06/06/2021
Salam my prend2
Terpaksa Pacak Khemah Tido Tepi Jalan di Jalan Falda Aring 6 Gua Musang berhampiran Sungai Lebir.
Hari Ke 6 Kayuhan Susur 3 Sempadan Negeri.
Setelah berehat panjang pada hari ke 5 di Bandar Utama Gua Musang kami memulakan hari baru dengan penuh debaran, kerana hari ini bermula la episod paling mencabar.
Hari ini kami perlu merentasi banjaran yang menjadi pemisah kepada 2 sempadan Negeri, Kelantan dan Terengganu. Jalan Felda Aring di Kelantan Ke Jalan Kuala Berang di Terengganu. Jalan ini adalah merupakan laluan yang menyusuri Kawasan Hutan Simpan Negara (Taman Negara Kuala Koh) serta Menyusuri juga kawasan Hutan Simpan Negeri Terengganu di Tasik Kenyir yang telah di wartakan menjadi pusat pemeliharaan hidupan liar khususnya Gajah. 9 Jam tempoh masa paling kurang berisiko untuk berkayuh di laluan ini. Dari Pagi setelah matahari menerangi bumi jam 8 Pagi lebih kurang, sampai la ke petang sebelum matahari menutup tirainya dalam pukul 5, lebih kurang macamtu..kata seorang penduduk tempatan..malam, subuh, senja..gajah selalunya keluar berehat di atas jalan di sepanjang laluan kebiasaannya dari area Felda Aring 8 Sampai la ke Kawasan Tasik Kenyir. Keadaan permukaan jalan juga agak berbukit bukau, ini akan melambatkan perjalanan.
Hasil dari maklumat2 ini kami merancang perjalanan. Kami bahagikan perjalanan kami kepada 2 bahagian dengan bahagian pertama kami akan berhenti berkayuh sebelum memasuki kawasan Felda Aring 8, ini adalah supaya kami dapat mengurangkan risiko pada laluan ke Tasik Kenyir nanti dan supaya kami dapat memastikan yang kami tidak akan perlu bermalam di sepanjang laluan itu.
Ternyata..Alhamdulillah perancangan kami ini tepat, kerana kami tiba di tepian Sungai Lebir yang terletak di persempadanan Felda Aring 6 dan 8 pada pukul 5.30 petang, walaupun jaraknya hanya lah dalam lingkungan 30km sahaja dari simpang utama, kerana laluan yang berbukit. Kawasan ini telah kami kenal pasti sebagai kawasan perkhemahan bagi pemancing2 Ikan Kelah. Walau bagaimanapun apabila kami sampai kami dapati ianya sudah tidak lagi di gunakan serta laluannya sudah pun di tutupi oleh semak samun serta sudah tidak boleh di lalui akibat hakisan. Memandangkan hari yang sudah mula gelap kerana kebetulan hujan p**a mula turun membasahi kami, kami terpaksa memutuskan untuk terus bermalam di situ.
Jumpa lagi Untuk Hari Ke 7... dan jangan Lupa like, komen SUBSCRIBE serta Share video ini untuk menyebarkan maklumat2 sekiranya ada dan untuk mengikuti perkembangan cerita2 dari pengembaraan saya pada masa akan datang..Insyaallah
Terpaksa Pacak Khemah Tido Tepi Jalan di Jalan Falda Aring 6 Gua Musang berhampiran Sungai Lebir. Hari Ke 6 Kayuhan Susur 3 Sempadan Negeri, Selamat berjumpa...