PKPMI Aceh

PKPMI Aceh Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PKPMI Aceh, Banda Atjeh.

[MENTORING : PROGRAM HOW TO BECOME A LEADER]Assalamualaikum w.b.tMakluman dan perhatian kepada semua pelajar Persatuan K...
13/06/2026

[MENTORING : PROGRAM HOW TO BECOME A LEADER]

Assalamualaikum w.b.t

Makluman dan perhatian kepada semua pelajar Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) Aceh sesi 2025/2026, In Shaa Allah akan diadakan program seperti ketetapan berikut:

📌 Hari : Ahad
📌 Tarikh : 14 Jun 2026
📌 Masa : 14:00 p.m (WIB) - Selesai
📌 Tempat : Ruang Education USA, Gedung Museum UIN AR- RANIRY
📌 Dresscode :
- Muslimin : Baju berkolar/Kurta/Jubah, Berseluar panjang & sopan. (Digalakkan berkopiah)
- Muslimat : Baju kurung/Jubah, Tudung berjahit tengah.

Sehubungan dengan itu, semua pelajar PKPMI Aceh yang berkelapangan dijemput hadir bagi bersama-sama menjayakan serta memeriahkan program ini.

Segala kerjasama dan perhatian daripada kalian didahului dengan _Jazakumullahu Khairan Katsiraa._💐

Ikuti halaman Instagram kami di:
https://www.instagram.com/pkpmiaceh_?igsh=MXE0YXJ3ZWpteXh4OA==

Ikuti halaman Facebook kami di:
https://www.facebook.com/share/186as2D63A/?mibextid=LQQJ4d

"Generasi Rabbani, Qiyadah Rahimiyyah"

Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Di Indonesia (PKPMI) - Aceh, Sesi 2025/2026

[UPDATE : PROGRAM (STeM) 2026]Assalamualaikum w.b.tAlhamdulillah telah berlangsungnya program Secretary, Treasurer, Medi...
13/06/2026

[UPDATE : PROGRAM (STeM) 2026]

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah telah berlangsungnya program Secretary, Treasurer, Media (STeM) 2026 yang merupakan program gabungan dan hasil kerjasama daripada Jabatan Setiausaha Agung, Jabatan Bendahari Agung dan Exco Multimedia dan Penerangan Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) Aceh sesi 2025/2026. Program ini berlangsung pada Jumaat, 24 April 2026 yang bertempat di Mess Malaysia.

Program ini terdiri daripada 3 slot. Slot pertama, disampaikan oleh saudari Puteri Fatin Syazwani binti Abdul Karim selaku Setiausaha Agung. Slot kedua, disampaikan oleh saudara Muhamad Anaz Nuttershah bin Mohd Azwar selaku Mantan Bendahari Agung. Slot terakhir disampaikan oleh saudara Muhammad Mu’izzuddin bin Kamaruzaman selaku Mantan Exco Multimedia PKPMI Aceh. Program ini telah dihadiri oleh barisan pimpinan dan pelajar Malaysia yang memegang jawatan sebagai setiausaha, bendahari dan ajk multimedia bagi setiap anak negeri dan batch.

Program ini diadakan bertujuan untuk menyampaikan teori dalam bidang setiausaha, bendahari dan multimedia serta menyelaraskan gerak kerja dalam organisasi pada sesi kali ini. Semoga semua peserta yang telah hadir memperoleh ilmu yang berkat dan bermanfaat In Shaa Allah.

Ikuti halaman Instagram kami di :
https://www.instagram.com/pkpmiaceh_?igsh=MXE0YXJ3ZWpteXh4OA==

Ikuti halaman Facebook kami di :
https://www.facebook.com/share/186as2D63A/?mibextid=LQQJ4d

“Generasi Rabbani, Qiyadah Rahimiyyah”

Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia
Di Indonesia (PKPMI) - Aceh, Sesi 2025/2026

[INFO CAKNA : MERAFAK SEMBAH DAN MENJUNJUNG KASIH SEMPENA HARI KEPUTERAAN RASMI SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGON...
01/06/2026

[INFO CAKNA : MERAFAK SEMBAH DAN MENJUNJUNG KASIH SEMPENA HARI KEPUTERAAN RASMI SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG]

Assalamualaikum w.b.t.

