07/06/2021
Seorang wanita berusia 50an, seorang suri rumah, hanya mempunyai sejarah ke kedai berhampiran untuk membeli barang barang keperluan harian, ada sekali dia ke pasaraya sebelum Hari Raya.
Beberapa hari kemudian, dia mula batuk dan demam. Disangka hanya demam biasa, makan panadol sebijik dan cuba berehat dirumah.
Setelah 3 hari, wanita tersebut mula rasa sesak nafas, badan semakin lesu dan letih. Keluarga membawa ke Bahagian Kecemasan, dan dikejarkan ke zon respi untuk kes suspek covid. Ujian calitan RTK Antigen menunjukkan garis jelas- Positive .
Siasatan dilakukan pada semua ahli keluarga dan rakan terdekat, tiada satu pun yang positif.
Ini adalah contoh kes jangkitan SPORADIK dimana punca jangkita TIDAK DIKETAHUI.
Perkara ini membimbangkan kerana ia bukti jangkitan berada di mana mana. Data terkini menunjukkan kes sporadik di Malaysia adalah mencecah 80%, kematian kes sporadik juga semakin banyak dan membimbangkan.
Jika perkara ini TIDAK MEMBIMBANGKAN , apa lagi indikator pihak anda untuk mengatakan ekonomi lebih penting pada masa ini?