Megat Zainurul Anuar bin Megat Johari

Megat Zainurul Anuar bin Megat Johari He holds an MSc. Coach Megat has a proven track record of helping numerous innovators and entrepreneurs bring their products to market.
(230)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Certified Technologist by Malaysian Board of Technologist (MBOT)
Corporate Business Coach and Certified National Competency Standard Trainer Megat Zainurul Anuar bin Megat Johari, also known as Coach Megat, is a highly skilled professional business coach with over 15 years of experience at MRANTI, formally known as Teknologi Park Malaysia. in Information Management from University Teknologi MARA, which has provided him with a solid foundation in information technology and its applications in business. In addition to his impressive academic qualifications, Coach Megat is a certified professional technologist by the Malaysian Board of Technologist (MBOT) and a Technology and Technical Accreditation Council (TTAC) by MBOT. TTAC acts as Accreditation Technical Committee with the Malaysian Qualifications Agency (MQA) to accredit the Technology and Technical education programmes. With his expertise in technology and his certification as a professional technologist, Coach Megat is well-equipped to offer comprehensive guidance and support to businesses seeking to leverage technology for innovation and growth. He has developed the Stage Gate Dynamic Innovation Readiness Model (IRL) to help manage innovation portfolios and track progress. His expertise in grant and funding acquisition, coupled with his ability to craft compelling grant proposals and business pitches, have made him a sought-after advisor for entrepreneurs and startups. Coach Megat's extensive knowledge of the funding landscape and his ability to secure funding from various sources, including government agencies, private investors, and venture capitalists, have provided invaluable support to businesses seeking financial assistance. Beyond his work with innovators and entrepreneurs, Coach Megat is also a passionate advocate for empowering marginalized communities through the use of technology. He has volunteered with the 'Orang Kurang Upaya' community to help individuals learn how to leverage online marketing and business tools to create online businesses and generate income. Coach Megat's passion for using technology for social good has earned him the respect and admiration of many in the business community. Coach Megat's professional profile showcases his unique insights and experience in innovation, technology, grant and funding acquisition, and social entrepreneurship. His ability to guide and support businesses through every stage of the product development process is invaluable, making him a reliable resource for anyone seeking to develop and commercialize innovative products or create positive social change through technology. List of Clients
-United Nation -UNDP (IOSN)
-United Nation University-International Institute of Global Health
-PESAMA (Persatuan Perang Bersama) United Nation & Malaysia PEACE
-Bank Negara Malaysia
-Agrobank (ABADI)
-Bank Rakyat
-Institut Tadbiran Awam Malaysia (INTAN)
-Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
-Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan
-Kementerian Kerja Raya Malaysia
-Kementerian Pendidikan Malaysia
-Universiti Malaya (MAKLUM)
-Universiti Teknologi MARA (UiTM) MASMED
-Universiti Malaysia Pahang
-Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
-Majlis Amanah Rakyat (MARA)
-PERNAS (Perbadanan Nasional Berhad)
-New Entrepreneurship Foundations
-Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA)
-Teknologi Park Malaysia (MRANTI)
-Malaysian Digital Economy (MDEC)
-CIDB Holdings

BILA SALES NAIK JANGAN TERUS KATA PRESTASI NAIK.Kadang-kadang saya tengok dalam dunia sales, kita terlalu obses dengan a...
25/08/2026

BILA SALES NAIK JANGAN TERUS KATA PRESTASI NAIK.

Kadang-kadang saya tengok dalam dunia sales, kita terlalu obses dengan angka sampai semua benda kita panggil prestasi. Sales HP naik, kita kata prestasi naik. Key-in atau Nett unit tinggi, kita kata dia performer. Target capai, kita kata orang itu bagus. Bila angka jatuh p**a, terus kita kata prestasi merosot. Mudah betul kalau semua benda boleh dinilai hanya dengan satu nombor. Persoalannya, betul ke sales yang meningkat itu memang bermaksud prestasi HP itu meningkat?

PRESTASI DAN HASIL PRESTASI
Di sinilah saya rasa kita perlu bezakan antara performance dengan performance outcome atau ‘Prestasi’ dan ‘Hasil Prestasi’. Tak apa jangan risau setiap terms saya terangkan satu-satu.

Secara mudah, performance@prestasi ialah apa yang seseorang HP lakukan dan bagaimana dia melaksanakan peranannya, manakala performance outcome@ hasil prestasi ialah apa yang terhasil daripada tindakan tersebut. Jadi kalau seorang HP lebih disiplin membuat prospecting, lebih baik membuat presentation, lebih mahir memahami keperluan pelanggan, lebih cekap mengurus customer objection, lebih konsisten melakukan follow-up dan semakin mampu membuat closing tanpa terlalu bergantung kepada script, semua itu lebih dekat kepada prestasi. Berapa unit yang akhirnya berjaya dijual p**a ialah hasil daripada prestasi tersebut.