Dengan penuh hormat dan takzim, kami daripada Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) Aceh Sesi 2025/2026 merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Patik sekalian menzahirkan setulus-tulus doa ke hadrat Allah SWT agar Seri Paduka Baginda sentiasa dikurniakan keafiatan yang berpanjangan, kesejahteraan, keberkatan usia serta kekuatan dalam meneruskan amanah memayungi negara dan rakyat dengan penuh kebijaksanaan, keadilan serta ihsan.

Semoga Malaysia terus dikurniakan keamanan, kemakmuran dan perpaduan di bawah naungan Seri Paduka Baginda, serta sentiasa berada dalam rahmat dan perlindungan Allah SWT.

Dengan penuh takzim, kami menjunjung kasih dan mendoakan:

Daulat Tuanku.

Ikuti halaman Instagram kami di: https://www.instagram.com/pkpmiaceh_ igsh≤MXE0YXJ3ZWpteXh4OA==

Ikuti halaman Facebook kami di:https://www.facebook.com/share/186as2D63A/? mibextid=LQQJ4d

"Generasi Rabbani, Qiyadah Rahimiyyah"

Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) - Aceh*, Sesi 2025/2026

[MENTORING : KORBAN PERDANA PKPMI ACEH 2026]Assalamualaikum w.b.t Makluman dan perhatian kepada semua pelajar PKPMI Aceh...
28/05/2026

[MENTORING : KORBAN PERDANA PKPMI ACEH 2026]

Assalamualaikum w.b.t

Makluman dan perhatian kepada semua pelajar PKPMI Aceh, In Shaa Allah akan diadakan Program Korban Perdana sesi 2025/2026 seperti ketetapan berikut :

📌*Tarikh : 28 Mei 2026
📌*Hari : Khamis
📌*Masa : 07:30 a.m (WIB) - Selesai
📌*Tempat : Rumah Villa Dahlia

Sehubungan dengan itu, semua pelajar PKPMI Aceh dijemput hadir bagi memeriahkan serta menyemarakkan Program Korban Perdana ini sebagai tanda penghayatan terhadap nilai pengorbanan, kebersamaan dan ukhuwah sesama pelajar.

Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak kalian diucapkan _Jazakumullahu Khairan Katsiraa_.💐

Ikuti halaman Instagram kami di :
https://www.instagram.com/pkpmiaceh_?igsh=MXE0YXJ3ZWpteXh4OA==

Ikuti halaman Facebook kami di :
https://www.facebook.com/share/186as2D63A/?mibextid=LQQJ4d

"Generasi Rabbani, Qiyadah Rahimiyyah"

Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia
Di Indonesia (PKPMI) - Aceh Sesi 2025/2026

[CAKNA MINDA : UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1447H / 2026M]Assalamualaikum w.b.tDengan penuh rasa syukur, kami dari...
26/05/2026

[CAKNA MINDA : UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1447H / 2026M]

Assalamualaikum w.b.t
Dengan penuh rasa syukur, kami daripada Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) Aceh sesi 2025/2026 ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat Islam, khususnya kepada warga PKPMI Aceh yang menyambut Aidiladha sama ada di perantauan mahupun bersama keluarga tercinta di tanah air.

Indah takbir bergema syahdu,
Tanda syukur kepada Ilahi,
Aidiladha menyatu hati yang satu,
Mengajar erti sabar dan berani.

Aidiladha bukan sekadar perayaan, tetapi juga simbol pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan yang tinggi kepada Allah SWT. Peristiwa agung Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. menjadi bukti bahawa setiap pengorbanan yang dilakukan dengan penuh keimanan pasti mempunyai hikmah dan ganjaran yang besar di sisi-Nya.

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan kekuatan buat kita semua dalam meneruskan amanah sebagai pelajar, anak dan hamba Allah SWT. Mudah-mudahan semangat ukhuwah, kasih sayang dan saling membantu sentiasa subur dalam kalangan kita walau di mana jua berada.

Di kesempatan yang mulia ini juga, marilah kita memperbanyakkan doa, mempererat silaturahim serta saling memaafkan agar hati terus dipenuhi dengan rasa syukur dan keinsafan.

