10/10/2018
PAPADOM TINGGI GARAM
โ
Papadom merupakan sejenis produk makanan yang berasal dari India yang di perbuat daripada adunan tepung, kacang, beras, ubi kayu atau kentang.
โ
Kebiasaanya papadom di goreng dan di hidangkan bersama nasi dan lauk lauk lain. Biasanya ia dibhancurkan dan di taburkan dia atas nasi sebelum di gaul bersama kuah (biasanya kari).
โ
Sekiranya anda merupakan penggemar papadom, ada sesuatu perkara penting yang perlu anda ketahui.
โ
Papadom telah di kenal pasti sebagai makanan yang tinggi kandungan GARAM.
โ
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris berkata dalam ujian makmal yang di jalankan ke atas 11 sampel papadom, kesemuanya mengandungi lebih 1,000mg/100 gram garam.
โ
Sekeping papadom mengandungi 260 mg garam. Bayangkan jika satu hidangan, anda mengambil lima keping papadom, maknanya kandungan garam yang di ambil adalah 1,300mg!
โ
Pengambilan papadom yang banyak dalam makanan akan menyebabkan kandungan garam dalam badan tinggi. Ia akan menyebabkan tekanan darah tinggi, meningkatkan risiko strok dan serangan jantung.
โ
Individu dewasa di sarankan untuk TIDAK mengambil garam lebih dari 5 gram setiap hari.
โ
Menurut laporan WHO, kebanyakan masyarakat mengambil garam dalam kuantiti berlebihan 9-12 gram setiap hari (lebih 2 kali ganda dari jumlah yang di sarankan)
โ
Sekiranya anda mahu menikmati papadom elakkan pengambilan berlebihan.
โ
Pilih produk papadom yang kurang garam atau mungkin lebih baik lakukan sendiri (sekiranya berkemampuan).
Credit to Public Health Malaysia
Online Coaching Intake NOVEMBER, personal dan group coaching bersama Coach .zulkarnaen
๐ PENDAFTARAN SUDAH DI BUKA
๐ซ SLOT TERHAD
Coach Lona