FC Sungai Kechil Ulu

FC Sungai Kechil Ulu Kelab Bola Sepak Sekolah Rendah berpengkalan di SK Sungai Kechil Ulu, Bandar Baharu, Kedah

📣 JEMPUTAN KE IN-HOUSE TOURNAMENT 2026 ⚽🔥Sukacita dijemput semua waris pelatih yang terlibat, murid-murid sekolah, serta...
13/08/2026

📣 JEMPUTAN KE IN-HOUSE TOURNAMENT 2026 ⚽🔥

Sukacita dijemput semua waris pelatih yang terlibat, murid-murid sekolah, serta orang ramai untuk bersama-sama hadir memberi sokongan dan menyaksikan aksi hebat pasukan yang berentap dalam kejohanan ini!

📅 Tarikh: 14 Ogos 2026 (Jumaat)
⏰ Masa: 8.00 Pagi - 11.00 Pagi
📍 Lokasi: Padang Bola Sepak SKSKU

🏆 SENARAI PASUKAN U12 (9 Sebelah):

Team A - Avengers FC
Team B - Breaker FC
Team C - Crusher FC
Team D - Dominator FC

🏆 SENARAI PASUKAN U9 (5 Sebelah):

Team A - Arnab Jr. FC
Team B - Kancil Jr. FC
Team C - Gagak Jr. FC
Team D - Kumbang Jr. FC

🍔 GERAI JUALAN & AKTIVITI MENARIK:

Gerai jualan makanan & minuman (Antaranya jualan Pizza Hut Parit Buntar dengan harga berpatutan!)

Gerai jualan merchandise rasmi kelab FCSKU (Jom beli sambil menyumbang untuk dana tabung kelab bagi kegunaan masa hadapan).

Mari beramai-ramai kita serikan suasana dan berikan sokongan padu buat semua pemain cilik kita!

Semua dijemput hadir! 🎉⚽

FCSKU / SKSKU 2022 ➡️ 2023 ➡️ 2024 ➡️ 2025 ➡️ 2026 ➡️ Still ongoing insyaAllah 🤲
16/06/2026

FCSKU / SKSKU

2022 ➡️ 2023 ➡️ 2024 ➡️ 2025 ➡️ 2026 ➡️ Still ongoing insyaAllah 🤲

🏆 KEJOHANAN BOLASEPAK 12TKB MSSDKBB ZON BANDAR BAHARU 2026 ⚽Alhamdulillah, pasukan bola sepak SK Sungai Kechil Ulu (SKSK...
12/05/2026

🏆 KEJOHANAN BOLASEPAK 12TKB MSSDKBB ZON BANDAR BAHARU 2026 ⚽

Alhamdulillah, pasukan bola sepak SK Sungai Kechil Ulu (SKSKU) berjaya menamatkan kejohanan dengan pencapaian yang membanggakan apabila meraih tempat ketiga keseluruhan.

📊 Rumusan Prestasi Pasukan

6 Perlawanan
2 Kemenangan
3 Seri
1 Kekalahan
5 Gol Dijaringkan
6 Gol Dibolosi

⚽ Penjaring Gol SKSKU

Aqil – 1 gol
A. Hariz – 1 gol
Asyraf – 2 gol
Habib – 1 gol

Sepanjang kejohanan, SKSKU mempamerkan aksi yang sangat positif dengan penguasaan bola yang baik serta corak permainan yang tersusun. Pasukan berjaya mencipta banyak peluang, namun ketump**an di bahagian serangan dan penyudah menjadi faktor utama yang menyebabkan beberapa mata berharga terlepas begitu sahaja.

Walaupun begitu, semangat juang yang tinggi, disiplin serta kerjasama pasukan yang ditunjukkan oleh semua pemain amat membanggakan. Dengan sedikit penambahbaikan di bahagian penyudah, pasukan ini mempunyai potensi besar untuk melakar pencapaian yang lebih cemerlang pada masa hadapan.