Ikuti halaman Instagram kami di : https://www.instagram.com/pkpmiaceh_ igsh≤MXE0YXJ3ZWpteXh4OA==

Ikuti halaman Facebook kami di :
https://www.facebook.com/share/186as2D63A/? mibextid=LQQJ4d

"Generasi Rabbani, Qiyadah Rahimiyyah"

Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia
Di Indonesia (PKPMI) -Aceh
Sesi 2025/2026

Di Indonesia (PKPMI) -Aceh, Sesi 2025/2026

[INFO : PENGHARGAAN BUAT PARA PENYUMBANG]Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Pihak Persatuan Kebangsaan Pelajar M...
25/05/2026

[INFO : PENGHARGAAN BUAT PARA PENYUMBANG]

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Pihak Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) Aceh sesi 2025/2026 ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada seluruh para penyumbang yang telah bermurah hati menghulurkan sumbangan bagi menjayakan program Qurban/Infak kali ini.

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT serta hasil sumbangan dan keprihatinan semua pihak, kami telah berjaya membeli sebanyak 3 ekor kambing bagi tujuan pelaksanaan ibadah qurban pada tahun ini.

Untuk makluman para penyumbang sekalian, baki atau lebihan sumbangan yang ada akan digunakan sepenuhnya bagi menampung kos pengurusan sembelihan serta urusan berkaitan program, demi memastikan kelancaran pelaksanaan ibadah ini dari awal sehingga selesai.

Sesungguhnya setiap sumbangan yang diberikan amat besar nilainya di sisi Allah SWT. Semoga segala amal kebajikan, keikhlasan serta pengorbanan para penyumbang diterima sebagai amal soleh, dilimpahi keberkatan rezeki, dipermudahkan segala urusan serta dikurniakan ganjaran pahala yang berpanjangan di dunia dan akhirat.

Rasulullah SAW bersabda:

“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada manusia lain.” (Riwayat Ahmad)

Ikuti halaman Instagram kami di:
https://www.instagram.com/pkpmiaceh_?igsh=NGZkbDJnOGJzcHd1

Ikuti halaman Facebook kami di:
https://www.facebook.com/share/186as2D63A/?mibextid=LQQJ4d

"Generasi Rabbani, Qiyadah Rahimiyyah"

Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia
Di Indonesia (PKPMI) - Aceh, Sesi 2025/2026

[KENALI BARISAN PIMPINAN PKPMI ACEH SESI 2025/2026]Assalamualaikum w.b.t.Perhatian kepada seluruh warga Persatuan Kebang...
24/05/2026

[KENALI BARISAN PIMPINAN PKPMI ACEH SESI 2025/2026]

Assalamualaikum w.b.t.

Perhatian kepada seluruh warga Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) Aceh, berikut diperkenalkan barisan pimpinan PKPMI Aceh bagi sesi 2025/2026.

Alhamdulillah, amanah kepimpinan bagi sesi 2025/2026 telah diserahkan secara rasmi kepada barisan pimpinan yang baharu. Dengan rasa tanggungjawab dan komitmen yang tinggi, kami bersedia untuk meneruskan usaha dalam menjaga kebajikan, mempererat hubungan silaturahim, serta memperkasakan mahasiswa Malaysia di Aceh.

Kami berharap agar seluruh warga PKPMI Aceh dapat bersama-sama memberikan sokongan dan kerjasama sepanjang sesi ini demi memastikan setiap agenda dan perancangan persatuan dapat dilaksanakan dengan baik dan memberi manfaat kepada semua.

Semoga sesi kepimpinan kali ini dapat membawa semangat baharu dalam membentuk mahasiswa yang berilmu, berdaya saing, dan mampu menyumbang kepada perkembangan PKPMI Aceh ke arah yang lebih baik.

Ikuti laman Instagram kami di: https://www.instagram.com/pkpmiiaceh_igsh= MXEOYXJ3ZWpteXh4OA==

Ikuti laman Facebook kami di:
https://www.facebook.com/share/186as2D63A/?mibextid= LQQJ4d

"Generasi Rabbani, Qiyadah Rahimiyyah"

Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) - Aceh, Sesi 2025/2026

[KENALI BARISAN PIMPINAN JABATAN YANG DIPERTUA PKPMI ACEH SESI 2025/2026]Assalamualaikum w.b.t.Dimaklumkan kepada seluru...
24/05/2026

[KENALI BARISAN PIMPINAN JABATAN YANG DIPERTUA PKPMI ACEH SESI 2025/2026]

Assalamualaikum w.b.t.

