28/08/2026
MELAKA WALKING FOOTBALL ASSOCIATION (WAFOMA) KE 2ND MERDEKA CUP 2026
Melaka Walking Football Association (WAFOMA) telah menyertai 2nd Merdeka Cup 2026 yang berlangsung pada 22 Ogos 2026 bertempat di Stadium Educity Johor.
Penyertaan ini merupakan satu platform yang baik untuk memperkukuhkan semangat kesukanan, kerjasama dan kesepakatan dalam kalangan pemain di samping memberi peluang untuk menimba pengalaman serta mengeratkan hubungan persahabatan dengan pasukan-pasukan dari pelbagai negeri. Melalui kejohanan ini, para pemain telah menunjukkan komitmen, disiplin dan semangat berpasukan yang tinggi sepanjang pertandingan berlangsung.
Penyertaan WAFOMA bukan sahaja berfokus kepada pencapaian dan keputusan perlawanan, malah lebih mengutamakan nilai persahabatan, keharmonian serta semangat kekeluargaan dalam komuniti sukan Walking Football.