🙏 Terima kasih kepada semua pemain, guru, jurulatih, ibu bapa dan penyokong yang sentiasa memberikan sokongan dan komitmen sepanjang kejohanan ini.

Tahniah SKSKU! Teruskan berjuang dan melangkah lebih jauh pada masa akan datang. 💚⚽🏆

RUMUSAN PRESTASI FCSKU / SKSKU - U12 (JANUARI - MEI 2026) ⚽🔥​Alhamdulillah, selesai sudah siri perlawanan persahabatan d...
06/05/2026

RUMUSAN PRESTASI FCSKU / SKSKU - U12 (JANUARI - MEI 2026) ⚽🔥

​Alhamdulillah, selesai sudah siri perlawanan persahabatan dan kejohanan pemanasan badan bagi pasukan FCSKU U12 sebelum melangkah ke medan sebenar minggu depan.

​Berikut adalah rumusan statistik pasukan setakat 6 Mei 2026:

​📊 STATISTIK KESELURUHAN
✅ Jumlah Perlawanan: 28
✅ Menang: 15
✅ Seri: 7
✅ Kalah: 6
⚽ Jumlah Jaringan: 46 Gol
🧤 Clean Sheet: 16 Perlawanan

​🎯 SENARAI PENJARING GOL (TOP SCORERS)
​Syahmi - 13 ⚽
​Aqil - 11 ⚽
​Asyraf - 7 ⚽
​Adrien - 4 ⚽
​A. Hariz - 4 ⚽
​Habib - 4 ⚽
​Fathul - 3 ⚽
​Adam Qays - 3 ⚽
​D. Harraz - 1 ⚽
​M. Al-Fatih - 1 ⚽

​Momentum yang sangat baik buat anak-anak FCSKU. Dengan rekod 16 perlawanan tanpa bolos, benteng pertahanan kita nampak cukup bersedia. Jentera serangan juga tajam dengan purata 1.6 gol setiap perlawanan!

​Minggu hadapan (11-12 Mei 2026) adalah misi utama kami di Kejohanan Bola Sepak 12TKB MSSDKBB Zon Bandar Baharu. Target kami adalah kelompok Top 3! 🏆

​Mohon doa daripada semua ibu bapa, guru-guru, dan penyokong tegar FCSKU agar anak-anak ini diberikan kekuatan, kesihatan yang baik, dan kejayaan yang cemerlang.

​Ayuh FCSKU! Doakan kami! 💪⚽🔥

FCSKU U12 TAHUN 2026Friendly match 3 penjuru FCSKU Tarikh : 21/01/2026Lokasi : Padang SK Sri Kerian 1st match : SKSKU ( ...
06/05/2026

FCSKU U12 TAHUN 2026

Friendly match 3 penjuru FCSKU
Tarikh : 21/01/2026
Lokasi : Padang SK Sri Kerian

1st match :
SKSKU ( 0 ) vs ( 3 ) SKSK

2nd match :
SKSKU ( 3 ) vs ( 0 ) SRIAH
- Aqil score 1
- A.Hariz score 1
- D.Harraz score 1

---------
24/01/2026 - Kejohanan Bolasepak SK Changkat Jering Peringkat Kebangsaan

1st Match
SKSKU ( 6 ) vs ( 0 ) SK Pantai Besar
- Asyraf score 4
- M.Al-Fatih score 1
- Adrien score 1

2nd match
SKSKU ( 1 ) vs ( 1 ) SK Changkat Jering
- Syahmi score 1

3rd match
SKSKU ( 0 ) vs ( 0 ) SK Taman Palma

Pusingan ke-2
SKSKU ( 0 ) vs ( 1 ) SK Pengkalan Aur

Suku Akhir Kategori Primier
SKSKU ( 0 ) vs ( 0 ) SK Ayer Puteh Perak
- tewas penalti 2-3

---------
Friendly match 3 penjuru SJKTNT vs SKSKU vs SRIAH
Tarikh : 08/04/2026
Lokasi : Padang SJKT Nibong Tebal