SALE MENINGKAT BELUM TENTU PRESTASI MENINGKAT
Sebab itu bila sales HP kita meningkat daripada 10 unit kepada 20 unit, kita belum boleh terus membuat kesimp**an bahawa prestasinya meningkat 100 peratus. Mungkin bulan itu ada promosi hebat, “super crazy 50% discount”, lead p**a lebih berkualiti, customer baru lepas gaji, dan pada masa yang sama demand memang sedang naik mencanak. Dalam keadaan macam ini, sales memang boleh meningkat dengan banyak, tetapi keupayaan HP itu sendiri mungkin tidak banyak berubah.

Dalam memahami prestasi HP, ada dua kelompok faktor utama yang mempengaruhinya, iaitu internal factors dan external factors. Internal factors ialah faktor yang berada dalam diri HP seperti knowledge, skill, capability, motivation, attitude, discipline dan self-regulation. External factors p**a datang daripada luar individu seperti leadership daripada HM, coaching, system, process, tools, resources, team, market, customer dan competition. Jadi apabila prestasi HP rendah, HM tidak sepatutnya terlalu cepat membuat kesimp**an bahawa HP itu malas atau tidak capable. Kita kena faham dahulu sama ada puncanya datang daripada individu itu sendiri atau daripada externak factor tadi.

APA ITU PERFORMANCE SEBENARNYA?
Dalam masa yang sama, prestasi HP juga bukan satu benda sahaja. Performance boleh dilihat daripada beberapa dimensi seperti Task Performance, Contextual Performance, Adaptive Performance dan Counterproductive Work Behaviour. Macam saya beritahu tadi ‘jangan risau’ sebab saya akan terangkan satu-satu.

Task ialah sejauh mana HP menjalankan tugas jualan utamanya dengan baik. Adaptive ialah sejauh mana dia boleh menyesuaikan diri apabila market, customer behaviour atau strategi berubah. Contextual ialah sejauh mana dia menyumbang kepada team dan membantu mewujudkan environment kerja yang lebih baik. Counterproductive Behaviour p**a ialah tingkah laku yang sebenarnya menjejaskan diri sendiri, team atau organisasi.

PERFORMANCE DIMENSION VS PERFROMANCE GROWTH
Okey, di sinilah satu lagi perkara yang saya rasa sangat penting untuk kita faham. Kita jangan campurkan Performance Dimensions dengan Performance Growth. Dua perkara ini nampak hampir sama, tetapi sebenarnya menjawab soalan yang berbeza. Performance Dimensions menjawab soalan, “Prestasi HP itu terdiri daripada apa?” manakala Performance Growth p**a menjawab, “Adakah prestasi HP ini benar-benar berkembang dari masa ke masa?”. Lain kan? Sebab itu kena faham betul-betul.

Bagi saya, distinction ini sangat penting dalam pembangunan HP. Seorang HP mungkin hari ini menunjukkan Task Performance yang baik, mampu menyesuaikan diri dengan perubahan dan banyak membantu team. Itu menerangkan bentuk prestasinya pada sesuatu masa. Tetapi apabila kita mahu tahu sama ada dia benar-benar berkembang atau tidak, kita perlu melihat pergerakannya dari masa ke masa.

Untuk itu saya menggunakan empat dimensi yang saya ringkaskan macam ni, Achievement, Role, Capability dan Sustainability. Achievement bertanya, adakah pencapaiannya semakin meningkat? Role bertanya, adakah dia sekarang mampu memegang tanggungjawab yang lebih besar? Capability bertanya, adakah knowledge, skill dan keupayaannya benar-benar berkembang? Sustainability p**a bertanya, adakah dia mampu mengekalkan prestasi tersebut merentas masa dan dalam keadaan yang berubah?

Contohnya, seorang HP bermula dengan 10 unit sebulan. Empat bulan kemudian dia sudah berada pada 20 unit. Kalau kita berhenti di situ, kita hanya tahu bahawa pencapaiannya meningkat. Tetapi kalau dalam tempoh yang sama dia juga semakin mahir memahami customer needs, semakin cekap handle objection, semakin yakin membuat closing tanpa terlalu bergantung kepada script, mampu membantu HP baharu dan boleh mengekalkan 20 unit walaupun market menjadi lebih s**ar, barulah kita mempunyai gambaran yang lebih kuat bahawa yang berlaku bukan sekadar outcome growth, tetapi benar-benar Performance Growth.

Jadi kalau kita mahu membangunkan HP, jangan terlalu cepat jatuh cinta dengan scoreboard atau result semata-mata. Scoreboard penting kerana ia memberitahu kita berapa unit yang telah dicapai, tetapi ia tidak semestinya memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berkembang.

Kalau kita hanya mengejar angka tanpa memahami apa yang sebenarnya sedang berlaku di sebalik angka itu adakah kita sudah mengurus dan menjadi leader yang baik?

Note: Posting ini saya dedicatedkan khas kepada Health Manager Coway @ ECTEAM. Nota kelas Advance Coaching Leadership










Kejayaan Bukan Kebetulan. Ia Dibina Melalui System & Design.Untuk sesebuah organisasi beroperasi dengan baik dan menghas...
16/08/2026

Kejayaan Bukan Kebetulan. Ia Dibina Melalui System & Design.

