19/07/2026
Masa tengok Jerman tersingkir menerusi sepakan penalti, ada satu cerita yang buat aku berfikir.
Katanya bila kapten tanya, “Siapa nak ambil penalti?”, ramai yang menolak. Bukan sebab tak pandai… tapi sebab takut kalau gagal.
Benda yang sama aku pernah nampak dalam bola akar umbi.
Bila coach tanya siapa yang nak ambil penalti, ramai budak tunduk. Diam. Tak berani.
Tapi anak aku angkat tangan.
Ya, dia ambil tanggungjawab tu.
Dan ya… dia tak berjaya jaringkan gol.
Sebagai parents, mestilah kecewa sekejap. Tapi dalam masa yang sama, aku lagi bangga sebab dia berani melangkah ketika orang lain memilih untuk berundur.
Sebab bagi aku, gagal selepas berani mencuba lebih baik daripada langsung tak berani mengambil tanggungjawab.
Alhamdulillah, pasukan tetap menang dan berjaya mara ke peringkat seterusnya.
Gol boleh terlepas. Penalti boleh gagal.
Tapi keberanian untuk berdiri di depan ketika semua orang takut… itulah yang membentuk karakter seorang pemain.
Semoga anak-anak kita membesar bukan sekadar jadi pemain yang hebat, tetapi juga insan yang berani memikul amanah walaupun risikonya besar. 🫡🫡
vs