Persatuan Tarik Tali Negeri Terengganu

Persatuan Tarik Tali Negeri Terengganu Laman Rasmi Persatuan Tarik Tali Negeri Terengganu

29 JULAI 2025 | RABUPejabat IWK, ChenderingPerjumpaan bersama IWK TerengganuPTTNT berpeluang dijemput oleh Indah Water K...
25/08/2026

29 JULAI 2025 | RABU
Pejabat IWK, Chendering
Perjumpaan bersama IWK Terengganu

PTTNT berpeluang dijemput oleh Indah Water Konsortium (IWK) Terengganu untuk menyampaikan taklimat dan penerangan mengenai Sukan Tarik Tali.

Hasil daripada sesi tersebut telah terjalin satu kerjasama antara Persatuan Tarik Tali Negeri Terengganu dan IWK Terengganu. Satu langkah positif dalam usaha memartabatkan Sukan Tarik Tali ini diperingkat yang lebih tinggi.

Sukan Tarik Tali bukan sekadar aktiviti fizikal, tetapi juga mencerminkan nilai kerjasama, kekuatan mental dan semangat berpasukan.

Semoga lebih banyak institusi dan agensi tampil menyokong pembangunan Sukan Warisan ini.

22 JULAI 2026 | RABUIA Ikan Bakar, ChenderingMajlis Makan Malam PTTNTSatu majlis makan malam meraikan jawatankuasa Persa...
25/08/2026

22 JULAI 2026 | RABU
IA Ikan Bakar, Chendering
Majlis Makan Malam PTTNT

Satu majlis makan malam meraikan jawatankuasa Persatuan Tarik Tali Negeri Terengganu. Tujuan majlis ini merupakan merapatkan ukhwah bersama ahli dan jawatankuasa PTTNT. Semoga terus bersama dan kekal hingga hujungnya.



🌙✨ Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H ✨🌙Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, keikhlasan dan mempereratkan lagi u...
27/05/2026

🌙✨ Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H ✨🌙

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, keikhlasan dan mempereratkan lagi ukhuwah sesama kita.
Hayatilah erti pengorbanan dan semangat kebersamaan dalam menyantuni keluarga, sahabat serta masyarakat.

Semoga setiap ibadah dan pengorbanan kita diterima serta dirahmati Allah SWT. 🤍🐄

Ikhlas Daripada
Presiden dan Seluruh Jawatankuasa
Persatuan Tarik Tali Negeri Terengganu

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Tuan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu
07/01/2026

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Tuan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran Tuan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu Shahrizal Yahaya .

Semoga diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan, amalan dan ibadat. aamiin.

11 Oktober 2025 | SabtuKompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala NerusKejohanan Tarik Tali Terengganu sempena Hari Sukan N...
13/10/2025

11 Oktober 2025 | Sabtu
Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus
Kejohanan Tarik Tali Terengganu sempena Hari Sukan Negara 2025 Peringkat Negeri Terengganu

Pasukan Gajah Hitam membawa pulang RM1,000.00 sebagai Johan bagi edisi tahun ini.

Tujuan utama penganjuran acara ini adalah untuk memupuk semangat kesukanan, mengeratkan silaturahim serta mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan tarik tali. Pertandingan ini terbuka kepada pasukan dari dalam dan luar negeri Terengganu dan mendapat sambutan yang baik dari semua institusi dan agensi yang terlibat.

Majlis penyampaian hadiah telah disampaikan oleh YB Tuan Adam Adli Abdul Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Hadir bersama ialah YB Ustaz Hishamuddin Abd Karim, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO, Ybhg. Dato Haji Kahar Abd Latif, Pengarah Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu, Puan Chan Hing Jin, Timbalan Ketua Setiausaha Strategik Kementerian Belia dan Sukan, Tuan Haji Asmadi Bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Terengganu dan Anas Hazizul Bin Mohamad, Presiden Majlis Belia Negeri Terengganu.

Tahniah kepada pemenang dari pasukan Air Pahang Tuggers, Jerung Sesat dan Caterpillar masing-masing merangkul tempat kedua hingga tempat keempat.

KBSMalaysia
Adam Adli
Hishamuddin Abdul Karim
Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Terengganu
Majlis Belia Negeri Terengganu




29/09/2025

Kejohanan Tarik Tali Terengganu sempena Hari Sukan Negara 2025 peringkat Negeri Terengganu

‼️ *KEJOHANAN TARIK TALI TERENGGANU* ‼️Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dengan kerjasama Persatuan Tarik Tali N...
15/09/2025

‼️ *KEJOHANAN TARIK TALI TERENGGANU* ‼️

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dengan kerjasama Persatuan Tarik Tali Negeri Terengganu akan mengadakan Cabaran Tarik Tali Terengganu sempena Hari Sukan Negara 2025 Peringkat Negeri Terengganu

Jom sama sama kita memeriahkan HSN25 Negeri Terengganu sambil menyaksikan cabaran tarik tali beraksi!

Kategori : Terbuka Tradisional
Tarikh : 11 Oktober 2025, Sabtu
Masa : 8 pagi
Tempat : Perkarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu

HADIAH
Johan : RM1000 + Sijil + Medal
Naib Johan : RM500 + Sijil + Medal
Tempat 3 : RM300 + Sijil + Medal
Tempat 4 : RM200 + Sijil + Medal

💵 Yuran Pendaftaran

Yuran : RM 80/pasukan
(Terhad untuk 16 pasukan sahaja)

Untuk Pendaftaran, Boleh isi link di bawah:-

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfQoSHYiddLz90clMi6Hts4EKw7M-kis-Sn6sb_BFIqRoht0Q/viewform?usp=header

‼️Tarikh Tutup Penyertaan‼️

⛔ 4 Oktober 2025 ⛔

Untuk pertanyaan, hubungi:

En. Nik
www.wasap.my/60189127365

Jangan lepaskan peluang!

"SLOT ADALAH TERHAD"

Presiden dan Seluruh Jawatankuasa Persatuan Tarik Tali Negeri Terengganu mengucapkan Tahniah kepada pasukan Mahkamah Ter...
24/08/2025

Presiden dan Seluruh Jawatankuasa Persatuan Tarik Tali Negeri Terengganu mengucapkan Tahniah kepada pasukan Mahkamah Terengganu kerana berjaya merangkul pingat Gangsa dalam Multaqa Mahkamah Syariah 2025. Anda telah melakukan yang terbaik demi lencana di dada.


13 JULAI 2025 | AHADPresiden PTTNT Sdr. Nik M. Shafiq telah mengadakan lawatan ke sesi latihan pasukan tarik tali Mahkam...
15/07/2025

13 JULAI 2025 | AHAD

Presiden PTTNT Sdr. Nik M. Shafiq telah mengadakan lawatan ke sesi latihan pasukan tarik tali Mahkamah Terengganu. Lawatan ini bertujuan memberi sokongan moral dan melihat sendiri komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh pasukan.

Turut bersama hadir, Sdr. Zamarul Aiman Atlet Rowing Malaysia yang turut memberi nasihat dan ajar bagi memantapkan lagi pasukan.

Tahniah dan Semoga berjaya kepada pasukan tarik tali mahkamah Terengganu di Kejohanan Sukan Mahkamah Malaysia yang akan berlangsung pada bulan Ogos ini.

Address

Alor Limbat
21300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Tarik Tali Negeri Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category