Untuk sesebuah organisasi beroperasi dengan baik dan menghasilkan impak yang maksimum, kita mesti ada System & Design yang jelas, Process & Structure yang kemas, dan selebihnya barulah kita gunakan Tools & Techniques untuk bekerja, memimpin dan mengurus dengan lebih berkesan.

Hari ini focus program adalah untuk cohort kedua TRANSLEAD 180 (Transformation Leadership) untuk memperkenalkan leader kepada bagaimana kita mengurus menggunakan tools & techniques yang telah dibangunkan secara khusus untuk ECTEAM. Saya memang percaya kepada customisation, bukan pendekatan one size fits all. Sebab itu hampir tiga tahun juga masa diambil untuk kita membangunkan System & Design ini. Bukan ambil sistem orang lain, tukar nama, kemudian terus guna. Kita bangunkan berdasarkan realiti organisasi, realiti manusia yang menggerakkan organisasi itu dan apa yang sebenarnya kita mahu capai.

Sekarang proses pembangunan System & Design ini sudah hampir 90% completion, dan dalam masa yang sama proses membangunkan leader di peringkat “Base Camp” (Translead Leader) juga sudah masuk ke cohort kedua. Saya percaya ramai orang mahu berjaya. Tetapi persoalannya, berjaya yang bagaimana? Adakah kita mahu berjaya dengan copy and paste System & Design orang lain kemudian cuba paksa ia berfungsi dalam organisasi kita? Adakah cara itu benar-benar works? :) Atau kita mahu mengurus organisasi tanpa System & Design yang jelas, asalkan keluar result? Lebih teruk lagi kalau kita hanya bergantung kepada pekik dan jerit motivasi semata-mata, “Kamu boleh! Kamu boleh! Kita fighter!” dan kita anggap itu sudah cukup untuk membangunkan sebuah organisasi. :)

Hakikatnya mengurus organisasi hari ini bukan mudah kerana kita sedang berhadapan dengan dua reality yang perlu diurus serentak, iaitu internal reality dan external reality. Apa yang berlaku di dalam organisasi perlu kita urus. Apa yang berlaku di luar organisasi juga perlu kita fahami dan respons. Daripada keupayaan kita mengurus kedua-dua reality inilah akhirnya performance terhasil.

Tahniah daripada saya kepada sahabat saya GM Sabky bersama Senior Manager (SM) beliau kerana hampir tiga tahun konsisten bersama saya membina dan memperkemaskan System & Design ini. Hari ini kita sudah mula melihat hasilnya berlaku di depan mata. Apa yang kita lihat sekarang bukan berlaku dalam seminggu atau sebulan. Ia adalah hasil daripada proses development yang dibuat secara konsisten selama hampir tiga tahun. Dan hari ini juga kita sudah mula nampak perubahan yang sangat ketara pada leader-leader TRANSLEAD yang suatu hari nanti akan mewarisi legasi ECTEAM.

Untuk Health Manager (HM) p**a, saya sendiri sudah nampak perubahan yang sangat ketara. Kalau dahulu apabila saya bertanya tentang progress, antara jawapan yang biasa saya dengar ialah, “Tengah kejar sales”, “KPI masih jauh”, “Nak jadi Top 10”, dan macam-macam lagi. Tetapi hari ini bila saya berjumpa HM, bahasanya sudah berubah. Saya mula dengar soalan seperti, “Macam mana saya nak develop lebih ramai leader yang consistent?”, “Macam mana saya nak perkemaskan lagi proses onboarding?”, dan banyak lagi perbualan yang tidak lagi hanya berfokus kepada outcome.

Bila bahasa seorang leader berubah, cara dia melihat organisasi juga sebenarnya sedang berubah. Itu bagi saya satu signal yang penting. Maksudnya, sudah faham! :)

Namun faham sahaja tentulah belum cukup. Ada orang mungkin akan kata, “Result pun kita nak.” Ya, betul. Kita memang mahu result. Tetapi bagi saya, result mungkin perkara kelima atau keenam yang perlu kita risaukan kerana result sebenarnya hanyalah side effect daripada aktiviti yang betul dan dilakukan secara konsisten.

Persoalannya sekarang, macam mana kita hendak tahu sama ada aktiviti yang kita lakukan hari ini betul atau tidak? Jawapan saya mudah. Kita tengok kepada performance pattern.

Saya masih ingat hampir tiga tahun dahulu ketika saya mula bersama ECTEAM, production ketika itu sekitar 3,000 unit sebulan. Sekarang production sudah berada sekitar 8,000 unit sebulan. Maknanya sepanjang perjalanan hampir tiga tahun ini, kita telah melihat pertumbuhan sekitar 5,000 unit sebulan berbanding titik permulaan kita. Itu adalah hasil kerja leader-leader dalam ECTEAM yang konsisten melalui proses development, memperbaiki cara bekerja, memperkemaskan proses dan terus membangunkan manusia di bawah mereka.

