Kelate Treble

Kelate Treble kejayaan hasil usaha dan penat lelah selama ini

28/09/2025

Ready to go again ✊




27/09/2025
26/09/2025

Ismael dan KRWFC Berpisah.










26/09/2025
26/09/2025

PENYUDAH TUMPUL HALANG HASRAT KRWFC.

Ketua jurulatih, Irfan Bakti akur dengan dengan persembahan longlai yang ditampilkan anak buahnya sebaik kecundang kali kedua di Stadium Mini UPM, Serdang, petang semalam.

Dalam aksi keempat Liga A1 Semi Pro 2025/26 tersebut, Kelantan Red Warrior FC terpaksa beraksi dengan 10 pemain akur tewas 1-2 kepada skuad pembangunan Selangor FC II.

Selangor FC II rata-rata dibarisi pemain muda dan berstatus kebangsaan membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti Daud Rahman pada minit ke-19.

Mereka melebarkan kedudukan pada minit ke-43 melalui tandukan Moses Raj selepas memanfaatkan kehilangan Muhammad Faudzi yang dilayangkan kad merah seminit sebelum itu kerana terjahan keras.

Emmanuel Mbarga merapatkan jurang pada minit ke-45 selepas kesilapan Aiman Amsyar yang melakukan hantaran lemah di kawasan sendiri memberikan peluang kepada pemain import Kelantan Red Warrior itu melakukan sepakan leret ke dalam gawang Selangor FC II.

Pada babak kedua, usaha Irfan dan anak buahnya mencari jaringan penyamaan bagaimanapun digagalkan dengan penyudah tumpul serta kebijaksanaan Selangor FC II menutup segala ruang sekaligus bertahan sehingga tamat perlawanan.si

Menurut komen ringkas Irfan selepas perlawanan, beliau menyatakan pasukannya beraksi lebih baik dengan 10 pemain berbanding 11 pemain.

Beliau juga menyatakan jentera serangan KRWFC sangat lemah dan tumpul apabila melepaskan beberapa peluang keemasan untuk mendapatkan jaringan seterusnya memadamkan hasrat untuk mendapatkan sekurang-kurangnya satu mata.

Kelantan Red Warrior selepas ini akan bertandang ke Perak FA untuk aksi kelima Liga A1 Semi Pro di Kompleks Bola Sepak Perak, Chepor pada 29 September.




26/09/2025

Selamat Hari Lahir Pikbum.

Kelantan Red Warrior ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Penolong Pengurus Pasukan, Pikbum.

Kami mendoakan agar semoga segala urusan beliau dipermudahkan, diberi kesihatan yang baik, sentiasa dalam rahmat Allah. Aamiin.



26/09/2025
26/09/2025

Siaran Media
KELANTAN RED WARRIOR FC, ISMAEL SALIM DUNGA CAPAI PERSETUJUAN BERSAMA TAMATKAN KONTRAK.



Address

Bachok

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelate Treble posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category