26/08/2026
PEKAN, 24 Ogos 2026 - LAWATAN NAIB YDP I KE FASA LATIHAN PASUKAN BOLA JARING PAHANG
Naib Yang Dipertua I Persatuan Bola Jaring Negeri Pahang, YH Dato' Hajah Hamiza telah mengadakan lawatan ke sesi latihan pasukan Bola Jaring Pahang di SMK Sultan Ahmad, Pekan sebagai tanda sokongan dan komitmen berterusan terhadap persiapan pasukan menghadapi Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2026 di Melaka.
Lawatan ini memberi peluang untuk melihat sendiri perkembangan, tahap kesiapsiagaan serta semangat para atlet dan barisan jurulatih dalam menjalani fasa latihan sebelum menghadapi kejohanan yang bakal berlangsung.
Semoga segala usaha, disiplin dan pengorbanan sepanjang tempoh persiapan ini akan membuahkan hasil terbaik buat kontinjen Pahang. Selamat berjuang untuk semua!!!