01/01/2026
SELAMAT TAHUN BAHARU 2026
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillah, kita telah melangkah ke tahun 2026 dengan penuh semangat dan harapan baharu. Saya ingin mengucapkan selamat Tahun Baru 2026 kepada semua ahli Kelab Taekwondo A&Z, ibu bapa, jurulatih serta semua yang sentiasa memberikan sokongan kepada kelab ini.
Bagi mempertingkatkan sistem pengurusan kelab, pihak kami sedang menaik taraf sistem pendaftaran, bayaran yuran dan kehadiran. Sistem baharu ini akan memudahkan urusan pihak kelab, peserta dan ibu bapa. Kelebihan serta fungsi sistem tersebut akan dijelaskan dengan lebih terperinci sebaik sahaja proses peningkatan sistem siap sepenuhnya. Langkah ini menunjukkan komitmen Kelab Taekwondo A&Z untuk memperkukuhkan lagi pengurusan dan memberikan pengalaman yang lebih baik kepada semua.
Bagi tahun 2026, pentadbiran telah merangka pelan merangkumi latihan yang lebih teratur, penyertaan dalam pertandingan serta aktiviti luar yang bermanfaat. Sebagai Presiden kelab, saya berharap agar kita dapat mencapai pencapaian yang lebih cemerlang pada tahun ini berbanding tahun sebelumnya. Dengan semangat kesukanan, disiplin yang tinggi dan kerjasama semua pihak, saya yakin Kelab Taekwondo A&Z akan terus maju dan berkembang.
Semoga Tahun 2026 membawa lebih kejayaan, kesejahteraan dan peluang baharu kepada kita semua. Selamat Tahun Baharu 2026 dan jom kita capai yang terbaik bersama-sama.
ZAINUDDIN MOHAMED
Presiden
Kelab Taekwondo A&Z (TM/WTF)