1st match :
SKSKU ( 1 ) vs ( 0 ) SJKTNT
- Aqil score 1

2nd match :
SKSKU ( 4 ) vs ( 0 ) SRIAH
- Aqil score 2
- Syahmi score 1
- Habib score 1

3rd Match :
SKSKU ( 0 ) vs ( 0 ) SJKTNT

4th Match :
SKSKU ( 5 ) vs ( 1 ) SRIAH
- Syahmi score 3
- Adam Qays score 2

---------
Friendly match vs SEBAKAU
Tarikh : 09/04/2026
Lokasi : Padang SK Sg Bakau

1st match :
SKSKU ( 0 ) vs ( 1 ) SEBAKAU

2nd match :
SKSKU ( 2 ) vs ( 0 ) SEBAKAU
- Syahmi 1 gol - penalti
- Aqil 1 gol

3rd Match :
SKSKU ( 4 ) vs ( 0 ) SEBAKAU
- Aqil 2 gol
- Syahmi 1 gol
- Fathul 1 gol

4th Match :
SKSKU ( 1 ) vs ( 1 ) SEBAKAU
- Adrien 1 gol
- Adam Qays (OG)

5th Match :
SKSKU ( 0 ) vs ( 1 ) SEBAKAU

---------
Friendly match vs SK Changkat Lobak - SKSKU U12
Tarikh : 17/04/2026
Lokasi : Padang SKSKU

1st match :
SKSKU U12 ( 4 ) vs ( 0 ) SELOBAK
- Aqil 2 gol
- Adrien 1 gol
- Syahmi 1 gol

2nd match :
SKSKU U12 ( 5 ) vs ( 0 ) SELOBAK
- Syahmi 3 gol
- Habib 1 gol
- Adam Qays 1 gol

Friendly match 4 penjuru :
SK Sg Kechil Ulu / SJKT Nibong Tebal / SK Permatang Pasir / SK Sg Acheh
Tarikh : 22/04/2026
Lokasi : Padang SJKT Nibong Tebal

1st match :
SKSKU ( 1 ) vs ( 1 ) SKPP
- Aqil 1 gol

2nd match :
SKSKU ( 2 ) vs ( 0 ) SJKTNT
- Asyraf 1 gol
- Habib 1 gol

SKSKU ( 2 ) vs ( 0 ) SKSA
- Asyaf 1 gol
- Aqil 1 gol

---------
Friendly match 5 penjuru :
SK Sg Kechil Ulu / SK Seri Sentosa / SK Sg Kechil / SRI Addiniah / SRITI
Tarikh : 23/04/2026
Lokasi : Padang SK Seri Sentosa

1st match :
SKSKU ( 0 ) vs ( 2 ) SKSKp

2nd match :
SKSKU ( 1 ) vs ( 1 ) SKSSn
- A.Hariz 1 gol

3rd Match :
SKSKU ( 1 ) vs ( 0 ) SRIAD
- Adrien 1 gol

4th Match :
SKSKU ( 4 ) vs ( 0 ) SRITI
- A.Hariz 1 gol - penalti
- Syahmi 1 gol
- Fathul 1 gol - penalti
- Fathul 1 gol

---------
Friendly match 3 penjuru :
SK Permatang Kerat Telunjuk / SK Sg Kechil Ulu / SK Permatang Pasir
Tarikh : 06/05/2026
Lokasi : Padang SKPKT

1st match :
SKSKU ( 1 ) vs ( 0 ) SKPKT
- Syahmi 1 gol

2nd match :
SKSKU ( 1 ) vs ( 0 ) SKPP
- Habib 1 gol

3rd Match :
SKSKU ( 1 ) vs ( 0 ) SKPKT
- Asyraf 1 gol

4th Match :
SKSKU ( 1 ) vs ( 2 ) SKPP
- A.Hariz 1 gol

------
Alhamdulillah minggu last sebelum melangkah ke Kejohanan Bola Sepak 12TKB MSSDKBB Zon Bandar Baharu Tahun 2026 yang akan berlangsung minggu hadapan iaitu pada 11-12 Mei 2026.

