11/06/2025
"Kerana Kita Keluarga, Bukan Sekadar Pasukan"
Dalam hidup berpasukan, kita bukan hanya berkongsi kemenangan dan sorakan.
Kita juga berkongsi ujian dan duka yang menimpa ahli keluarga kita sendiri.
Sahabat kami, Othman, kini sedang menghadapi saat yang mencabar โisteri beliau sedang diuji dengan masalah kesihatan.
Dan dalam suasana begini, kita semua terpanggil untuk bersama.
Dengan rasa prihatin dan kasih,
kami mengambil langkah kecil โ mengadakan kutipan ikhlas sesama ahli, demi meringankan sedikit sebanyak beban yang ditanggung.
Bukan sekadar sumbangan,
tetapi lambang kasih sayang,
sokongan dan doa dari kami semua
sebagai satu keluarga besar, UMKBC FC.
Moga dengan izi-Nya,
keluarga mereka terus kuat menghadapi ujian ini
Dan isteri sahabat kami diberikan kesembuhan yang sempurna.amin ๐คฒ๐ผ