Akademi Tunas Muar

Akademi Tunas Muar Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Akademi Tunas Muar, Amateur Sports Team, Muar, Bakri.

Karnival Akademi Tunas Johor 🔥U7 – Tempat ke-3U8 – JuaraU9 – JuaraBukan soal piala semata-mata, tapi proses, disiplin da...
14/12/2025

Karnival Akademi Tunas Johor 🔥
U7 – Tempat ke-3
U8 – Juara
U9 – Juara

Bukan soal piala semata-mata, tapi proses, disiplin dan keberanian anak-anak ini yang paling membanggakan.

Kejayaan ini hasil usaha bersama – komitmen pemain, sokongan padu ibu bapa, kerja keras coach-coach kelab komuniti, serta penganjur yang menyediakan platform terbaik untuk pembangunan bola sepak akar umbi.

Terus lapar untuk belajar, rendah diri bila menang, kuat bila diuji.
Ini baru permulaan. 💛💙⚽





New season, bigger challenge. here we come‼️
08/12/2025

New season, bigger challenge. here we come‼️

🌟 JOHOR JUNIOR CUP 🌟
Pertandingan anjuran bersama Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) dan Akademi JDT.

Memperkenalkan satu lagi pasukan muda yang bakal beraksi penuh bertenaga dalam edisi tahun ini:

🔵 NAMA PASUKAN: AT Muar X
🟡 KATEGORI: Bawah 11 Tahun (U11)
🔴 DAERAH: Muar

Skuad cilik AT Muar X hadir dengan semangat juang tinggi serta tekad untuk menonjolkan bakat terbaik mewakili daerah Muar.

🔥 Mari sama-sama memberikan sokongan padu kepada pemain muda berbakat ini! Semoga AT Muar X menyerlah dan mencipta kenangan manis dalam Johor Junior Cup!



MJL match day 6‼️Not our day. We’ll bounce back💪💪
06/12/2025

MJL match day 6‼️

Not our day. We’ll bounce back💪💪





AKADEMI TUNAS MUAR‼️                ❌Pada 26/11/2025 hari Rabu yang lalu  , sesi latihan di TMIYC Muar merupakan latihan...
29/11/2025

AKADEMI TUNAS MUAR‼️

❌Pada 26/11/2025 hari Rabu yang lalu , sesi latihan di TMIYC Muar merupakan latihan terakhir bagi pemain U12 dan U11 bagi sesi 2025. Momen ini pastinya menyentuh hati kami semua. Terima kasih atas komitmen, disiplin, serta usaha yang telah ditunjukkan selama ini.

Kepada pemain dan parents U12, sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan untuk kita mencipta memori bersama.

Perjalanan kalian bersama kami mungkin berakhir di sini, namun kenangan, semangat, dan dedikasi kalian akan sentiasa dikenang. Semoga setiap daripada kalian terus melangkah lebih jauh dan mencapai kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan.

Semoga semua pemain diberikan kekuatan, keyakinan, dan kejayaan dalam setiap langkah yang diambil.💙💛





Another 3point‼️ on MatchDay-5..Welldone boiss💪💪
22/11/2025

Another 3point‼️ on MatchDay-5..Welldone boiss💪💪





Tahniah! 🎉⚽Tahniah diucapkan kepada Anas, Uwais & Izham dari pasukan U12 AT Muar, kerana telah terpilih mewakili Negeri ...
10/11/2025

Tahniah! 🎉⚽

Tahniah diucapkan kepada Anas, Uwais & Izham dari pasukan U12 AT Muar, kerana telah terpilih mewakili Negeri Johor ke Kejohanan NFDP Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung di AMD Gambang pada 14–16 November ini! 🔥

Hasil usaha keras pemain sendiri dan dibimbing oleh jurulatih2 sebelum ini dari sekolah,kelab2 komuniti terutama sekali COACH AIZUD membuahkan hasil dalam merencana latihan yang berkesan dalam memastikan keberhasilan pemain itu sendiri..terima kasih diucapkan🫡👏🏻

