16/04/2021
Kepada pembawa makanan, penunggang motosikal. Jangan pernah terfikir walaupun sekali untuk menyelit dalam situasi ini. Semakin hari, semakin banyak kemalangan melibatkan motosikal yang kita lihat di media sosial adalah disebabkan tindakan menyelit di antara kenderaan terutamanya kenderaan berat.
"Ala. Saya dah banyak kali menyelit. Ok je. Siap kenderaan bagi laluan pada saya."
Nasib anda baik.
Tapi mengapa meletakkan risiko pada diri sendiri?
Bukan sahaja menyelit di tengah, malah menyelit di lorong tepi juga mengundang maut.
Pagi tadi sahaja kita dikejutkan dengan kemalangan motorsikal akibat daripada sebuah lori menghimpit ke tengah dan melanggar motosikal yang lalu secara laju di antara jalan. Penunggang jatuh ke atas jalan, digilis p**a oleh kenderaan lain.
Perkara ini boleh dicegah dengan tidak memandu secara laju dan menyelit dengan kenderaan berat/ringan. Semoga kita sentiasa beringat agar tidak melakukan perkara yang sama.