Moga pasukan SKSKU (FCSKU) memperoleh kejayaan tahun 2026 ni. Target top 3. insyaAllah doakan kami.

Alhamdulillah penyerahan Set Jersi Bolasepak (kelabu) & Set Jersi Latihan (hitam) FC SKU berjalan lancar walaupun masih ...
24/09/2020

Alhamdulillah penyerahan Set Jersi Bolasepak (kelabu) & Set Jersi Latihan (hitam) FC SKU berjalan lancar walaupun masih dalam fasa pemulihan wabak Covid19

Terima kasih diucapkan kepada penaja pasukan FC SKU iaitu UMFR'76 Enterprise kerana sudi menaja set baju jersi pasukan bolasepak FC SKU pada tahun ini.

Pihak FC SKU berharap agar latihan bolasepak dapat dijalankan dimasa akan datang berdasarkan respon & maklumbalas daripada waris pemain.

Nantikan update terbaru dari pihak kami doakan yang terbaik untuk pasukan FC SKU & diharapkan agar wabak Covid19 ini dapat dibendung sepenuhnya kelak.

Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh umat islam.Kami warga FC SKU mendoakan agar semua dalam keadaan yang...
23/04/2020

Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh umat islam.

Kami warga FC SKU mendoakan agar semua dalam keadaan yang sihat & dirahmati oleh Allah S.W.T

Moga ramadan kali ini memberi seribu makna buat kita semua.

Ikhlas dari :
Pengurusan FC SKU

Bila dalam tempoh PKP ni kami teringat p**ak budak-budak bola sekolah ni. Moga depa semua dalam keadaan sihat & dilindun...
09/04/2020

Bila dalam tempoh PKP ni kami teringat p**ak budak-budak bola sekolah ni.

Moga depa semua dalam keadaan sihat & dilindungi dari wabak Covid-19. Dok bayang nanti kalau lepas PKP dan sekolah dibuka semula mesti semua player dalam keadaan mental & fizikal yang tak bersedia.

Dah la separuh player dalam team ni murid tahun 6 depa nak hadap peperiksaan UPSR lagi & aku pun tak pasti sama ada perlawanan bola sepak peringkat sekolah diteruskan atau dibatalkan terus untuk tahun ni.

Boleh bayangkan la kalau dibatalkan macam mana usaha mereka (player) yang selama ni sentiasa bagi full commitment dalam latihan sebab depa tau depa bukannya gifted atau talented player.

Kalau diteruskan p**ak macam mana depa nak catch up dengan fitness & teknikal depa. Bukan semua budak boleh keluar pi padang bola petang-petang & ada yang nak main bola di dalam ruang rumah depa tapi sempit. Fitness confirm la kelaut nanti hahaha

Untuk pengetahuan, realiti bola sepak peringkat sekolah tak sama dengan akademi , kelab atau pasukan negeri. Dah la fasiliti , kelengkapan , padang latihan pun terhad ditambah p**a dengan jumlah perlawanan serta pertandingan yang terlalu sedikit dalam tempoh 1 tahun.

Macam mana progress budak-budak di sekolah dengan tahun ni tambahan tempoh PKP masih berterusan & pihak KKM pun telah keluarkan saranan agar sebarang aktiviti berkaitan sukan atau aktiviti yang menyebabkan perhimpunan dibatalkan memang boleh terjejas semua sekali progress mereka.

Apa-apa pun setiap saranan yang dikeluarkan pihak KKM sudah tentu ada garis panduan yang lebih terperinci jadi kita mesti mematuhinya. Diharap semua pemain-pemain FC SKU dan semua pemain bolasepak peringkat sekolah jangan kecewa & diharapkan agar terus sihat , terus kekalkan kecergasan & patuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berwajib.

Jumpa lagi selepas PKP nanti.


Address

Sungai Kechil
Bandar Baharu
14290

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when FC Sungai Kechil Ulu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share