09/06/2021
Pemakaian pelitup muka adalah ASAS kepada amalan norma baharu tidak kira di tempat awam, rumah ibadat, tempat kerja dan sekolah.
Ya, ia BUKAN suatu perkara yang selesa dan menyenangkan, tetapi kita TIADA pilihan kerana situasi pandemik yang berlaku di seluruh dunia.
Hatta walau telah divaksinkan, individu masih disarankan untuk terus memakai pelitup muka dan mematuhi SOP sehinggalah tahap imuniti kelompok di capai. Status swab negatif dan tiada bergejala juga bukan lesen untuk tidak memakai pelitup muka.
Rancangan inspirasi dari siri telvisyen British ini membariskan lebih 50 selebriti tempatan sebagai juri. Dalam episode pertama tiada siapa yang memakai pelitup muka atau faceshield kecuali kru di belakang pentas dan penonton.
Perkara ini sudah tentu mencetuskan tanda tanya penonton dan masyarakat yang kini sedang berkorban kebebasan, berkorban sumber ekonomi dengan mematuhi peraturan PKP- lockdown.
Walaupun program telah dirakamkan awal pada bulan Mac 2021, namun pada ketika itu SOP SEKTOR INDUSTRI KREATIF – ACARA LANGSUNG (PKPP) telah menyarankan agar pemakaian pelitup muka DI WAJIBKAN semasa acara berlangsung.
Semasa tempoh pandemik ini, kehidupan perlu diteruskan, aktiviti sosial dan ekonomi termasuk hiburan boleh dilakukan namun patuhlah dengan SOP dan norma baru 🙏🏻
Ambil contoh penganjuran rancangan seperti Anugerah Juara Lagu, Indonesian Idol, Wanita Hari Ini, Selamat Pagi Malaysia yang mampu mematuhi pemakaian pelitup muka semasa rakaman program dilakukan.