30/01/2022
ZAFZANA FUTSAL TEAM 2022 🔥🔥🔥
TOURNAMENT FUTSAL BANDAR BAHARU (SERDANG) 29/1/2022...
Alhamdulillah...
Tournament Ke-3 kami ZAFZANA FT di Bandar Baharu(Serdang),Kedah...
Tournament yang agak panjang dan banyak menguji kesabaran dan ketahanan pasukan...
1 gelanggang sahaja di gunakan untuk Tournament ini iaitu di Gelanggang Futsal di Kompleks Sukan Bandar Baharu,Serdang...
Alhamdulillah!!!
Untuk Tournament kali ini, kami dibarisi dengan pemain yang berpengalaman dan pemain muda yang seimbang di setiap sudut...
Peningkatan mutu permainan untuk pasukan kami "ZAFZANA FT" banyak dapat dilihat dalam Tournament kali ini...Ini merupakan pendedahan yang amat baik dan berguna untuk pasukan kami memperolehi pengalaman yang baharu dengan bermain dalam court yang besar dan panjang(Court berukuran Fifa)
Tournament kali ini hanya 48 pasukan sahaja bertanding...Daripada 48pasukan yang bertanding, dibahagikan kepada 16kumpulan dan dalam setiap kumpulan hanya mempunyai 3pasukan...Peringkat kumpulan, hanya Juara Kumpulan sahaja yang layak untuk teruskan perjalanan ke pusingan ke-2 iaitu pusingan kalah mati(16pasukan) dan terus ke peringkat Suku Akhir,Separuh Akhir dan akhir sekali Peringkat Akhir(Final)...
Keputusan Perlawanan ZAFZANA FT
Peringkat Kumpulan -
ZAFZANA FT 1 - 1 Gempita Fc
ZAFZANA 2 - 0 Horcrux
(ZAFZANA FT juara kumpulan setelah dipisahkan dengan jumlah jaringan yang lebih)
Pusingan Ke-2(Peringkat Kalah Mati)
ZAFZANA FT bertemu dengan pasukan tuan rumah iaitu pasukan SERDANG UNITED...
ZAFZANA FT 0 - 1 SERDANG UNITED
Pasukan kami terkandas di peringkat pusingan ke-2(Kalah mati 16pasukan)
Permainan yang sangat baik ditunjukkan oleh semua pemain yang beraksi untuk Tournament kali ini...Walaupun kami terkandas, kami amat berpuas hati dengan mutu permainan yang meningkat di setiap Tournament...Walaupun terdapat beberapa kesilapan² kecil, kami berpuas hati dengan semangat juang yang tinggi dan komitmen 100% yang diberikan oleh setiap pemain dalam perlawanan² dalam Tournament kali ini...Kami akan memperbaiki kesilapan² dan kelemahan dan perkemaskan lagi untuk Tournament yang seterusnya...
Terima Kasih semua pemian² yang terlibat!!!
KAMI DOK MAI 🔥