Rubber.Run100

Rubber.Run100 Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Rubber.Run100, Sports, Thongwa.

02/12/2025

RIBUAN PESERTA MERIAHKAN
‘RUBBER RUN 100’ KOPGET, TAWAR JUALAN MADANI SEHINGGA 20%

PUTRAJAYA, 29 NOVEMBER 2025 - Kira-kira 2,000 orang peserta telah membanjiri Dataran Wawasan, Putrajaya, seawal jam 6.00 pagi ini bagi menyertai program larian santai ‘Rubber Run 100’ anjuran Koperasi Lembaga Getah Malaysia Berhad
(KOPGET), dengan kerjasama strategik daripada
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Program larian bersempena Ulang Tahun ke-100
Lembaga Getah Malaysia (LGM) ini bukan sahaja
meraikan gaya hidup sihat, malah bertujuan meningkatkan kesedaran awam tentang
kepentingan industri getah kepada ekonomi negara, di samping mempromosikan gerakan koperasi.

Program ‘Rubber Run 100’ turut diserikan dengan
pengisian Jualan MADANI Koperasi dan Usahawan.
Inisiatif tanggungjawab sosial ini menawarkan
pelbagai barangan keperluan dan produk tempatan dengan harga subsidi, membolehkan para peserta dan pengunjung menikmati penjimatan sehingga
20% daripada harga jualan.

Acara pelepasan (flag off) disempurnakan bersama
oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perladangan
dan Komoditi (KPK), YBhg. Datuk Yusran Shah Mohd Yusof dan Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia (LGM), YBhg. Dato’ Dr. Zairossani Mohd Nor.

Kehadiran pemimpin utama sektor ini menekankan
komitmen kerajaan dan LGM dalam menyokong inisiatif kebajikan pekerja dan komuniti getah
melalui platform koperasi.

SKM, sebagai rakan strategik utama, turut memainkan peranan penting dalam menjayakan program ini. Turut hadir delegasi SKM Wilayah Persekutuan diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah (Pembangunan), Puan Siti Sara binti Hassan diiringi oleh Pegawai Penyelia Koperasi, Encik Harith Hamidi bin Muhamad Isa @ Omar, serta pegawai-pegawai dari Unit Promosi dan Pembangunan.

Program ‘Rubber Run 100’ ini turut mendapat
sokongan padu daripada penaja-penaja utama termasuklah Koperasi Kakitangan Petronas Berhad
(KOPETRO) dan Koperasi Profesional Putrajaya
Berhad (KOPROJAYA), yang membuktikan
perpaduan erat antara entiti koperasi.

Tahniah KOPGET!





02/12/2025

Congratulations

02/12/2025

Rubber Run 100

Attention 🚨🚨🚨To All Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) kembali lagi mengadakan Jualan Madani Koperasi (JMK) di perkaran...
27/11/2025

Attention 🚨🚨🚨

To All

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) kembali lagi mengadakan Jualan Madani Koperasi (JMK) di perkarangan Dataran Wawasan, Putrajaya

Pelbagai Jualan Barangan Keperluan Asas dan Barangan Runcit dijual dengan Harga yang sangat Murah

Moh ler kita semua anggota Koperasi LGM Berhad - KOPGET dan pegawai SKM beramai² berbelanja di gerai koperasi kita pada 29 November 2025, Sabtu
Mohon supaya semua beratur dgn tertib, jgn bertolak² .. Insya Allah semua akan dpt merasa harga yg paling termurah. Ok jumpa Sabtu ini gais..

3 Days To Go!!
26/11/2025

3 Days To Go!!

ATTENTION 🚨🚨🚨Untuk kemudahan Peserta Rubber Run 100Dilampirkan Lokasi Parking Awam & SurauSurau : Level 1 Menara Perkeso...
24/11/2025

ATTENTION 🚨🚨🚨

Untuk kemudahan Peserta Rubber Run 100

Dilampirkan Lokasi Parking Awam & Surau

Surau : Level 1 Menara Perkeso
Parking : Parkir Awam 🅿️

Address

Thongwa

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rubber.Run100 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category