07/11/2020
Seisi coaching kali ini membabitkan seorang wanita berumur 38 tahun. Bekerjaya sebagai usahawan.
Cerita nya begini puan S telah berkahwin lebih dari 15 tahun, atas dasar s**a sama s**a sewaktu masih menuntut di universiti. Hasil dari perkahwinan mereka dikurniakan 4 orang anak.
Selepas berkahwin puan S tidak pernah bekerja. gaji suami beliau yang bekerja sebagai eksekutif di sebuah syarikat minyak dan gas sudah agak lumayan dan cukup untuk menampung kehidupan mereka.
Namun beberapa tahun lepas konflik berlaku bila suaminya kahwin lain, berang dimadukan puan S nekad menuntut cerai. Bila dah bercerai puan S agak tertekan untuk membesarkan anak-anak hasil dari wang nafkah semata-mata.
Suatu hari bekas suami beliau telah datang dan memujuk puan S untuk rujuk kembali, Itu pun setelah bekas suaminya berpisah dengan isteri barunya. Kerana memikirkan anak-anak dan kehidupan yang agak s**ar beliau setuju untuk menerima kembali bekas suaminya.
Namun puan S menetapkan satu syarat. Suaminya mesti memberikan beliau modal sebanyak rm500 ribu ringgit untuk beliau memulakan perniagaaan.
Akhirnya suami puan S membuat pinjaman dengan sebuah instituisi kewangan untuk memenuhi syarat yang ditetapkan oleh puan S. Dipendekan cerita, maka rujuk la mereka sebagai suami isteri kembali.
Masalah berlaku bila puan S menghadapi masalah dalam perniagaaan. Sebagai wanita yang tak pernah langsung berniaga dan tiada selok belok pengalaman dalam dunia berniaga menyebabkan bisnes beliau merudum.
Bila bisnes beliau merudum, akhirnya puan S tidak mampu lagi membayar sewa kedai berjumlah rm6000 sebulan. Sedangkan wang pinjaman semuanya telah habis dibelanjakan untuk renovate kedai dan sebagai modal bisnes.
Hutang bank sebanyak rm500 ribu masih perlu dibayar setiap bulan oleh suaminya. Selain Itu suaminya juga perlu membayar ansuran kedai sebanyak rm6000 sebulan kerana puan S sudah tidak lagi punya wang untuk berniaga.
"Jadi apa yang puan inginkan dalam seisi coaching ini"... tanya aku pada beliau.
"Saya nak kepastian, apa yang patut saya lakukan sekarang, saya dah buntu, saya rasa nak bunuh diri ...jawap puan S sambil mengelap airmata nya. Sejak datang tadi tak berhenti dia mengalirkan air mata.
Sebagai seorang coach, aku tahu yang seisi coaching tak boleh dimulakan dalam keadaan macam nie. Coachee perlu tenang dan rilek terlebih dulu.
"Puan minum dulu air mineral tue, kata aku pada puan S sambil menunjukan sebotol mineral water di hadapan beliau.
Agak lama juga untuk tunggu keadaan puan S tenang. Setelah beliau tenang, aku mula bertanya.
" Sebenarnya menurut puan. Apa yang puan patut buat? "
" Minta maaf pada suami, saya dah siksa dia, saya bersalah pada dia, Kadang-kadang suami pergi kerja tak makan sebab tak cukup duit " jawapan dari puan S.
" Jadi puan dah minta maaf ? Soal ku...
" Sudah, setiap hari saya peluk kaki suami mohon maaf" jawap beliau.
"Ok, kemudian apa lagi menurut puan, langkah atau steps yang puan ingin lakukan untuk atasi isu ini"... soal aku lagi.
Bersambung.