14/07/2023
Tanggal 24 Jun yang lalu, telah berlangsungnya Kejohanan Futsal Jabatan Kesihatan Negeri Kedah (Jabatan Kesihatan Negeri Kedah - ) anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda Rasmi di Amanjaya Sport Arena (ASA), Sungai Petani, Kedah Darul Aman.
Skuad Dental KDA FC yang hadir dengan dibarisi oleh orang 'Lama' dan beberapa orang muka baru turut tampil menyertai kejohanan dwitahunan ini. Di sebalik kejayaan merangkul kejayaan dengan menduduki tempat ketiga daripada 32 pasukan yang bertanding, pelbagai cerita dan pelbagai drama terpaksa dilalui oleh Skuad Dental KDA FC pada edisi kali ini.
Separuh daripada pemain asal Skuad Dental KDA FC sebelum ini, telah berubah angin baru dengan menyertai pasukan lain dan ada juga pemain yang terpaksa direhatkan setelah mengalami kecederaan ketika pasukan di dalam saat akhir menyediakan skuad terbaik untuk kejohanan ini.
Tanpa sebarang tekanan yang diletakkan dan hadir sebagai sebuah pasukan 'underdog', Skuad Dental KDA FC pada mulanya telah diletakkan di dalam 'Kump**an Maut' bersama-sama dengan pasukan juara, PKDKS Star (PKD Kota Setar). Turut diletakkan satu kump**an adalah Hospital Kulim, Kasut Ketat (PKD S*k) dan Frontliner FC (Jabatan Kesihatan Negeri Kedah).
Bermula dengan kejayaan menumpaskan Kasut Ketat (PKD S*k) di perlawanan pertama, namun diikat p**a tanpa jaringan oleh PKDKS Star (PKD Kota Setar) di perlawanan kedua. Dan di perlawanan ketiga kump**an, Skuad Dental KDA FC berjaya menumpaskan pasukan Frontliner FC (JKN Kedah) sekaligus mengesahkan laluan ke peringkat seterusnya. Di perlawanan terakhir kump**an bertemu Hospital Kulim, Skuad Dental KDA FC yang hanya menurunkan semua muka baru pada perlawanan ini berjaya menyamakan kedudukan pada akhir permainan pada perlawanan yang cukup dramatik ini.
Di peringkat kalah mati, Skuad Dental KDA FC telah berjaya menumpaskan seteru utama, Dressar Kedah (Penolong Pegawai Perubatan Kedah) sekaligus menempah slot perlawanan separuh akhir bertemu sebuah lagi seteru utama, Hospital Sultanah Maliha (HSM Langkawi) yang menampilkan ramai muka-muka baharu yang muda dan lincah menyebabkan perjalanan Skuad Dental KDA FC terhenti di kedudukan ketiga Kejohanan Futsal Jabatan Kesihatan Negeri Kedah (JKN Kedah) ini.
Semoga dengan kejayaan demi kejayaan yang telah dirangkul Warga Kesihatan Pergigian Negeri Kedah dalam pelbagai pertandingan anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Kedah (JKN Kedah) ini, membuatkan lebih ramai muka-muka baharu Warga Bahagian Kesihatan Pergigian Negeri Kedah untuk tampil bersama Dental KDA FC.
' Dream, Believe, Work Hard, Succeed '
Program Kesihatan Pergigian KKM
Pejabat Kesihatan Pergigian Kota Setar
Klinik Pakar Pergigian Kota Setar
Klinik Pergigian Jalan Putra - Mesra Promosi
Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kubang Pasu, Kedah
Pergigian Daerah Pendang
Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Yan
Unit Promosi Pergigian Daerah S*k
Unit Promosi Pergigian PKPD Kuala Muda
Unit Promosi Kesihatan Pergigian PKPD Kulim
Klinik Pergigian Baling-Mesra Promosi
Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Padang Terap
Kesihatan Pergigian Daerah Langkawi