Persatuan Silat Spring Seni Warisan Jati Diri Sabah

  • Home
  • Persatuan Silat Spring Seni Warisan Jati Diri Sabah

Persatuan Silat Spring Seni Warisan Jati Diri Sabah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Persatuan Silat Spring Seni Warisan Jati Diri Sabah, Sport & recreation, MEMBAKUT, SABAH, .

Assalam & Salam SeWarJaD Sabah..🌙✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri ✨🌙Persatuan Silat Spring Seni Warisan Jati Diri (SeWarJa...
20/03/2026

Assalam & Salam SeWarJaD Sabah..

🌙✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri ✨🌙

Persatuan Silat Spring Seni Warisan Jati Diri (SeWarJaD) Sabah mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua ahli, keluarga, dan sahabat handai.

Semoga Syawal yang mulia ini membawa keberkatan, kegembiraan, dan mengeratkan lagi silaturahim sesama kita. Maaf zahir dan batin atas segala kekhilafan.

🎋 “Silat Tetap Kukuh, Selagi Melayu Berjiwa Utuh” 🎋

Ikhlas daripada,
SeWarJaD Sabah

Assalamualaikum & Salam SeWarJaD Sabah..PERTANDINGAN SILAT SENI TARUNG PENDEKAR 2025 berlangsung pada 16-17 OGOS 2025 di...
19/08/2025

Assalamualaikum & Salam SeWarJaD Sabah..

PERTANDINGAN SILAT SENI TARUNG PENDEKAR 2025 berlangsung pada 16-17 OGOS 2025 di 1 BORNEO HYPERMALL, KOTA KINABALU.

Berikutan, seramai 5 orang ahli Persatuan Silat Spring Seni Warisan Jati Diri Sabah (SEWARJAD) telah menyertai pertandingan dalam kategori Jurus Tunggal dan Solo Kreatif usia Dini dan Remaja serta memperoleh pingat :-

1 Perak 🥈
1 Gangsa 🥉

Syabas dan Tahniah diucapkan kepada Pengurus Pasukan, Barisan Jurulatih & Ahli Persatuan yang terlibat 🔥

Sekaligus, Persatuan Silat Spring SeWarJaD Sabah juga ingin mengucapkan ribuan TERIMA KASIH kepada para Super Senior SeWarJaD Family serta semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memberi sumbangan dan kepercayaan serta sokongan kepada persatuan bagi menyertai pertandingan ini. Sekali lagi, pihak persatuan mengucapkan ribuan terima kasih 🙏

Pihak pengurusan SeWarJaD Sabah juga memohon maaf jika pengurusan ada sedikit kekurangan sepanjang kejohanan berlangsung 🙏 In shaa Allah jika tiada halangan, Persatuan Silat Spring SeWarJaD Sabah akan berjuang lagi di kejohanan seterusnya 🔥

"Silat Tetap Kukuh, Selagi Melayu Berjiwa Utuh"

🔥

Alhamdulillah ‘ala kulli haal...SeWarJaD Sabah Road to SAGA XI 🔥Assalamualaikum & Salam SeWarJaD Sabah.Sabtu - 21 Jun 20...
22/06/2025

Alhamdulillah ‘ala kulli haal...

SeWarJaD Sabah Road to SAGA XI 🔥

Assalamualaikum & Salam SeWarJaD Sabah.

Sabtu - 21 Jun 2025, telah berlangsung Pemilihan Atlet Sukan Sabah (SAGA) XI Tawau 2025 mewakili Daerah Membakut, bertempat di Dewan Paduka Mat Saman, SMK Membakut.

Seramai 26 orang ahli persatuan telah menyertai pemilihan ini dan mendominasi hampir keseluruhan kategori dalam sukan silat, sekaligus melayakkan diri untuk mewakili Daerah Membakut ke SAGA XI Tawau 2025.