Dimaklumkan kepada seluruh ahli Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) Aceh, berikut merupakan barisan pimpinan Jabatan Yang Dipertua PKPMI Aceh bagi sesi 2025/2026.

Yang Dipertua
Ahmad Haziq Aqasha bin Jahya
[Fakultas Syariah dan Hukum]
📲 http://www.wasap.my/60139274943

Timbalan Yang Dipertua
Muhammad Nur Taufiq bin Khalid
[Fakultas Ushuluddin dan Filsafat]
📲 http://www.wasap.my/60165805469

Naib Yang Dipertua
Ummairah binti Mohd Razip
[Fakultas Syariah dan Hukum]
📲 http://www.wasap.my/60176002357

Dengan penuh harapan dan amanah, barisan pimpinan yang dilantik bersedia untuk meneruskan usaha dalam menjaga kebajikan serta memperkukuhkan hubungan sesama mahasiswa Malaysia di Aceh.

Kami amat mengharapkan sokongan, kerjasama, dan doa daripada seluruh ahli PKPMI Aceh agar segala perancangan dan gerak kerja sepanjang sesi 2025/2026 dapat dilaksanakan dengan lancar dan memberi manfaat kepada semua.

Semoga sesi kepimpinan kali ini dapat membawa semangat baharu, memperkasakan ukhuwah, serta terus memartabatkan nama PKPMI Aceh ke arah yang lebih cemerlang.

Ikuti halaman Instagram kami di : https://www.instagram.com/pkpmiaceh_ igsh≤MXE0YXJ3ZWpteXh4OA==

Ikuti halaman Facebook kami di :
https://www.facebook.com/share/186as2D63A/? mibextid=LQQJ4d

“Generasi Rabbani, Qiyadah Rahimiyyah”

Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia
di Indonesia (PKPMI)- Aceh, Sesi 2025/2026

[KENALI BARISAN PIMPINAN JABATAN SETIAUSAHA AGUNG PKPMI ACEH SESI 2025/2026]Assalamualaikum w.b.t.Dimaklumkan kepada sel...
24/05/2026

[KENALI BARISAN PIMPINAN JABATAN SETIAUSAHA AGUNG PKPMI ACEH SESI 2025/2026]

Assalamualaikum w.b.t.

Dimaklumkan kepada seluruh ahli Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) Aceh, berikut merupakan barisan pimpinan Jabatan Yang Dipertua PKPMI Aceh bagi sesi 2025/2026.

Setiausaha
Puteri Fatin Syazwani binti Abdul Karim
[Fakultas Dakwah dan Komunikasi]
📲 https://www.wasap.my/60 16-724 2044

Timbalan Setiausaha
Nur Auni Syifaa' binti Muhammad Hamdan
[Fakultas Ushuluddin dan Filsafat]
📲 https://www.wasap.my/60 11-3129 8485

Dengan penuh harapan dan amanah, barisan pimpinan yang dilantik bersedia untuk meneruskan usaha dalam menjaga kebajikan serta memperkukuhkan hubungan sesama mahasiswa Malaysia di Aceh.

Kami amat mengharapkan sokongan, kerjasama, dan doa daripada seluruh ahli PKPMI Aceh agar segala perancangan dan gerak kerja sepanjang sesi 2025/2026 dapat dilaksanakan dengan lancar dan memberi manfaat kepada semua.

Semoga sesi kepimpinan kali ini dapat membawa semangat baharu, memperkasakan ukhuwah, serta terus memartabatkan nama PKPMI Aceh ke arah yang lebih cemerlang.

Ikuti halaman Instagram kami di : https://www.instagram.com/pkpmiaceh_ igsh≤MXE0YXJ3ZWpteXh4OA==

Ikuti halaman Facebook kami di :
https://www.facebook.com/share/186as2D63A/? mibextid=LQQJ4d)

“Generasi Rabbani, Qiyadah Rahimiyyah”

Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia
di Indonesia (PKPMI) - Aceh, Sesi 2025/2026

Address

Banda Atjeh

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PKPMI Aceh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share