09/10/2019
🏹‾‾‾‾﷽‾‾‾‾🎯
Dari Kholidin ..master of Barebow..(Bang Udin)
*Rahsia ISTIQAMAH Memanah*
Salah faham dalam TUJUAN & MAKSUD *Memanah*
JIKA tujuannya KETEPATAN, maka semangat akan pudar jika tidak tepat mengenai sasaran;
JIKA tujuannya PIALA, maka semangat akan pudar jika gagal mendapatkannya;
JIKA tujuannya KESEHATAN, maka semangat akan pudar jika tetap sakit-sakitan;
Pertama, mari kita perbaiki dan luruskan niat memanah untuk ITTIBA’ Sunnah & Taqarrub menghampirkan diri kepada Allah;
Kedua, hadirkan sifat IHTISAB dengan mendatangkan FADHILAT & KEBAIKAN yang dijanjikan Allah melalui panahan.
Dengan 2 perkara ini, insyaAllah kita akan bersungguh-sungguh untuk ISTIQAMAH berlatih memanah.
Setiap anak panah yang dilepaskan, akan menjadi NUR pada hari kiamat. Baik anak panah mengenai sasaran ataupun tidak, tetap akan mendapat ganjaran seperti memerdekakan seorang hamba sahaya.
Dan tidak ada WALAUPUN SATU permainan yang diberikan ANCAMAN sekiranya meninggalkannya setelah mahir KECUALI memanah.
InsyaAllah setelah istiqomah dengan maksud yang betul, akan datang
-KETEPATAN
-KETANGKASAN
-KEKUATAN
-KESEHATAN
Dan tidak pudar semangat memanah walaupun tidak mengenai sasaran. Beruntunglah mereka diberi taufiq untuk istiqamah.
🏹 🏹 🏹 🏹 🏹