15/02/2026
"Setiap insan diciptakan dengan hak yang sama untuk merasa bahagia,
untuk menghirup tenang tanpa izin sesiapa.
Jangan kau sangka langit itu milikmu seorang,
lalu kau ukur nilai orang lain dengan bayang-bayangmu sendiri.
Jika mahu berdiri tinggi,
dirikanlah dirimu dengan tulang usahamu.
Jangan sesekali menjadikan bahu orang lain
sebagai tangga untuk kau mendabik dada."