Nak tips daripada saya? :)

Tipsnya sebenarnya mudah sahaja tetapi super important.

Jangan terlalu sibuk mengejar result. Fokus kepada development.

Sebab sebelum result berubah, biasanya development berubah dahulu. Cara kita berfikir berubah. Cara kita mengurus berubah. Bahasa yang kita gunakan berubah. Aktiviti berubah. Disiplin berubah. Performance kemudian berubah. Dan apabila semua itu bergerak ke arah yang betul, result biasanya akan mengikut.

Untuk leader-leader dalam TRANSLEAD 180, ini pesanan khas daripada saya:

“Development mempengaruhi performance.
Performance mempengaruhi result.
Result tidak pernah membangunkan development.”

Jadi persoalannya sekarang bukan sekadar, “Apa result yang kita mahu?”

Persoalan yang lebih penting ialah:

“Apa yang perlu kita develop hari ini supaya performance kita berubah?”

Sekian untuk kali ini.😃








SALES TEAM TU TAK SALAH YANG SALAH..."Ramai Orang Menyalahkan Jurujual, Tapi Kajian Menunjukkan Mereka Tak Semestinya Sa...
03/08/2026

SALES TEAM TU TAK SALAH YANG SALAH...
"Ramai Orang Menyalahkan Jurujual, Tapi Kajian Menunjukkan Mereka Tak Semestinya Salah. Habis Tu Salah Siapa?

Baru-baru ini saya mentelaah lagi beberapa artikel penyelidikan yang sangat menarik.

Sebenarnya saya buat kajian ini untuk pastikan System and Design yang saya bangunkan benar-benar tepat dan masih relevan digunakan. Bila sistem itu dah masuk tahun ketiga, saya rasa menjadi tanggungjawab saya untuk pastikan ia bukan sekadar "nampak cantik atas kertas", tetapi benar-benar boleh menjadi engine kepada growth.

Alhamdulillah, setakat ini sudah tiga tahun berturut-turut hasilnya terbukti. Team yang saya bimbing berjaya berada di kedudukan No. 1 Malaysia.

Okey... berbalik kepada kajian tadi.

Kalau nak dapat jawapan yang boleh diyakini, kita tak boleh bergantung kepada cerita kedai kopi atau pengalaman seorang dua sahaja. Sebab itu saya s**a membaca jurnal penyelidikan.
Kali ini saya nak kongsikan sedikit hasil dapatan kajian tersebut. Tapi kalau nak tahu versi penuh... kena belanja saya Teh Tarik 3 Layer. Itu pun bukan sebab nak berniaga, cuma nak ambil berkat ilmu. Kalau saya buka sesi konsultasi, nanti mahal p**a harganya. 😄
Bayangkan, kajian ini menganalisis 261 artikel daripada 36 jurnal akademik, merangkumi penyelidikan yang dijalankan sepanjang lebih kurang 35 tahun. Jadi, memang banyak perkara menarik yang boleh kita pelajari.

Persoalannya... kajian ini mengkaji tentang apa?
Tentang prestasi jualan (sales performance).

Selama ini bila prestasi jualan jatuh, reaksi orang selalunya hampir sama. "Dia tak cukup rajin.", "Dia tak cukup lapar.", "Dia tak cukup pandai menjual." Pendek kata, semuanya nampak macam salah jurujual. Hakikatnya, kadang-kadang kita terlalu cepat menyalahkan orang tanpa cuba memahami apa yang sebenarnya sedang berlaku.
Kenapa saya cakap macam itu? Sebab saya sependapat dengan dapatan kajian yang saya baca. Kajian tersebut mendapati bahawa prestasi seseorang sebenarnya dipengaruhi oleh gabungan banyak perkara. Bukan sekadar kemahiran menjual dan bukan sekadar motivasi. Prestasi juga dipengaruhi oleh budaya organisasi, cara pengurus membimbing, sistem ganjaran, tekanan kerja, sokongan daripada rakan sepas**an, malah tahap autonomi yang diberikan kepada seseorang untuk membuat keputusan juga memberi kesan kepada prestasinya.

Bila saya baca bahagian ini, saya terus teringat satu sesi coaching yang saya jalankan bulan lepas. Pemilik Syarikat sahabat saya tu beritahu saya, "Coach... orang saya tak perform."
Apabila saya ‘zoom in,’ melihat bagaimana operasi syarikat itu berjalan, rupanya laporan terlalu banyak, sistem terlalu rumit, mesyuarat terlalu kerap dan hampir semua perkara perlu menunggu kelulusan. CRM memang ada, tetapi tiada siapa yang betul-betul mengajar cara menggunakannya. Target p**a naik setiap bulan, tetapi latihan masih menggunakan pendekatan yang sama seperti lima tahun dahulu.

Dalam keadaan macam itu, adakah masalah sebenar terletak pada orang? Atau sebenarnya pada sistem yang mengelilingi orang itu?
Kadang-kadang kita minta seseorang berlari lebih laju, sedangkan kita sendiri yang mengikat kakinya.

