27/02/2024
Ahad 25022024
KEJOHANAN BOLA JARING PIALA YB WANGSA MAJU 2024
Syukur ke hadrat Illahi atas limpah kurniaNya WAMRECT telah berjaya mengadakan kejohanan yang pertama kalinya di Wangsa Maju iaitu Kejohanan Bola Jaring PIALA YB WANGSA MAJU.
Seramai 16 pasukan yang terdiri dari seluruh Wangsa Maju dan kawasan sekitar telah berjaya mendaftarkan diri bertanding pada sesi kali ini. Kejohanan turut diserikan dengan kehadiran Ikon Bola Jaring Negara, Fazdlun Abas dan YB Zahir Hasan sendiri.
Tahniah diucapkan kepada Tuan Zack Rockstar selaku Pengarah Program yang turut sama menyaksikan pasukan dari PPR Gombak Setia telah berjaya menjadi johan pertama kejohanan ini. Kepada semua yang lain, jagn risau dan khawatir kerana akan banyak lagi kejohanan yang akan kita bawakan kepada anda semua pemain dan peminat Bola Jaring.
Sebagai penganjur, kami memohon jutaan kemaafan di atas segala kekurangan pada edisi sulong ini. InsyaAllah akan kita perbaiki dari masa ke semasa. Tahniah dan syabas buat semua. Kita jumpa lagi.
BERSAMA MEREALISASIKAN IMPIAN