Syabas dan tahniah, serta ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menjayakan program ini, sama ada secara langsung atau tidak langsung, atas sokongan dan semangat yang diberikan kepada ahli SeWarJaD Sabah 🙏🏻

Bermulanya sebuah perjalanan yang panjang...
Semoga semua atlet yang bakal berentap di SAGA nanti dikurniakan kejayaan dan perlindungan-Nya.
Aamiin ya Rabbal ‘Alamiin 🤲🏻

'Silat Tetap Kukuh, Selagi Melayu Berjiwa Utuh'

🔥

Alhamdulillah 'ala kulli haal.. Penutup tirai tahun 2024 🙏KEJOHANAN PENCAK SILAT JEMPUTAN PIALA PENDEKAR PUTATAN 2024 be...
30/12/2024

Alhamdulillah 'ala kulli haal.. Penutup tirai tahun 2024 🙏

KEJOHANAN PENCAK SILAT JEMPUTAN PIALA PENDEKAR PUTATAN 2024 berlangsung pada 16-29 DISEMBER 2024 di DEWAN PPR SRI KERAMAT, PUTATAN.

Berikutan, Persatuan Silat Spring Seni Warisan Jati Diri Sabah (SEWARJAD) telah menyertai kejohanan tersebut dan memperoleh pingat :-

4 Emas 🥇
2 Perak 🥈
1 Gangsa 🥉
Juara 1 keseluruhan 🏆
Pesilat Terbaik (putra dewasa) 🏆

Alhamdulillah untuk rezeki yang tidak dijangkakan, walaupun hanya 14 orang sahaja peserta yang bertanding termasuk jurulatih 😂

Syabas dan Tahniah diucapkan kepada Pengurus Pasukan, Barisan Jurulatih & Ahli Persatuan yang terlibat 🔥

Sekaligus, Persatuan Silat Spring SeWarJaD Sabah juga ingin mengucapkan ribuan TERIMA KASIH kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memberi sumbangan dan kepercayaan serta sokongan kepada persatuan bagi menyertai kejohanan ini. Sekali lagi, pihak persatuan mengucapkan ribuan terima kasih 🙏

Terima kasih juga diucapkan kepada pihak penganjur KSOPP atas jemputan bagi menyertai kejohanan tersebut 🙏

Pihak pengurusan SeWarJaD Sabah juga memohon maaf jika pengurusan ada sedikit kekurangan sepanjang kejohanan berlangsung 🙏 In shaa Allah jika tiada halangan, Persatuan Silat Spring SeWarJaD Sabah akan berjuang lagi di kejohanan seterusnya meskipun kejohanan kali ini tiba-tiba banyak terdengar kata2 dan fitnah2 disebarkan serta perkara2 yang tidak menyenangkan untuk merosakkan nama baik persatuan dan menyakiti ahli persatuan. Semoga Allah memberi hidayah kepada pelaku2 tersebut..

Apapun, yang baik semuanya datang daripada Allah yang tidak baik adalah dari kekurangan kami sendiri..

"Silat Tetap Kukuh, Selagi Melayu Berjiwa Utuh"

🔥


Assalamualaikum & Salam SeWarJaD Sabah..Salah seorang ahli SeWarJaD Sabah Mohd Shahrul Zeckry mewakili negara (PESAKA Ma...
11/12/2024

Assalamualaikum & Salam SeWarJaD Sabah..

Salah seorang ahli SeWarJaD Sabah Mohd Shahrul Zeckry mewakili negara (PESAKA Malaysia) akan berentap di 20th World Pencak Silat Championship 2024, Abu Dhabi, UAE pada 18-22 Disember ini.

Mari kita sama-sama mendoakan semoga beliau beroleh kemenangan dan dipermudahkan segala urusannya di sana nanti.. aamiin 🤲

'Silat Tetap Kukuh, Selagi Melayu Berjiwa Utuh'

🔥

24/11/2024

Persembahan ahli Persatuan Silat Spring Seni Warisan Jati Diri Sabah (SeWarJaD) sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah (MAKES) SMK Membakut II pada 23 November 2024 (Sabtu)...

Syabas dan Tahniah diucapkan..

🔥

Assalamualaikum & Salam SeWarJaD Sabah..23/11/2024 (Sabtu)Management Persatuan Silat Spring SeWarJaD Sabah menghadiri Ma...
24/11/2024

Assalamualaikum & Salam SeWarJaD Sabah..

23/11/2024 (Sabtu)
Management Persatuan Silat Spring SeWarJaD Sabah menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah (MAKES) SMK Membakut II..