Seluruh warga AT Muar berasa amat bangga dengan pencapaian anda semua. Teruskan usaha, kekalkan disiplin dan semangat juang tinggi di padang. 💪
Main dengan hati, bawa nama sendiri,ibu ayah dan Johor dengan penuh kebanggaan! 💙💛

Semoga berjaya dan selamat berjuang di peringkat kebangsaan! 🙌





MJL 2025 /AT MUAR u11welldone bois..+3 point✅
08/11/2025

MJL 2025 /AT MUAR u11
welldone bois..+3 point✅





6 OKT 2025Kunjung Bantu Sesi Latihan Akademi Tunas Muar bersama KJRN Coach SuteshSesi latihan pemain U11 & U12 AT Muar t...
07/10/2025

6 OKT 2025

Kunjung Bantu Sesi Latihan Akademi Tunas Muar bersama KJRN Coach Sutesh

Sesi latihan pemain U11 & U12 AT Muar telah dikunjungi oleh Coach Sutesh Sankaran Nair (KJRN JOHOR ) untuk sesi kunjung bantu pusat latihan.

Sepanjang Sesi berlangsung terdapat penambahbaikan yg di tunjukkan oleh KJRN utk membantu sesi supaya pemain-pemain lebih memahami berkaitan aktiviti yg dijalankan.Semoga input-input yg diberikan dapat membantu jurulatih dipusat mengaplikasikan semasa sesi latihan yang akan datang sekaligus memberi impak positif kepada pemain-pemain.





Akademi Tunas Muar ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Persatuan Bola Sepak Nege...
29/09/2025

Akademi Tunas Muar ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) atas jemputan ke Kejohanan DTC Cup Siri 2 di Pasir Gudang. Peluang ini amat bermakna buat anak-anak NFDP dalam menimba pengalaman serta mengasah bakat mereka.

Kami juga ingin mengucapkan terima kasih khas kepada penaja yang sentiasa memberi sokongan padu:
• Syed Hussien bin Syed Abdullah
• Paradigma Era Enterprise
• HQ Kreatif Enterprise
• YB ADUN Bentayan

Tidak dilupakan, penghargaan kepada ibu bapa yang sentiasa berkorban masa dan tenaga, kelab-kelab komuniti serta pihak sekolah yang sentiasa memberi ruang dan dorongan kepada pemain-pemain muda untuk terus berkembang.

Sokongan anda semua adalah kekuatan kami untuk terus melahirkan generasi bola sepak masa depan Johor. Bersama-sama kita membina bintang kecil hari ini menjadi harapan besar esok. ⚽💛💙





Step by step, inch by inch, long way to go.luncurrr🚀🚀.
30/08/2025

Step by step, inch by inch, long way to go.luncurrr🚀🚀.





💛💙 AT MUAR U12 kini berentap di DTC Kids Zon Utara.Setiap perlawanan adalah peluang untuk belajar, berkembang & membina ...
26/08/2025

💛💙 AT MUAR U12 kini berentap di DTC Kids Zon Utara.
Setiap perlawanan adalah peluang untuk belajar, berkembang & membina pengalaman.
👉Terima kasih kepada parents,guru2 serta kelab2 komuniti,anda adalah tulang belakang kami
👉Teruskan berikan sokongan – kerana mereka adalah harapan masa depan bola sepak kita! ⚽️



🔥🔥🔥

Liga Akademi Tunas Siri  iii bakal membuka tirainya esok di SK Sri Medan, Batu Pahat!Aksi bintang-bintang cilik dari sel...
19/07/2025

Liga Akademi Tunas Siri iii bakal membuka tirainya esok di SK Sri Medan, Batu Pahat!
Aksi bintang-bintang cilik dari seluruh negeri akan menggegarkan padang dengan semangat juang dan bakat luar biasa.
Ayuh beri sokongan kepada wira-wira masa depan bola sepak Malaysia dan Johor! 🔥⚽️





Address

Muar
Bakri
84200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akademi Tunas Muar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share