23/08/2026
π SELESAI SUDAH KEJOHANAN U12 KEDAH LEAGUE 2026! β½π
Alhamdulillah, selesai sudah kejohanan yang berlangsung pada 22 Ogos 2026 (Sabtu) dengan jayanya.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pasukan yang menyertai, para jurulatih, guru-guru, ibu bapa, pengadil, urusetia, petugas serta semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan kejohanan ini.
π Tahniah dan syabas kepada semua pemenang!
π Johan - All Star Jr
π₯ Naib Johan - Kenari Kids Jitra (A)
π₯ Tempat Ketiga - SKHK
π
Tempat Keempat - Tunas Muda (BMFA)
β Pemain Terbaik - Muhammad Yusuf Iman bin Redzuan Jamal (KKJ)
π§€ Penjaga Gol Terbaik - Muhammad Qayyum Danish bin Khairul Anuar (All star Jr)
Tahniah atas pencapaian dan usaha yang telah diberikan. Kepada semua pemain, menang atau kalah, setiap pengalaman adalah sebahagian daripada perjalanan untuk menjadi pemain yang lebih baik. πͺβ½
Terima kasih atas sokongan, kerjasama dan semangat kesukanan yang diberikan sepanjang kejohanan. β€οΈ
Kota Setar Kids FC mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menjayakan kejohanan ini.
Jumpa lagi di kejohanan akan datang! ππ₯