HM Shahdan Shamsudin

  • Home
  • HM Shahdan Shamsudin

HM Shahdan Shamsudin kunang-kunang, biar sedikit andai berkumpul, menerangi gelap.

02/05/2021

YANG KITA NAMPAK PUN BOLEH KENA TIPU..!!

04/03/2021

"Ketika Merenung Ke Awan,
Jangan Lupa Rumput Di Bumi."

Pesan Ibu Hamba Musafir.

04/03/2021

Yang memandulkan kejayaan ialah terlalu banyak impian tetapi tiada tindakan.

Yang meracun benih tindakan ialah terlampau banyak cadangan tetapi tiada keputusan.

28/02/2021

Kita dihidupkan untuk menghidupkan kehidupan yang dihidupkan oleh Yang Maha Menghidupkan.

27/02/2021
10/11/2020

Secara khususnya buah pelaga ni digunakan untuk merawat usus dan menguatkan gerak kerja jantung. Jadi, bila jantung kuat tubuh akan bertambah sihat. Sekaligus membantu menguatkan tenaga syahwat.

21/06/2020
Lelaki yang berumur 30 hingga ke 40 tahun, waktu ni hormon testosteron dah mula turun 10%.Dalam waktu inilah pelbagai ma...
24/03/2020

Lelaki yang berumur 30 hingga ke 40 tahun, waktu ni hormon testosteron dah mula turun 10%.

Dalam waktu inilah pelbagai masalah seksual timbul. Jika dalam ilmu nafkah batin melayu, syahwat berubah sifatnya setiap 7 hingga 10 tahun sejak lahir. Dalam tempoh/fasa itu juga bermula pendidikan/pengetahuan atau pendedahan seksual yang berbeza-beza mengikut umur serta persekitarannya.

"Jika awal umurnya mengenal syahwat, maka pendek masanya mengenal syahadat. Cepat dia mengenal nikmat sebelum dia mengenal rahmat." Kalam Guru Tua

Maksud kata-kata tersebut merujuk kepada aras pengetahuan terhadap ilmu seksologi perlu seiring dengan laras tindakan seksualiti. Merujuk juga dengan kematangan tindakan yang dinisbahkan dalam peningkatan usia dalam tempoh tersebut.

Jika dipecahkan :

1- fasa tahu
2- fasa kenal
3- fasa faham
4- fasa mengerti

Jadi, jika dihitung sepatutnya diusia 30 hinga 40 tahun ialah waktu yang terbaik untuk seorang lelaki lebih memahami KEPERLUAN seksual tubuhnya dan pasangan. Bukan KEHENDAK nafsunya. Jika fasa umur ini, dia sudah mengalami masalah seksual, maka tindakan utamanya ialah memastikan apakah yang tubuhnya perlukan. Rawat diri melalui keperluan adalah lebih mudah berbanding merawat diri demi kehendak.


23/03/2020

Tuan, saya dah guna macam-macam minyak. Minyak lintah gunung lah, minyak %n@ lah. Semuanya tak berkesan. Betul ke tuan tentang minyak tu semua?

Pertama Hamba Musafir nak pesan. Jangan kata minyak lintah, sabun dan minyak masak pun berkesan untuk MENAMBAH kekuatan tenaga batin. TAPI untuk orang yang TIADA masalah. Untuk orang yang memang sihat dan ianya bersifat terapi penjagaan.

Yang kedua, tukang jual minyak urut tolong bagi jelas. Menjual, jangan membohong atau berselindung. Hamba Musafir langsung tidak menafikan kemujaraban herba dan kebaikan dalam semua minyak tradisional yang ada, namun kita harus adil bila memberikan penerangan.

Berlaku adil pada pembeli yang memiliki diabetes. Berlaku adil pada pembeli yang mengalami darah tinggi. Berlaku adil pada pembeli yang mengalami kelainan ereksi. Punca sakit mereka tidak releven dengan minyak yang mereka beli.

Setakat ini belum ada yang berani menampilkan fakta jelas berkaitan terapi minyak urut pada pesakit ED (Erectile Disfunction).

Yang ketiga, beli atau buat sendiri itu bagus. Tapi kalau menggunakannya setahun sekali. Baik guna minyak petrol je, kalau tak hidup terus bakar. Amacam, berani.

Ianya(minyak urut) membantu, tapi bukan seratus peratus. Ada 7 perkara besar dalam penjagaan tenaga batin dan minyak urut hanyalah satu hingga lima peratus daripadanya.

Satu sudut yang hanya dilihat oleh mereka yang memandang.. Semoga Allah rahmati mereka.. 😢
23/03/2020

Satu sudut yang hanya dilihat oleh mereka yang memandang.. Semoga Allah rahmati mereka.. 😢

23/03/2020

Memang betul waktu kawalan ini ialah waktu terbaik merawat syahwat, namun ingat pesan 3 tobib ( Nasihat Tabib Tiga Negeri ) :

Yang mempercepatkan tua itu ada enam semuanya. (melemahkan tubuh)

1- Banyak jimak
2- Banyak makan
3- Banyak minum waktu malam
4- Banyak tidur waktu siang
5- Kurang tidur waktu malam
6- Menahan kemih (kencing)

Jadi, gunakan waktu yang ada untuk stimulasi bukan pen*strasi. Itu lebih baik.

Tuan, saya dah cuba banyak tempat untuk urut tenaga batin. Hasilnya sama, tiada perubahan. Duit dah beribu habis, tapi h...
13/02/2020

Tuan, saya dah cuba banyak tempat untuk urut tenaga batin. Hasilnya sama, tiada perubahan. Duit dah beribu habis, tapi hasilnya tiada.

Pertama sekali Hamba Musafir nak betulkan persepsi tentang urutan tenaga batin ni. Ramai sangat orang beranggapan bahawa urutan tenaga batin adalah solusi utama dalam memulihkan tenaga batin. Tu tak sebut lagi tentang minyak urut dan ubat makan. Panjang sangat nak ulas.

Semua tu adalah aplikasi dan makanan sokongan. Ianya pelengkap kepada penjagaan tenaga batin. Bukanlah solusi utama kepada memulihkan tenaga batin.

Kelemahan tenaga batin bukanlah hanya gangguan terhadap aliran darah kepada z***r semata-mata. Ianya meliputi penurunan hormon tertentu, nafas, dan pelbagai cabang sistem tubuh yang lain.

Jadi, nasihat Hamba Musafir. Urutan sahaja tidak membantu memulihkan kekuatan tenaga batin secara optimum. Perhatian lain juga perlu diberi keutamaan seperti penyakit sedia ada, komunikasi bersama pasangan, tekanan, pola makan, gaya hidup dan sebagainya.

Ingat, rawatan diberikan berdasarkan apa yang diperlukan tubuh. Bukan apa yang kehendak kita perlukan.

Menjaga tenaga batin adalah lebih mudah berbanding merawat tenaga batin.

Yang penting jangan malas..


Address


Telephone

+60197741417

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when HM Shahdan Shamsudin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility?

Share