29/12/2020
Setakat 28 Disember 2020, jumlah kumulatif positif COVID-19 mencecah 81.19 juta kes. Ini berikutan peningkatan lebih 430 ribu kes sejak semalam. Angka korban akibat COVID-19 turut bertambah kepada 1.77 juta kes iaitu peningkatan lebih 7 ribu kes.
Jumlah kes positif COVID-19 di Amerika Syarikat p**a kini menghampiri 20 juta kes dengan 140 ribu kes dilaporkan semalam. Dengan penularan varian baharu, Afrika Selatan hari ini menjadi negara terbaharu yang mencatatkan jumlah kes positif melebih 1 juta kes.
Secara keseluruhannya, kadar kematian dunia terus menunjukkan aliran menurun dan kadar kesembuhan juga semakin meningkat di tengah-tengah kebimbangan dengan kemunculan 3 varian baharu sejak awal Disember ini.