25/02/2026
Assalamualaikum dan Salam 7 Ramadan 🌙✨
Kami di The Ohana FC dengan penuh rasa syukur ingin meneruskan tradisi tahunan Projek Ramadan Ohana bagi menjayakan Majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak di Rumah Mak Ngah.
Program ini merupakan acara tradisi tahunan kami sebagai usaha menyemai nilai kasih sayang, kebersamaan dan keprihatinan dalam bulan yang penuh keberkatan.
Sasaran kutipan bagi tahun ini adalah sebanyak RM2500 untuk memastikan majlis berbuka puasa dapat dilaksanakan dengan lancar dan penuh makna. Sumbangan yang diperlukan merangkumi juadah berbuka, barangan keperluan harian serta sumbangan duit raya bagi menceriakan anak-anak.
Kami amat mengalu-alukan sumbangan daripada individu, rakan-rakan, syarikat dan para penaja yang ingin sama-sama berkongsi rezeki. Setiap sumbangan, tidak kira kecil atau besar, amat bermakna dalam memberikan kegembiraan dan kenangan indah kepada mereka.
Semoga usaha kecil ini menjadi ladang pahala berterusan serta mengeratkan silaturahim dalam komuniti kita.
Sekiranya anda berminat untuk menyumbang, bolehlah menghubungi kami melalui mesej peribadi untuk maklumat lanjut tentang kaedah sumbangan. Marilah kita bersama-sama menjadikan Ramadan kali ini lebih bermakna dengan berkongsi rezeki dan menyebarkan kegembiraan kepada mereka yang memerlukan.