Sebab itulah saya sentiasa percaya bahawa tugas seorang pemimpin bukan sekadar menilai prestasi. Tugas pemimpin ialah membina persekitaran yang membolehkan prestasi itu berlaku. Kerana prestasi bukan lahir daripada tekanan semata-mata. Prestasi lahir apabila manusia, sistem, proses dan sokongan bergerak ke arah yang sama.

Jadi sebelum kita bertanya, "Kenapa staff saya tak perform?", mungkin lebih baik kita tanya diri kita, "Apa yang ada dalam ‘System and Design’ saya hari ini yang sebenarnya sedang menghalang mereka daripada perform?"
Kadang-kadang, soalan yang betul jauh lebih bernilai daripada jawapan yang cepat.

Mana tahu perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua.







KENAPA ADA PERNIAGAAN YANG SENTIASA MUDAH DITEMUI DI GOOGLE, MANAKALA YANG LAIN TERUS TENGGELAM?Ramai usahawan menyangka...
06/07/2026

KENAPA ADA PERNIAGAAN YANG SENTIASA MUDAH DITEMUI DI GOOGLE, MANAKALA YANG LAIN TERUS TENGGELAM?

Ramai usahawan menyangka pelanggan memilih kerana produk mereka lebih baik.

Hakikatnya, pelanggan hanya boleh memilih daripada apa yang mereka temui.

Jika pelanggan tidak dapat menemui perniagaan kita, bagaimana mereka mahu membuat perbandingan?

Jika pelanggan tidak menemui nama kita, bagaimana mereka mahu mempercayai kepakaran kita?

Inilah kesilapan yang sering berlaku.

Kita terlalu sibuk memperbaiki dan menginovasikam produk, tetapi terlupa memperbaiki keterlihatan@visibility.

Dalam dunia digital hari ini, Google ialah tempat pertama pelanggan bertanya soalan.

Bukan sahaja melalui Google Search dan Google Maps, malah melalui teknologi AI yang semakin bijak memahami kehendak pengguna.

Persoalannya, adakah Google benar-benar memahami siapa kita, apa yang kita tawarkan dan kepada siapa penyelesaian itu sesuai?

Sebab itulah strategi Google Business Profile, Keyword Strategy, Search Engine Optimization (SEO) dan Generative Engine Optimization (GEO) bukan sekadar ilmu pemasaran digital.

Ia adalah strategi membina kepercayaan.

Apabila maklumat perniagaan disusun dengan betul, menggunakan kata kunci yang dicari pelanggan serta dikemas kini secara konsisten, Google akan lebih mudah memahami siapa kita. Apabila Google memahami siapa kita, peluang pelanggan menemui kita juga menjadi lebih tinggi.

Semasa sesi latihan bersama sahabat-sahabat manager coway hari ini, saya berkongsi satu perkara yang saya percaya...

"Google tidak memberi ganjaran kepada perniagaan yang paling hebat. Google memberi ganjaran kepada perniagaan yang paling jelas, paling relevan dan paling konsisten." Ganjaran itu adalah TEMPAT PERTAMA DI INJIN CARIAN GOOGLE.

Itulah sebabnya membina digital presence sdalah perkara wajib tahu dan proses ini bukan kerja sehari. Ia ialah satu proses yang memerlukan disiplin, strategi dan penambahbaikan yang berterusan.

Teknologi akan terus berubah.

Algoritma juga akan terus berubah.

Tetapi satu perkara tidak akan berubah.

Pelanggan akan sentiasa mencari penyelesaian kepada masalah mereka. Persoalannya, adakah mereka menemui perniagaan kita... atau menemui pesaing kita terlebih dahulu?








"Ramai Kenal PROTON dan PERODUA, Tetapi Tidak Ramai Tahu Siapa yang Membantu Membina Kualitinya"Tarikh: 11/06/2026Busine...
17/06/2026

"Ramai Kenal PROTON dan PERODUA, Tetapi Tidak Ramai Tahu Siapa yang Membantu Membina Kualitinya"

Tarikh: 11/06/2026
Business Coaching
Client: SMIE-UMW, MRANTI, SHJ Interia Sdn Bhd
Syarikat: SHJ Interia Sdn Bhd

Hari ini saya berpeluang melawat dan berdiskusi dengan barisan kepimpinan SHJ Interia Sdn Bhd di Rawang, Selangor. Saya sempat bertemu dengan Encik Mat Nizam Mat Daron sebagai CEO SHJ Interia, seorang yang sangat berpengalaman dalam industry automotive, sahabat saya En. Chairil Anwar bin Sabar, Senior Manager Business & Development SHJ Interia, Senior-Senior Manager dan GM, En Harnizam Abu Bakar, En. Muhammad Aris Anuar serta pas**an pengurusan yang cukup komited dalam membawa syarikat ini ke tahap yang lebih tinggi.

