03/02/2026
Assalamualaikum. Selamat Kembali ke Sekolah untuk Sesi 2026. Setelah sebulan berlalu, pelbagai aktiviti dan kejayaan telah dicapai oleh pihak sekolah umumnya dan murid-murid khususnya. Antara aktiviti dan kejayaan dicapai sepanjang Januari:
1. Pendaftaran Tahun Prasekolah, Tahun 1 dan gotong royong semua kelas - 10 Januari 2026.
2. Minggu orientasi Tahun 1 - 11 Januari hingga 5 Februari 2026.
3. Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan kepada semua murid - 13 Januari 2026.
4. Sambutan Isra' dan Mikraj peringkat sekolah - 14 Januari 2026.
5. Merentas Desa peringkat sekolah pada 21 Januari 2026.
6. Merentas Desa peringkat Daerah Baling pada 29 Januari 2026 dan sekolah telah mencapai kejayaan seperti berikut:
i. Johan pasukan lelaki bawah 12 tahun
ii. Johan pasukan perempuan bawah 12 tahun
iii. Johan keseluruhan bawah 12 tahun.
7. Program Cerdas Kognitif anjuran Unit Pemulihan Khas - 25-29 Januari 2026.
8. Pertandingan Beyblade Kedah Ultimate Spin Battle pada 16 Januari 2026 berlangsung di Stadium Darulaman. Seorang pelajar kita telah mendapat tempat kelima keseluruhan bawah 12 tahun.
Semua gambar, video dan laporan aktiviti-aktiviti boleh dilayari melalui link youtube channel, padlet opr dan aplikasi Telegram seperti di bawah. Mohon semua waris untuk subscribe, like dan join link yang dikongsikan di bawah untuk sentiasa mendapat maklumat2 berkaitan aktiviti anak2 masing-masing sepanjang tahun di sekolah dan luar sekolah.
Terima Kasih
Guru Besar
SK Kuala Ketil
Link Youtube PSS SK Kuala Ketil (video aktiviti pelajar)
https://www.youtube.com/
Link Padlet OPR Aktiviti Sekolah (laporan bergambar aktiviti sekolah)
https://padlet.com/SKKUALAKETILOFFICIAL/2026-opr-aktiviti-sk-kuala-ketil-n2me2xx2aa4qdvpp
Link Telegram (gambar-gambar aktiviti sekolah)
https://t.me/+_JkTbpJzjlVmZjA1
Link Padlet Youtub dan TikTok PSS Sekolah
https://padlet.com/SKKUALAKETILOFFICIAL/2026-tik-tok-youtube-pss-aktiviti-sk-kuala-ketil-vti1njp40hu9t55