SYABAS DAN TAHNIAH!
Persatuan Silat Spring Seni Warisan Jati Diri Sabah (SeWarJaD) telah menerima anugerah "Baktimu Dikenang" atas sumbangan dan bakti kepada pihak sekolah bagi tahun 2024.

Di samping itu, Persatuan Silat Spring SeWarJaD Sabah juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua ahli persatuan yang telah menerima anugerah bagi pencapaian akademik dan kokurikulum sepanjang tahun 2024.

Ucapan ribuan terima kasih kepada Pengetua dan warga SMK Membakut II atas penghargaan yang telah diberikan kepada Persatuan Silat Spring SeWarJaD Sabah. Semoga apa yang diperolehi menjadi pembakar semangat dan penambahbaikan untuk terus berjuang ke arah kecemerlangan serta menaikkan lagi nama baik semua pihak di masa akan datang.

Sekali lagi, Tahniah dan Terima kasih 🙏

🔥

Assalamualaikum & Salam SeWarJaD Sabah.Seluruh ahli persatuan mengucapkan Syabas dan Tahniah buat pesilat SeWarJaD khusu...
16/10/2024

Assalamualaikum & Salam SeWarJaD Sabah.

Seluruh ahli persatuan mengucapkan Syabas dan Tahniah buat pesilat SeWarJaD khususnya yang mewakili Team Silat MALAYSIA di 8th Asian Pencak Silat Championship 2024 pada 7-16 Oktober 2024 di Bukhara, Uzbekistan.

Mohd Shahrul Zeckry @ Kadal - EMAS 🥇

Alhamdulillah.. Semoga terus maju jaya di kejohanan seterusnya.. Aamiin 🤲

"Silat Tetap Kukuh, Selagi Melayu Berjiwa Utuh"

🔥

Assalamualaikum & Salam SeWarJaD Sabah..KEJOHANAN SENI MEMPERTAHANKAN DIRI PERINGKAT NEGERI SABAH 2024 DAN JEMPUTAN ANTA...
12/10/2024

Assalamualaikum & Salam SeWarJaD Sabah..

KEJOHANAN SENI MEMPERTAHANKAN DIRI PERINGKAT NEGERI SABAH 2024 DAN JEMPUTAN ANTARABANGSA SEMPENA HARI SUKAN NEGARA, KENINGAU (12 Oktober 2024)

Berikutan, 6 pesilat daripada Persatuan Silat Spring Seni Warisan Jati Diri Sabah (SEWARJAD) telah menyertai kejohanan tersebut dan memperoleh pingat :-

1 Emas 🥇
2 Perak 🥈
1 Gangsa 🥉

Syabas dan Tahniah diucapkan kepada Pengurus Pasukan, Barisan Jurulatih & Ahli Persatuan yang terlibat 🔥

Sekaligus, Persatuan Silat Spring SeWarJaD Sabah juga ingin mengucapkan ribuan TERIMA KASIH kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam meletakkan kepercayaan serta sokongan kepada persatuan bagi menyertai kejohanan ini..

Pihak pengurusan SeWarJaD Sabah juga memohon maaf jika pengurusan ada sedikit kekurangan sepanjang kejohanan berlangsung 🙏 In shaa Allah jika tiada halangan, Persatuan Silat Spring SeWarJaD Sabah akan berjuang lagi di kejohanan seterusnya 🔥

"Silat Tetap Kukuh, Selagi Melayu Berjiwa Utuh"

🔥

25/09/2024

Assalamualaikum & Salam SeWarJaD Sabah..

24 SEPTEMBER 2024
Persembahan adik-adik dari Persatuan Silat Spring Seni Warisan Jati Diri Sabah sempena :

Program Bengkel SPM 2024 SMK MEMBAKUT II dengan kerjasama Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pedalaman Selatan.

Terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat 🙏

'Silat Tetap Kukuh, Selagi Melayu Berjiwa Utuh'

Sorotan gambar sepanjang kejohanan tuaran 2024..
18/09/2024

Sorotan gambar sepanjang kejohanan tuaran 2024..

Address

MEMBAKUT, SABAH

89727

Telephone

+601137806901

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Silat Spring Seni Warisan Jati Diri Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Persatuan Silat Spring Seni Warisan Jati Diri Sabah:

  • Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility?

Share