Apa yang menarik, ramai mungkin tidak mengenali nama SHJ Interia, tetapi sebenarnya produk mereka berada di dalam ribuan kereta yang kita lihat di jalan raya setiap hari. Mereka merupakan pembekal Tier-1 dalam ekosistem automotif SIME-UMW yang menghasilkan pelbagai komponen dalaman kenderaan seperti headlining, carpet floor, trim, trunk side, board assembly dan pelbagai komponen penebat bunyi serta haba untuk pengeluar automotif utama negara.

Saya sebenarnya cukup tertarik apabila mengenali mereka dengan lebih dekat dan mengetahui bahawa syarikat ini telah berada dalam industri selama puluhan tahun (1995). Dalam dunia perniagaan, bertahan selama tiga atau lima tahun pun sudah dianggap satu pencapaian. Tetapi untuk kekal relevan selama beberapa dekad dalam industri automotif yang sangat kompetitif memerlukan disiplin, pengalaman dan kemampuan menyesuaikan diri yang luar biasa.

Ramai yang tidak tahu bahawa industri automotif bukan sekadar memasang komponen. Setiap bahagian perlu memenuhi spesifikasi yang sangat ketat. Ketepatan ukuran, kualiti bahan, keselamatan pengguna dan kecekapan pengeluaran menjadi perkara yang tidak boleh dikompromi. Di sinilah kekuatan SHJ Interia. Mereka membina reputasi melalui konsistensi dan keupayaan memenuhi standard yang ditetapkan oleh pengeluar automotif utama negara.

Apa yang lebih menarik perhatian saya ialah bagaimana syarikat ini sedang aktif bergerak ke arah transformasi industri yang lebih moden. Mereka bukan sahaka mengadaptasi konsep lean manufacturing, meningkatkan penggunaan mesin automasi, robotik malah menperkasa penggunaan teknologi kecerdasan buatan atau AI dalam operasi. Kadang-kadang kita terlupa bahawa transformasi digital bukan hanya berlaku di syarikat teknologi. Kilang-kilang pembuatan tradisional juga sedang berubah dengan sangat pantas untuk kekal berdaya saing.

Ketika saya melihat perjalanan syarikat ini, saya teringat satu perkara penting dalam dunia perniagaan. Kelebihan sebenar sesebuah organisasi bukan hanya pada mesin atau bangunan yang dimiliki. Kelebihan sebenar terletak pada manusia yang berada di belakang organisasi tersebut. Saya melihat SHJ Interia mempunyai kekuatan yang besar dari segi pengalaman pengurusan, penasihat industri dan hubungan yang sangat rapat dengan pemain utama automotif Malaysia seperti PROTON dan PERODUA. Pengalaman puluhan tahun ini bukan sesuatu yang boleh dibeli dalam masa singkat.

Satu lagi perkara yang saya s**a melihat ialah budaya kepimpinan mereka. Barisan pengurusan yang saya temui sangat terbuka, saling menyokong dan mempunyai kesungguhan untuk terus belajar. Dalam banyak sesi coaching yang saya lakukan, saya mendapati syarikat yang mempunyai pemimpin yang supportif biasanya lebih mudah menghadapi cabaran dan lebih cepat berkembang berbanding syarikat yang hanya bergantung kepada seorang individu sahaja.

Bagi saya, kisah SHJ Interia memberi satu pengajaran yang sangat penting kepada usahawan tempatan. Kita tidak semestinya perlu menjadi jenama terkenal untuk berjaya. Ada syarikat yang berkembang dengan menjadi pakar dalam bidang yang sangat spesifik. Mereka membina kepakaran, menjaga kualiti dan menjadi rakan strategik kepada pelanggan mereka. Akhirnya, mereka menjadi pemain yang s**ar digantikan dalam industri.

Tahniah kepada seluruh warga SHJ Interia Sdn Bhd atas perjalanan yang telah dibina selama ini. Semoga usaha memperkukuhkan automasi, digitalisasi dan inovasi terus membuahkan hasil yang lebih besar pada masa hadapan.

Mana tahu perkongsian ini memberi manfaat kepada sahabat-sahabat usahawan di luar sana. Kadang-kadang kejayaan bukan bermula dengan idea yang hebat, tetapi dengan kesungguhan untuk melakukan perkara yang betul secara konsisten selama bertahun-tahun.










Dari Rawang ke Jepun: Vendor BVDP Bumiputera Syarikat TMEH Jadi Contoh Transformasi Industri Negara.Tarikh: 09/06/2026Bu...
09/06/2026

Dari Rawang ke Jepun: Vendor BVDP Bumiputera Syarikat TMEH Jadi Contoh Transformasi Industri Negara.

