07/10/2023
Gambar-gambar sepanjang
Kejohanan Gusti Lengan Dunia IFA 2023,
Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur.....
25 September - 1 Oktober 2023
Tahniah diucapkan kepada Setiausaha Persatuan,
Puan Siti Aishah Binti Hamid yang telah bertungkus lumus
selama ini dalam membantu menggerakkan
persatuan dari peringkat awal penubuhan hinggalah
sekarang. Terima kasih diucapkan kepada
pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah
diketuai En. Mohd Nizam, Puan Siti Hasmah, En. Shahrizal,
En. Karim, En. Azlan dan semua pegawai yang telah membantu
persatuan selama ini....
Tidak lupa juga Encik Megat dan Puan Husaini dari
Pejabat Belia dan Sukan Kubang Pasu - PBSD KP
yang tidak segan silu membimbing dan membantu
persatuan sejak awal penubuhan persatuan.
Alhamdulillah seorang atlet kedah yang mewakili
Malaysia iaitu Mohd Zamri Bin Md. Saad
telah berjaya memenangi tempat ke-3 dunia
bagi kategori Master 70kg tangan kanan.
Dan tempat ke-4 bagi tangan kiri.
Manakala seorang lagi atlet Kedah yang
mewakili Malaysia dalam kejohanan ini
iaitu saudara Muhammad Raffy Bin Ramli
menduduki tempat ke-7 daripada 16 peserta
bagi kategori senior 70kg tangan kiri.
Pihak persatuan mengucapkan jutaan tahniah
kepada seluruh kontinjen Kedah yang telah bertungkus lumus
menjayakan kejohanan tersebut di samping mengharumkan
nama Negeri Kedah di Malaysia. Terima kasih yang
tidak terhingga kepada pihak
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah
yang menyokong dan membantu persatuan
selama ini. Dan mempermudahkan urusan persatuan.
Terima kasih kepada semua pihak yang membantu
pihak persatuan selama ini......
Pihak persatuan mengalu-alukan mana-mana
pihak yang sudi membantu persatuan dari
segi tajaan dana bagi memudahkan pihak
persatuan menjalankan apa-apa program
di Kedah, kejohanan peringkat negeri,
pergerakan persatuan, program peringkat akar umbi,
dan sebagainya.
KBSMalaysia
Hannah Yeoh
Pejabat Belia dan Sukan Kubang Pasu - PBSD KP
Muhammad Sanusi Md Nor
Pejabat Menteri Besar Kedah
Pejabat Menteri Besar Kedah, Wisma Darul Aman.
Majlis Sukan Negeri Kedah
Zulzuraidy Othman
Yayasan Sultanah Bahiyah
Radhi Mat Din
Dee Z One Auto SDN BHD