25/02/2026
25 Februari 2026 |
Berteraskan matlamat sebagai Universiti TVET Pilihan Utama, enam Objektif Strategik digariskan bagi memastikan kecemerlangan akademik, kesohoran global, sinergi industri, kebitaraan bakat, transformasi penyelidikan serta kemampanan kewangan terus diperkasa.
Amanat yang disampaikan oleh Naib Canselor, Dato’ Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli ini menjadi pemacu kepada komitmen kita untuk kekal relevan dan berimpak, selari dengan aspirasi RPTM 2026–2035.
Bersama kita realisasikan visi, memperkukuh prestasi global dan mengangkat UniMAP ke tahap yang lebih gemilang.