Tarikh: 09/06/2026
Business Coaching
Industry: Automotive
Syarikat: TMEH Group of Companies

Hari ini saya berpeluang meluangkan masa bersama sahabat saya, Encik Muhammad Khairul Anuar Bin Muhammad Nashri Yong di TMEH Group of Companies yang terletak di Bandar Bukit Beruntung, Rawang. Sesi coaching dan lawatan ini sebenarnya memberi saya satu pengalaman yang cukup menarik kerana saya dapat melihat sendiri bagaimana sebuah syarikat Bumiputera yang bermula lebih tiga dekad lalu berkembang menjadi pemain penting dalam industri automotif dan kejuruteraan negara. Apa yang menarik, kump**an syarikat ini merangkumi TMEH Manufacturing, TMEH Engineering dan TMEH Marketing dengan jumlah perolehan tahunan keseluruhan sekitar RM80 juta setahun.

TMEH ditubuhkan pada tahun 1993 oleh Haji Muhammad Nashri Yong sebagai Tegap Maju Engineering Hardware (TMEH), syarikat ini berkembang secara konsisten sehingga menjadi sebuah kump**an syarikat yang mempunyai operasi bukan sahaja di Malaysia malah turut mempunyai anak syarikat di Jepun. Hari ini, legasi tersebut diteruskan oleh anak beliau, Muhammad Khairul Anuar yang kini menerajui syarikat sebagai Pengarah Urusan dengan visi yang jelas untuk membawa TMEH ke tahap yang lebih tinggi.

Ramai yang tidak tahu bahawa di sebalik nama TMEH, mereka sebenarnya terlibat secara langsung dalam pembangunan pelbagai penyelesaian kejuruteraan dan pembuatan untuk industri automotif. Antara pelanggan mereka termasuklah nama-nama besar seperti Perodua, Toyota, Proton, Honda, Mitsubishi Motors, Tan Chong, Autokeen, Denso, Ingress, AISB, PDKM, Toyota Boshoku, Volvo, Mercedes-Benz, Isuzu dan banyak lagi. Apabila sesebuah syarikat mampu mengekalkan kepercayaan pelanggan bertaraf antarabangsa selama bertahun-tahun, itu sudah cukup membuktikan tahap keupayaan dan kredibiliti mereka dalam industri.

Apa yang paling menarik perhatian saya semasa coaching kali ini ialah tahap penggunaan teknologi yang digunakan di dalam operasi mereka. Saya berpeluang melihat sendiri bagaimana penggunaan robot arm, sistem automasi dan pelbagai teknologi terkini diaplikasikan bagi meningkatkan produktiviti kilang. Namun yang lebih mengagumkan ialah bagaimana teknologi tersebut tidak digunakan untuk menggantikan manusia sepenuhnya, tetapi digunakan untuk mengoptimumkan tenaga kerja supaya pekerja dapat memberi tumpuan kepada tugas yang lebih bernilai tinggi.

Saya juga tertarik dengan kekuatan TMEH dari sudut Research and Development (R&D). Kadang-kadang kita terlupa bahawa kekuatan sesebuah syarikat bukan hanya terletak pada jualan atau saiz kilangnya, tetapi pada keupayaannya menyelesaikan masalah pelanggan. Di TMEH, banyak produk dan penyelesaian dibangunkan berdasarkan keperluan sebenar pelanggan industri. Mereka bukan sekadar menghasilkan produk, tetapi membantu pelanggan meningkatkan kecekapan operasi, mengurangkan kos dan memperbaiki proses kerja. Tidak hairanlah produk serta penyelesaian yang dibangunkan mereka mendapat permintaan yang baik daripada pemain industri tempatan dan antarabangsa.

Satu lagi perkara yang saya s**a melihat di TMEH ialah komitmen mereka terhadap pembangunan tenaga kerja tempatan. Dalam keadaan banyak syarikat bergantung kepada tenaga kerja asing, TMEH sehingga hari ini menggunakan 100% tenaga kerja tempatan. Bagi saya, ini bukan sekadar keputusan operasi, tetapi satu bentuk sumbangan kepada pembangunan bakat dan ekonomi negara. Ia membuktikan bahawa dengan sistem yang baik, latihan yang berterusan dan budaya kerja yang betul, rakyat tempatan juga mampu mengendalikan operasi industri yang berteknologi tinggi.

Sesi hari ini juga mengingatkan saya bahawa kejayaan sesebuah organisasi selalunya bermula daripada kepimpinan yang baik. Saya dapat melihat bagaimana pengalaman dan kebijaksanaan Haji Muhammad Nashri Yong sebagai pengasas masih menjadi panduan kepada syarikat walaupun beliau kini berperanan sebagai penasihat. Pada masa yang sama, Muhammad Khairul Anuar membawa pendekatan kepimpinan yang lebih dinamik, progresif dan berpandangan jauh. Gabungan pengalaman generasi terdahulu dan semangat generasi baharu inilah yang sering menjadi formula kepada pertumbuhan syarikat keluarga yang berjaya.

Mana tahu perkongsian ini memberi manfaat kepada sahabat-sahabat usahawan yang sedang membina perniagaan masing-masing. Kadang-kadang kita terlalu fokus mencari "next big thing" sehingga terlupa bahawa kejayaan besar selalunya datang daripada perkara yang dilakukan secara konsisten selama bertahun-tahun — membina kepakaran, melabur dalam teknologi, menjaga pelanggan dan membangunkan pas**an yang kuat.

