pada 17 Mei 2026 bertempat di ...
14/05/2026

Penentuan tempat Ketiga antara pasukan Serinsim Friends menentang KSP FC akan berlangsung pada 17 Mei 2026 bertempat di Padang Pekan Kota Marudu.

Kedua-dua pasukan yang berada dalam Kumpulan D telah bertemu sebelum ini di peringkat kumpulan di mana Serinsim Friends menewaskan KSP FC dengan jaringan 4-1. Tetapi keputusan ini bukanlah ukuran sebenar untuk penentuan tempat ketiga kerana KSP FC sudah pun bersedia mencabar Serinsim Friends apatah lagi dengan kehadiran beberapa pemain baru mereka.

Namun, Serinsim Friends yang hampir melangkah ke perlawanan akhir sudah pasti ingin mendapatkan tempat terbaik di dalam kejohanan kali ini.

Pemenang tempat ketiga akan membawa hadiah wang tunai RM2000 manakala tempat keempat RM1000 disamping piala dan trophy.

Address

Kota Marudu
Bandau Kota Marudu
89108

Telephone

+60178519250

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akademi Bola Sepak Kota Marudu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Akademi Bola Sepak Kota Marudu:

Shortcuts

Share