06/11/2025
๐ฅ ๐พ๐๐๐ ๐จ๐๐๐๐๐ ๐ท๐๐๐๐ ๐ฏ๐๐ ๐ญ๐๐๐๐ ๐ช๐๐๐
๐
Aku bukan jenis yang teruja dengan kelab yang menjadi tumpuan pemain bintang mahu datang bermain di situ โ๏ฟฝ
Real Madrid, Barcelona, Bayern Munich, PSG, atau Manchester City.
Kelab besar yang kaya dengan sejarah, penuh glamor, dan mampu menawarkan gaji tinggi untuk menarik nama-nama besar dunia.๏ฟฝ
Namun di sebalik kemewahan itu, aku lebih tertarik pada sesuatu yang lebih tulen.
Aku lebih s**a kelab yang membina,bukan membeli.๏ฟฝ
Kelab yang membentuk bintang, bukan mengejar mereka.
Kelab yang menjadi wadah untuk pemain muda berkembang dan mengukir nama dari bawah.
Dan sebab itu โ aku sayangkan Arsenal.
Sebuah kelab besar yang masih setia pada prinsipnya.
Tempat di mana kestabilan dan keharmonian bukan sekadar slogan, tapi satu budaya.๏ฟฝ
Sebuah rumah bagi mereka yang mahu belajar, berkembang, dan mencipta sejarah dengan darah sendiri.
๐๐๐ง๐๐๐๐๐๐ก๐ dan ๐๐๐ค๐๐จ๐๐ง๐
bukan datang sebagai bintang.๏ฟฝ
Mereka hadir sebagai pejuang yang ingin membina sesuatu di bawah cahaya yang sederhana.
Martinelli, anak muda dari Brazil yang penuh potensi, datang dengan mimpi dan keberanian.๏ฟฝ
Trossard p**a pemain matang dari Brighton โ sudah masak dengan perit getir liga,๏ฟฝnamun masih haus untuk menulis babak baru dalam kariernya.
Dua jalan berbeza, tapi bertemu di destinasi yang sama โ ๐จ๐ง๐๐๐๐๐,๏ฟฝ
tempat mereka ingin berkembang dan berjuang untuk sesuatu yang lebih besar daripada diri sendiri.
Kini, Trossard sudah mencapai 100 penampilan bersama Arsenal.๏ฟฝIroninya, dia dan Martinelli pernah disenaraikan antara nama yang mungkin dijual sebelum musim ini bermula.๏ฟฝ
Namun masa membuktikan sesuatu โ๏ฟฝ
bahawa kadang-kadang, yang tidak menonjol di awal musim,๏ฟฝadalah yang menjadi penyelamat di hujungnya.
Bagi aku, dua pemain ini bukan sekadar pelengkap skuad.๏ฟฝMereka adalah nadi kestabilan dan keharmonian pas**an.๏ฟฝ
Mereka bukan jenis pemain yang menuntut sorotan atau membuat karenah.๏ฟฝ
Mereka bertindak profesional, bekerja dalam diam, dan tunduk pada sistem yang Arteta gariskan.
Mereka tidak mengeluh bila duduk di bangku simpanan.๏ฟฝMereka tidak sombong bila diberi peluang.๏ฟฝ
Mereka hanya bermain dengan hati โ memberi 110% setiap kali menjejakkan kaki ke padang.
๐๐๐๐๐๐ ๐ซ๐๐จ ๐จ๐ง๐๐๐๐๐.๏ฟฝ
Bukan tentang siapa paling pop**ar, tapi siapa paling berdisiplin.๏ฟฝBukan siapa paling mahal, tapi siapa paling berkorban.
Martinelli membawa api dan tenaga yang membakar setiap inci padang.๏ฟฝ
Dia menyerang ruang, menggigit pertahanan, dan menyalakan semula tempo permainan.๏ฟฝ
Manakala Trossard memberi ketenangan dan ketepatan โ๏ฟฝsentuhan terakhir yang tenang, keputusan yang matang,๏ฟฝdan naluri pembunuh yang diam-diam menamatkan perlawanan.
Dua watak berbeza โ satu muda dan liar, satu tenang dan tajam.๏ฟฝNamun keduanya berdenyut dalam irama yang sama:๏ฟฝmembawa Arsenal ke puncak dengan cara mereka sendiri.
Arsenal tidak perlukan bintang untuk mencipta sejarah.๏ฟฝ
Apa yang mereka perlukan ialah pas**an yang harmoni โ๏ฟฝ
sebuah pas**an yang berjuang dengan satu jiwa,๏ฟฝdan percaya bahawa kejayaan dibina, bukan dibeli.
Dan di situlah keindahan pas**an ini di bawah Mikel Arteta โ๏ฟฝpas**an yang lahir dari kerja keras, disiplin, dan kepercayaan antara satu sama lain.
Kini, bila permainan mula buntu dan masa semakin suntuk,๏ฟฝArteta menoleh ke bangku simpanan.๏ฟฝ
Di situ, dia tahu ada dua kad terakhir yang mampu mengubah segalanya.
๐๐๐๐๐๐๐ก ๐๐๐ง๐๐๐๐๐๐ก๐ dan ๐๐๐๐๐๐๐ค ๐๐๐ค๐๐จ๐๐ง๐
.
Bukan sekadar pemain simpanan โ๏ฟฝ
tapi dua โjokerโ dalam dek kad Arteta.๏ฟฝ
Dua pemain yang mampu menukar sunyi jadi bising,๏ฟฝ
yang mampu menukar buntu jadi kemenangan.
Dan bila mereka masuk,๏ฟฝ
tempo berubah,๏ฟฝ
stadium bergetar,๏ฟฝ
dan Arsenal kembali bernyawa.
Kerana kadang-kadang,๏ฟฝ
yang menghidupkan pas**an bukanlah bintang di langit,๏ฟฝ
tetapi ๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐ก yang menyala dengan setia di bumi.