BrotherHood FC Simpang 4 Balik Pulau

BrotherHood FC Simpang 4 Balik Pulau Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from BrotherHood FC Simpang 4 Balik Pulau, Sports Team, Balik Pulau.

Assalamualaikum wbt...BrotherHood Fc Simpang 4 Balik Pulau ini ditubuhkan dari 2014 untuk mempamerkan aktivit² anak muda di Simpang 4 Balik Pulau dari masa ke semasa.

Terpaling padu Liga Barat Daya. Final yang mendebarkan dan penuh dengan aksi yang boleh membuatkan penyokong hilang suar...
23/07/2023

Terpaling padu Liga Barat Daya.

Final yang mendebarkan dan penuh dengan aksi yang boleh membuatkan penyokong hilang suara dok menempik..🤣🤣

Tahniah diucapkan buat Pasukan Damar Jaya yang telah memenangi Liga Barat Daya dengan penentuan sepakan penalti yang berakhir keputusan Damar Jaya Fc 3 vs BrotherHood FC Simpang 4 Balik Pulau 2.




Hari yang ditunggu telah tiba guys !Jom penuhkan padang untuk memberikan sokongan buat pasukan kesayangan kita petang ni...
23/07/2023

Hari yang ditunggu telah tiba guys !

Jom penuhkan padang untuk memberikan sokongan buat pasukan kesayangan kita petang ni !

Peluang bukan selalu datang geng, jadi buat yang terbaik untuk tatapan anak cucu dimasa depan dengan pencapaian anda pada hari ini.

Penantian itu satu penyiksaan jadi jangan kita sia-siakan peluang yang ada didepan mata !

Satukan semangat main dengan penuh keyakinan yang tinggi dan sentiasa memantapkan prestasi.

Jumpa anda petang ni guys !!





Road To Final Guys !!
16/07/2023

Road To Final Guys !!

Kedudukan jadual semasa Liga Barat Daya 2023.Satu langkah untuk ke pusingan akhir. Harap semua  pemain-pemain sudah bers...
10/07/2023

Kedudukan jadual semasa Liga Barat Daya 2023.

Satu langkah untuk ke pusingan akhir. Harap semua pemain-pemain sudah bersedia bagi perlawanan separuh akhir yang dijadualkan pada 16 Julai 2023.

Buat para penyokong jangan berhenti untuk memberikan semangat buat pasukan BrotherHood FC Simpang 4 Balik Pulau ! Kerana sokongan anda adalah semangat bagi kami beraksi.



Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.Pertama dan selamanya kami panjatkan syukur kepada Allah SWT atas rezeki kemenan...
09/07/2023

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Pertama dan selamanya kami panjatkan syukur kepada Allah SWT atas rezeki kemenangan yang diberikan pada perlawanan suku akhir Liga Barat Daya.

Jutaan terima kasih ingin kami ucapkan buat semua penyokong yang tidak henti-henti memberikan sokongan padu buat kami dari awal sehingga kini. 💪🏼💪🏼

Ucapan terima kasih juga buat para penyumbang yang secara langsung atau tidak buat pasukan BrotherHood Fc semoga kalian dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah. 🤲🏼🤲🏼🤲🏼

Untuk para pemain kami yang telah berjuang dari awal permainan sehingga layak ke pusingan separuh akhir anda semua memang layak untuk menang dengan usaha dan komitmen yang ditunjukkan !!

Jadi bersediakah pemain² semua untuk separuh akhir Liga Barat Daya ?? 🤔 Pastikan kemenangan milik kita geng !!!

Sekian.




Setelah berehat panjang kami kembali dipentas saingan bagi melayakkan pasukan ke peringkat seterusnya.Jom hadir beramai²...
08/07/2023

Setelah berehat panjang kami kembali dipentas saingan bagi melayakkan pasukan ke peringkat seterusnya.

Jom hadir beramai² memberikan sokongan buat pasukan kegemaran kita iaitu BrotherHood FC Simpang 4 Balik Pulau esok di Padang Awam Kongsi Balik Pulau.

Semoga kemenangan menjadi milik kita esok insyaAllah.

Sokangan anda adalah semangat bagi kami !




Salam Aidiladha buat semua dari BrotherHood FC Simpang 4 Balik Pulau ..Alhamdulillah diberi kesempatan menguruskan ibada...
29/06/2023

Salam Aidiladha buat semua dari BrotherHood FC Simpang 4 Balik Pulau ..Alhamdulillah diberi kesempatan menguruskan ibadah qorban pada tahun ini di Masjid Jamek Simpang Empat Balik Pulau.
Terima kasih semua yang hadir membantu.



Aktiviti menjelang ramadan...team BrotherHood FC Simpang 4 Balik Pulau dan Anak² Qaryah Simpang empat mengadakan gotong ...
19/03/2023

Aktiviti menjelang ramadan...team BrotherHood FC Simpang 4 Balik Pulau dan Anak² Qaryah Simpang empat mengadakan gotong royong disekitar kawasan Masjid Jamek Simpang Empat Balik Pulau dengan mengecat semula pagar masjid.

Semoga kita semua beroleh keberkatan atas kerja² yang telah dilaksanakan.

Terima kasih semua yang hadir membantu dan menyelesaikan kerja² mengecat pagar serta membersihkan masjid sempena menyambut bulan ramadan tidak lama lagi.

Keep it up guys !!


Kita punya misi yang besar bagi perlawanan ini sahabat² bagi melayakkan kita ke pusingan seterusnya.Ayuh ! Para penyokon...
14/03/2023

Kita punya misi yang besar bagi perlawanan ini sahabat² bagi melayakkan kita ke pusingan seterusnya.

Ayuh ! Para penyokong BrotherHood FC Simpang 4 Balik Pulau hadir tanda sokongan untuk perjuangan pasukan kesayangan kita !

Misi 3 mata wajib perlu disempurnakan dengan sehabis baik, pemain² jangan santai² sangat sebab penyokong² kita akan mengamok esok..🤣🤣




Kali ni jadi tuan rumah p**a BrotherHood FC Simpang 4 Balik Pulau di SJKC Tar Thong Simpang 4.Menerima kunjungan team Nu...
28/02/2023

Kali ni jadi tuan rumah p**a BrotherHood FC Simpang 4 Balik Pulau di SJKC Tar Thong Simpang 4.
Menerima kunjungan team Nusantara BC dalam perlawanan persahabatan.

Terima kasih semua yang terlibat, terima kasih Nusantara BC yang sudi melayan kerenah kami dan memberi tunjuk ajar.



Telah berlangsung perlawanan persahabatan badminton diantara Nusantara BC dengan BrotherHood BC.Terima kasih Nusantara B...
17/02/2023

Telah berlangsung perlawanan persahabatan badminton diantara Nusantara BC dengan BrotherHood BC.

Terima kasih Nusantara BC yang sudi melayan kerenah pemain² BrotherHood BC yang baru menapak dalam kancah arena Badminton.

Semoga dengan acara² sebegini dapat mengeratkan lagi hubungan sesama kita.



Misi pencarian 3 mata seterusnya di Liga Bolasepak Daerah Barat Daya akan diteruskan oleh BrotherHood FC Simpang 4 Balik...
14/02/2023

Misi pencarian 3 mata seterusnya di Liga Bolasepak Daerah Barat Daya akan diteruskan oleh BrotherHood FC Simpang 4 Balik Pulau .

Jom semua hadir memberikan semangat buat pasukan kita untuk mengejar kemenangan.



Address

Balik Pulau

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BrotherHood FC Simpang 4 Balik Pulau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category