Tahniah kepada seluruh warga kerja TMEH Group of Companies atas pencapaian yang telah dibina sejak tahun 1993 sehingga hari ini. Semoga terus menjadi inspirasi kepada lebih banyak syarikat Bumiputera untuk berani meneroka teknologi baharu, memperkukuh inovasi dan bersaing di peringkat global.

Kerana akhirnya, "next big thing" bukan semestinya sesuatu yang baharu. Kadang-kadang ia adalah keberanian untuk terus memperbaiki apa yang kita lakukan hari ini sehingga menjadi luar biasa pada masa hadapan.











"Flex-G" Multi-Purpose Food Grade Grease - Gris Terbaik untuk Industri F&B05/06/2026Site visit ke Universiti Malaysia Pa...
04/06/2026

"Flex-G" Multi-Purpose Food Grade Grease - Gris Terbaik untuk Industri F&B

05/06/2026
Site visit ke Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) untuk sesi business coaching bersama sahabat saya, Ts. Mohd Najib Razali, Pengarah MNR MultiTech Sdn Bhd.

MNR MultiTech Sdn Bhd bermula sejak tahun 2015 lagi apabila berjaya menjadi pemenang program TERAJU SUPERB menerusi inovasi MNRg-Treat. Apa yang menarik tentang produk MNRg-Treat ini ialah ia dibangunkan untuk merawat air sisa industri menggunakan agen penggumpal (coagulation agent) yang mampu memisahkan minyak dan air dengan pantas dan berkesan. Lebih menarik, ia menggunakan bahan mentah daripada sisa makanan laut, tidak mengandungi bahan kimia berbahaya atau menghakis, bersifat biodegradasi dan mengaplikasikan konsep waste to wealth.

Produk ini juga mematuhi keperluan Environment Quality (Sewage & Industrial Effluent) Regulations 2009 dan mampu membantu industri merawat air buangan berminyak dengan lebih mesra alam.

Tetapi itu sebenarnya hanya permulaan.

Hari ini MNR MultiTech telah berkembang dengan pelbagai produk inovasi lain hasil penyelidikan dan pembangunan mereka. Salah satu yang menarik perhatian saya ialah Flex-G, iaitu Multi-Purpose Food Grade Grease yang terhasil daripada kolaborasi antara UMPSA dan UMW Innovation Research Development Center (UIRDC).

Bagi sahabat-sahabat industri yang menggunakan gris dalam operasi harian, khususnya dalam industri makanan dan minuman, mungkin produk ini boleh menjadi alternatif yang sangat baik.

Apa yang saya s**a tentang Flex-G ialah ia bukan sekadar gris biasa.

Ia telah memenuhi pelbagai piawaian dan pengiktirafan penting seperti NSF, SIRIM, MyHijau dan HALAL. Selain itu, ia juga bersifat biodegradasi, tidak toksik serta direka khas untuk aplikasi mesin pemprosesan makanan.

Antara kelebihannya:

1. Tahan pengoksidaan yang tinggi
2. Biodegradasi dan tidak toksik
3. Sesuai untuk peralatan pemprosesan makanan industri
4. Perlindungan pelinciran yang lebih lama
5. Menyokong aspek keselamatan makanan (food safety)

Kadang-kadang apabila kita bercakap tentang inovasi tempatan, ramai yang membayangkan produk-produk teknologi tinggi dari luar negara. Hakikatnya, ramai usahawan dan penyelidik tempatan sedang menghasilkan produk bertaraf antarabangsa yang mungkin kita sendiri belum kenali.

Sebab itu saya s**a turun padang dan melihat sendiri apa yang sedang dibangunkan oleh syarikat-syarikat dalam jaringan bimbingan saya. Banyak perkara yang boleh dipelajari, banyak peluang kolaborasi yang boleh diwujudkan dan yang paling penting, kita dapat menyokong inovasi anak tempatan.

Tahniah kepada Ts. Mohd Najib dan seluruh pas**an MNR MultiTech atas usaha berterusan membangunkan produk yang bukan sahaja memberi nilai kepada industri tetapi juga menyumbang kepada kelestarian alam sekitar.

Mana tahu, mungkin ada sahabat-sahabat industri di sini yang sedang mencari penyelesaian yang lebih selamat, mesra alam dan mempunyai pensijilan yang lengkap untuk operasi mereka.

Okey, itu sahaja perkongsian saya kali ini.

Jumpa lagi dalam sesi site visit dan business coaching yang seterusnya.






-UMW

Address

Wangsa Maju

Opening Hours

Monday 10:00 - 18:00
Tuesday 10:00 - 18:00
Wednesday 10:00 - 18:00
Thursday 10:00 - 18:00
Friday 10:00 - 18:00
Saturday 10:00 - 13:00
Sunday 10:00 - 13:30

Telephone

+60192750031

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Megat Zainurul Anuar bin Megat Johari posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Megat Zainurul Anuar bin Megat Johari:

Shortcuts

Share

Category